PLANTA SASAR DERMA 50,000 BISKUT KEPADA ANAK2 YATIM
Setiap kali menjelangnya sesuatu perayaan, jenama Planta sering menjadi pilihan suri rumah untuk dibeli dalam senarai bakul membeli-belah mereka. Sejak kecil penulus sudah diperkenalkan kepada Planta waima ia menjadi pilihan ibu untuk bahan membuat kuih raya. Malah selepas mendirikan rumah tangga pun Planta menjadi pilihan utama dalam membuat kek, biskut mahu pun sebagai campuran ke dalam minyak masak.
Sudah lama sebenarnya tidak menghadiri majlis yang melibatkan jenama tersebut sehinggalah baru-baru ini penulis mendapat jemputan ke acara yang dinamakan 'Seceria Air Tangan Ibu" berlangsung di Cafe Paddle, Taman Bukit Kiara Equestrian.
Kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya akan datang dicetuskan sebagai inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’ mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.

Resepi biskut dan kek Planta kini tampil
lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan
kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional
seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resepi baru
mengikut tren pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan
Biskut Roda Warna.
Resepi-resepi Planta yang
diperkenalkan melalui kempen Seceria Air
Tangan Ibu akan dibawa secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di
TV3.
Rancangan ini telah bermula pada 11 Jun dan bersiaran selama tujuh minggu dihoskan oleh selebriti dan pelakon, Sharifah Shahirah. Beliau akan mengetengahkan resepi biskut moden yang mudah dibuat, menarik dan lazat yang dicipta oleh Planta. Sepanjang segmen bertemakan Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anaknya bergembira bersama menyiapkan biskut Planta yang ceria dan berwarna-warni disamping berkongsi pengalaman air tangan masing-masing.

Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever
Malaysia dan Singapura berkata, “Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu
dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari
ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan
biskut yang ceria dan berwarna-warni. Anak-anak pasti menggemarinya. Lagipun,
tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat
dengan penuh kasih sayang.”
“Saya sangat teruja untuk menjadi
hos untuk segmen televisyen ini. Sebagai seorang anak dan ibu, saya faham
perasaan kasih seorang ibu yang dicurahkan melalui air tangannya. Segmen ini
membolehkan saya mengeratkan hubungan bersama keluarga dan anak-anak serta
menyediakan kuih Raya hasil air tangan sendiri. Saya berharap ia akan membawa inspirasi kepada ibu-ibu untuk mencetuskan
keajaiban di dapur, penuh warna, keseronokkan dan inspirasi menjelang Raya
ini,” kata Sharifah Shahirah.
Sempena bulan Ramadan tidak lama lagi adalah wajar untuk memperbanyakkan bersedekah. Sehubungan itu, Planta
turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal
Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya
untuk anak-anak yatim di Malaysia.
“Berkongsi hasil air tangan kaum ibu
bersama anak-anak yatim akan membawa kegembiraan yang tidak terhingga. Ia pasti
dapat memberi peluang untuk anak-anak yatim menikmati dan merasai kasih sayang
seorang ibu dan menceriakan hati mereka sepanjang Raya ini,” kata Rakesh.
Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadan
mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.
Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan
Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya
Mydin dan Giant terpilih mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.
Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah
anak-anak yatim terpilih di Malaysia. Orang ramai juga boleh turut serta untuk
menyumbang dan Beramal Bersama Planta
apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang
disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar
raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran
YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta
.
Pada majlis pelancaran kempen
Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah Shahirah bersama dengan chef profesional, Chef
Rose Weiss (gambar bawah) turut mengajar para tetamu dan pihak media cara menyiapkan biskut Red Velvet Planta
untuk diberi kepada anak-anak yatim.
Pelbagai bentuk dan rupa dihasilkan pada petang itu di mana kesemuanya dipek dalam plastik dan disimpan untuk diserahkan kepada rumah anak-anak yatim sekitar Lembah Kelang.
Pelbagai bentuk dan rupa dihasilkan pada petang itu di mana kesemuanya dipek dalam plastik dan disimpan untuk diserahkan kepada rumah anak-anak yatim sekitar Lembah Kelang.
Untuk mendapatkan pelbagai resepi kuih
Raya yang menarik dan maklumat mengenai Beramal
Bersama Planta, layari saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta
TETAMU dan media tidak ketinggalan membuat biskut Red Velvet untuk didermakan.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan