NEELOFA DUTA AIRISH MIRACLE
Rangkaian kosmetik fesyen pertama di Malaysia, Airish Miracle melancarkan produk sulongnya, Hemma Sakura dalam majlis penuh glam yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Utama Taming Sari, Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.
Kemeriahan majli diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal seperti Anzalna, Lana Nordin, Shah Iskandar, Lisdawati (yang masih dalam pantang), Iqram Dinzly & Yasmin Hani (keduanya bertindak sebagai pengacara) dan ramai lagi. Kemuncaknya apabila produk Airish dibawa ke pentas oleh Neelofa yang dilantik sebagai Duta Airish Miracle.
Majlis menandatangani perjanjian sebagai Duta dilangsungkan serentak antara Neelofa dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Ainuddin Ghazali yang turut disaksikan oleh Nazri.
Produk Airish Miracle yang dinamakan sempena anak Aizuddin, bakal memperluaskan sayap legasi perniagaan ke luar Negara seperti Kota London, Jakarta, Hong Kong dan Singapura, yang terkenal dengan industry fesyen dan kosmetik.
“Ia produk tempatan yang pertama di Malaysia yang menggunakan Reverse Osmosis (RO) Water di mana ia menggunakan sumber air sulin dalam menghasilkan produk yang pastinya dijamin berkualiti tinggi, “ ujar Ainuddin dalam ucapan aluannya.
BLACK |
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan nyanyian oleh Indah bekas pelajar Akademi Fantasia serta Black serta diselitkan dengan pertunjukan fesyen dan cabutan bertuah. Bukan itu saja, para artis tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka yang memenangi pertandingan laman sosial Twitter dan Instagram berpeluang memenangi barangan berjenama Louis Vuiton!
Melalui pertandingan itu, tuah berpihak kepada Anzalna Nasir dan Shah Iskandar kerana berjaya mendapat like yang paling banyak di Instagram untuk gambar mereka di majlis perasmian Airish Miracle. Dan untuk kategori di laman sosial Twitter pula, Iqram Dinzly berjaya meraih retweet yang paling banyak untuk membawa pulang barangan berjenama itu.
Sementara itu, Neelofa atau pemilik nama penuh Nor Neelofa Mohd Noor dalam komennya sebagai Duta berkata:
“Saya sudah mengamalkan produk ini
lebih kurang setengah tahun sebelum bersetuju menjadi duta. Muka saya memang
tak banyak masalah tapi produk ini berkesan dalam mengekalkan kelembapan dan
mengelakkan kekusaman kulit saya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan