Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANITA BAWA ARTIS, MEDIA KE EDC UUM



BERGAMBAR Kenangan...



Seramai lebih kurang empat puloh artis dan media berkumpul ke  EDC UUM Sintok atas undangan Anita Entertainment & Productions sempena menyambut kehadiran bulan Syawal yang sudah pun diraikan oleh seluruh umat Islam serata dunia.



Para artis terdiri daripada penyanyi-penyanyi lama dan baru meliputi Razis Ismail, Rozita Rohaizad, Gaya Zakri, Shidee, Mamat Exist, Royce Saayan, Ayati Tasrip, Azmir Arif, Juril Dutta, Mel dan Ken (artis residen EDC,UUM) dan ramai lagi.


Pada sebelah siang, para artis bersedia dengan  mengacau dodol  serta membakar lemang  yang turut disertai  segelintir para pelajar dari UUM  serta kakitangan EDC termasuk Pengurusnya, Wan Husaini Abdul Rahman.

Sambil asap dari pembakaran lemang dan dodol memenuhi ruang laman EDC, para artis tidak ketinggalan menghangatkan lagi suasana dengan persembahan lagu-lagu Raya oleh Rozita Rohaizad, Royce, Shidee, Mamat Exists  diselangi seli dengan gurau senda oleh pengacara majlis, Khaty Azian serta Roslan Shah.


Pada sebelah malamnya pula, suasana Raya diteruskan dengan persembahan artis-artis menyampaikan lagu-lagu Raya  yang dimulakan oleh Rozita membawa lagunya ‘Raikan Debaran”, Royce (Salam Di Aidilfitri),  Raziz Ismail (Dendang Perantau), Mamat Exist (Duhai Bonda), Shidee (Musafir di Aidilfitri) dan tidak ketinggalan pendatang baru, Azmir Arif  dengan lagu, “Dari Jauh ku Pohon Maaf’ manakala Juril Dutta dan pasangannya Mel, mendendangkan lagu ‘Selamat Hari Raya’.



Gaya Zakri memilih untuk menyampaikan lagu yang melonjakkan namanya, “Bunga Mawar” manakala Ayati Tasrip menutup tirai pada malam Raya dengan lagu “Khazanah dari Malaya”.

Tetamu kehormat yang terdiri daripada Dato Seri DiRaja Tan Sri Mahmud serta adik-adik tahfiz dari Pusat Islam Universiti Tahfiz Malaysia,  dijamu dengan pelbagai juadah raya yang dihidangkan oleh pasukan Chef Bob dari EDC.


Sementara itu, Wan Husaini dalam ucapan aluannya, melahirkan ucapan terima kasih atas kesudian para artis dan media yang dibawa khas dari Kuala Lumpur oleh Anita Entertainment & Productions untuk berhari Raya bersama warga kampus dan kakitangan EDC UUM.


“Ini antara objektif kami untuk mempromosi EDC UUM yang terletak di kawasan seluas 1061 hektar malah tidak lama lagi dengan pembangunan tambahan ia akan menjadi sebuah hotel lengkap apabila kolam renang siap dibina,” ujar Wan Husaini apabila ditemui selesai sesi takbir raya dilangsungkan sebelum acara persembahan nyanyian bermula.





Memandangkan persembahan perlu penglibatan artis dan media, Kak Fas diminta oleh Anita untuk bernyanyi waima Kak Fas memilih untuk berduet sahaja dengan Razis Ismail mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh Uji Rashid dan Hail Amir iaitu ‘Antara Matamu dan Mataku” (pix bawah).




Pendekata, suasana Raya di EDC UUM menerpati hajat Anita untuk bersantai bersama para artis dan media yang sering menyokong usahanya  di mana tidak lama lagi Santai Selebriti Media akan memasuki tahun ke 50.





Khabarnya, untuk menyambut dan meraikan jubli emas yang ke 50 Anita akan mengadakan majlis besar-besaran melibatkan srbelingan besar artis dan media yang sering bersamanya malah dengar kata ada anugerah disediakan kepada calon-calon pilihan. Majis tersebut dijangka berlangsung pada 29 Ogos depan sempena sambutan Hari Kebangsaan sekali  gus.
 SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT TINGGAL EDC UUM!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan