JOM KACAU DODOL, BAKAR LEMANG 19 JULAI - SYED ALI
Setiap kali munculnya bulan Ramadan saban tahun, setiap kali
juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, Dato Seri Ali Syed Ali Alhabshee merangkap
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras bersama ahli jawatankuasanya mengambil langkah memohon sumbangan badan
korporat mahu pun pihak individu menyumbangkan dana bagi tujuan membantu
golongan yang tidak berkemampuan.
SYED ALI |
“Sejak 1994 usaha membantu golongan yang berkenaan seperti
anak-anak yatim, ibu tunggal, pelajar , warga emas dan sebagainya dilakukan
tanpa mengira bangsa dan kaum,” ujar Dato Seri Ali Al Habshee pada media dalam
sidang akhbar pada majlis penyerahan bantuan Hari Raya 2014 anjuran Yayasan
Pendidikan Cheras dan UMNO Bahagian Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, baru-baru
ini.
Seperti lazimnya, hari pertama disempurnakan pemberian oleh
isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bagi kali ke enam di
mana kira-kira 655 orang penerima terdiri daripada anak-anak yatim, kanak-kanak
Istimewa serta pelajar kuramg berkemampuan.
Kesemua mereka menerima wang tunai RM100, beras 5 kg, 4
meter kain serta barang kepeluan lain seperti milo dan kurma.
“Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Yayasan
Pendidikan Cheras di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Alhabshee dan seluruh warga
kerja di atas daya usaha mereka menganjurkan majlis sumbangan bantuan ini,”
ujar Wanita Pertama Malaysia itu.
Tambah beliau, “Saya berbangga dengan komitmen Yayasan
Pendidikan Cheras kerana selain daripada memperkasakan agenda pendidikan
Negara, mereka tidak pernah sesekali melupakan tanggungjawab melakukan
kerja-kerja bamal dan kebajikan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.”
Menurut beliau, amalam bersedekah pada bulan Ramadan
digandakan sebanyak 70 kali, justeru Rosmah menyeru pihak-pihak korporat mahu
pun orang perseorangan serta NGO-NGO
tampil memberikan bantuan dengan mengamalkan bersedekah.
INI Kali ke 6 Rosmah menyampaikan sumbangan pada majlis bantuan raya Yayasan Pendidikan Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, kelmarin. Turut menyaksikan Syed Ali Alhabshee (kanan). |
“Janganlah menjadikan amalan bersedekah sebagai ‘one of’
semata-mata apabila datangnya bulan Ramadan tetapi jadikanlah sifat sedekah itu
tanpa syarat dan sebahagian daripada hidup kita. Sepertimana hadis Riwayat Imam
Ahmad bersabda,’Barang siapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari
kesulitannya, hendaklah dia mengatasi kesulitan orang lain,’ “ tambah Rosmah.
ANTARA Yang hadir,........ |
Hari kedua sumbangan dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras di
mana sejumlah 630 golongan ibu tunggal,
warga emas dan yang kurang berkemampuan diberikan sumbangan yang sama.
Seperti tahun-tahun lalu, sumbangan pada hari kedua
disampaikan oleh Puan Seri Datin
Noorainee Abdul Rahman namun pada tahun ini beliau diwakili Setiausaha Politik TPM,
Dato Tahir Mohd Taat memandangkan isteri Timbalan Perdana Menteri kurang sihat.
“Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan oleh doktor
supaya berehat, jadi beliau kirim salam dan tidak dapat hadir pada pagi ini,”
Dato Tahir menyampaikan pesanan Puan Seri Noorainee.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap keamanan Negara
dapat dipertahankan di mana melalui perpaduan dan keamanan ekonomi Negara akan
berkembang dan bantuan-bantuan seperti yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian
Cheras dapat disempurnakan setiap tahun.
DATO Tahir menyampaikan bantuan kepada golonga yang memerlukan di Pusat Rekreasi Cheras baru-baru ini. |
“Jika Negara tidak aman, mana mungkin kita boleh membantu
mereka yang tidak berkemampuan kerana ekonomi aka n lemah justeru sukar bagi
badan-badan korporat mahu pun usahawan memperoleh kejayaan seperti yang
dinikmati sekarang,” tambahnya.
Sementara itu, Syed Ali memberitahu, kepada golongan yang
namanya tercicir bolehlah menghubungi Setiausaha pejabat untuk mendapatkan
bantuan .
“Kami tidak pernah menolak sebarang permohonan, Jika ada
mereka harus taampil dan kami akan menyiasat kedudukan mereka dan sekiranya
mereka benar-benar berhak mendapat bantuan kami akan berikan,” yakin Syed Ali sambil menambahkata pihaknya
tidak hanya memberi bantuan pada bulan Ramadan sahaja tetapi berlaku sepanjang
masa apabila ada pihak yang memerlukan.
Beliau seterusnya menjemput orang ramai untuk bersama
meraikan program mengacau 31 kawah dodol dan membakar 1,000 batang lemang yang
diusahakan oleh sayap wanita, pemuda dan
puteri UMNO Bahagian Cheras pada 19 Julai ini bermula jam 10 malam.
“Ia akan berlangsung di bawah jambatan dekat sini dan orang
ramaki juga dijemput bersama memeriahkannya malah kami turut menyediakan
bekalan untuk bersahur manakala dodol dan lemang akan diagih-agihkan,” sambung
Syed Ali selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan