RAKAMKAN GERAK TARIAN YAKULT DAN MENANGI HADIAH
Penyampai Radio Popular HotFM. Fara Fauzana dan anak saudara Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad, Atai dilantik sebagai duta produk minuman susu kultur, Yakult.i
Mengumumkan demikian, Pengarah
Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., Toshihiko Haramoto memberitahu mereka dilantai sebagai duta kepada Yakult Ace dan Yakult Ace Light untuk tahun 2014.
Pengumuman ini
dibuat semasa sidang media yang diadakan di Sri Pentas baru-baru ini bersempena
pelancaran iklan televisyen baru Yakult yang menampilkan kedua-dua orang duta
produk tersebut. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut, Hiroshi Hamada,
Pengarah Jualan dan Pemasaran dan Mazlyn Mena binti Mustapha, Pengurus Kanan
Perhubungan Awam dan Sains syarikat Yakult (M) Sdn. Bhd.
Konsep
iklan televisyen tersebut berbentuk muzikal, di mana Fara dan Atai menyanyikan
lagu “Hanya Kamu, Hanya Yakult” secara duet diringi dengan gerak tarian yang
juga telah direka khas. Lagu tersebut adalah hasil nukilan komposer handalan
Audi Mok, khas buat Yakult.
Koreografi tarian untuk lagu ini pula diilhamkan oleh Alam Wakaka, pemenang
musim pertama So You Think You Can Dance yang juga guru tari rancangan realiti
popular, Akademi Fantasi 2013.
Lagu yang
berjudul “Hanya Kamu, Hanya Yakult” merujuk kepada kandungan bakteria baik
hidup “Strain Shirota” dengan kepadatan tinggi iaitu lebih 30 bilion dalam
setiap botol yang hanya boleh didapati dalam susu kultur Yakult, juga selain
itu, merujuk bahawa hanya Yakult disokongi kajian saintifik selama lebih 75
tahun bagi membuktikan manfaat Strain Shirota untuk kesihatan manusia dan hanya
Yakult satu-satunya minuman susu kultur yang diilhamkan oleh seorang doktor,
iaitu Dr. Shirota, pengasas Yakult, bagi tujuan kesihatan.
Menurut
Haramoto, syarikat Yakult merancang untuk membelanjakan RM3 juta sepanjang
tahun ini untuk mengiklankan produk mereka di stesyen televisyen tempatan
selain di stesyen radio tempatan menggunakan iklan radio dengan tema muzikal
yang sama. Lagu dan gerak tarian dalam iklan televisyen ini akan digunakan
secara menyeluruh dalam semua aktiviti promosi syarikat Yakult tahun ini
termasuk roadshow, lawatan kilang dan acara-acara lain.
Syarikat Yakult
berharap dapat menyampaikan mesej pengasasnya, Dr. Minoru Shirota, iaitu
“mencegah lebih baik daripada mengubati”, dan “usus sihat membawa panjang
umur”, kepada rakyat Malaysia melalui gerak tarian dan lirik lagu ‘Hanya Kamu,
Hanya Yakult’ dengan cara yang lebih menyeronokkan, santai dan mudah difahami.
Menurut
Haramoto lagi, selama ini, Wanita Yakult (Yakult Ladies) atau ejen bebas yang
menghantar Yakult rumah ke rumah di kawasan kejiranan mereka sendiri telahpun
dianggap sebagai ‘duta kecil’ Yakult di peringkat kawasan. Sekarang ini, telah
pun ada 479 orang Wanita Yakult di seluruh negara. Dan tahun ini, pihak
syarikat mengambil keputusan untuk melantik dua orang selebriti berpengaruh,
Fara Fauzana dan Atai, sebagai duta produknya, untuk menarik perhatian lebih
ramai pengguna dari seluruh negara untuk mendekati minuman Yakult.
Fara
Fauzana amat popular di kalangan golongan muda-mudi dengan personaliti beliau
yang ceria dan mudah didekati, yang telah mengangkat stesyen HotFM sebagai
antara stesyen radio paling popular hari ini dan beliau juga seorang host untuk
Nona, sebuah program majalah yang amat popular di TV3.
“Fara mewakili wanita
moden hari ini yang berkerjaya, berjaya dan berwawasan,” kata Haramoto.
"Atai
pula dikenali sebagai anak saudara penghibur negara Allahyarham Sudirman Haji
Arshad, dan telah mengukir nama sebagai penyanyi dan penghibur remaja pada
tahun 1980an di bawah bimbingan Allahyarham. Selepas dua dekad dalam dunia
korporat, Atai baru-baru ini telah kembali menyerikan dunia seni tanahair
dengan menghasilkan single baru, cover lagu 'Kul It!' yang pernah dipopularkan
oleh Allahyarham bapa saudaranya pada tahun 1986. Walaupun telah dua dekad
menyepikan diri dari dunia seni, Atai masih mendapat sokongan ramai peminat
Allahyarham Sudirman dari segenap lapisan masyarakat, terutama mereka yang
berumur 30an dan ke atas.
“Atai seorang ‘family man’ (lelaki berkeluarga), dan
dia mewakili lelaki Melayu biasa. Sebagai bapa kepada dua orang anak kecil, dia
memahami kehendak dan aspirasi ibubapa lain, iaitu keinginan memberikan yang
terbaik buat keluarga, dan memastikan mereka sentiasa sihat dan ceria,” terang
Haramoto lagi.
Menurut
Fara, “Yakult memainkan peranan yang besar dalam kehidupan sihat saya. Ia
seperti rutin Fara untuk minum sebotol Yakult Ace Light, yang 50% kurang gula,
bagi memastikan segalanya berjalan lancar untuk Fara setiap hari. Kalau di
dalam lancar, di luar pun pasti lancar. Baru-baru ini juga Fara dapat maklumat
daripada seorang pakar kecantikan Jepun, dan Fara terkejut bila dapat tahu
bahawa kulit muka kita juga dipengaruhi oleh usus. Kalau ada masalah sembelit,
masalah kulit seperti jerawat mungkin terjadi. Jadi untuk kulit cantik, kita
tidak boleh abaikan penjagaan usus. Ramai yang mungkin tidak tahu, bakteria
baik juga penting untuk menguatkan pertahanan semulajadi tubuh terhadap
penyakit. Sejak Fara mula minum Yakult, Fara jarang kena demam atau selesema.
Fara yakin dengan bekerkesanan dan kualiti tinggi minuman Yakult sebab Fara
sendiri sudah melawat pusat penyelidikan Yakult di Tokyo, Jepun sebelum ini.”
Menurut Atai, dia telah menjadi pengguna tegar Yakult sejak minuman itu diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2004 lagi. Dia sendiri minum Yakult setiap hari dan dia akan pastikan anak-anaknya juga turut minum. “Arwah Cokman (gelaran Atai buat Allahyarham Sudirman) dulu selalu nasihatkan Atai, katanya, jadi penyanyi seperti jadi atlet, perlu jaga pemakanan dan perlu kerap bersenam. Minum sebotol Yakult setiap hari membantu penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, dan ia juga seperti peringatan buat Atai, agar jaga makan minum sepanjang hari. Atai akan pastikan dalam peti sejuk sentiasa ada bekalan Yakult, jadi anak-anak pun dapat minum sekali. Ada yang anggap Yakult minuman untuk budak-budak, tapi sebenarnya, orang dewasa dan warga emas yang lebih memerlukan bakteria baik berbanding kanak-kanak,” jelas Atai.
Menariknya,
iklan televisyen Yakult ini bukanlah pertama kali Fara dan Atai berkongsi
pentas bersama. Fara dan abangnya Ahmad, pernah beraksi bersama Atai di atas
pentas di suatu acara pada tahun 1988. Fara juga menyimpan autograf Atai dari
acara tersebut hingga ke hari ini.
Yakult kini menjalankan pertandingan di kalangan Wanita-wanita Yakult, iaitu ejen pengedar rumah ke rumah, bersempena dengan pelancaran iklan televisyen baru ini. Wanita Yakult dari setiap kawasan atau wilayah tertentu akan bertanding sesama mereka untuk merakamkan gerak tarian “Hanya Kamu, Hanya Yakult” versi mereka sendiri. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan ‘like’ tertinggi di laman YouTube. Pemenang akan diberikan hadiah yang akan ditentukan oleh pihak syarikat kemudian. Syarikat Yakult juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan pertandingan yang serupa tetapi terbuka kepada orang awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan