PPP BAHAGIAN TITIWANGSA SUMBANG BANTUAN HARI RAYA
Majlis yang dihadiri tetamu kehormat Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas berlangsung dalam suasana penuh perpaduan di kalangan ahli-ahli PPP meliputi 10 cawangan Bahagian Titiwangsa di mana penulis turut hadir atas jemputan dari Anita Entertainment Productions yang dipertanggungjawabkan membawa beberapa media pada majlis berkenaan.
"Tahun ini sahaja sudah empat kali kami memberi bantuan kepada golongan memerlukan di mana kemuncaknya berlangsung hampir setiap tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra, Hanya kali ini kami mengubah lokasi dan memilih Sekolah Aminuddin Baki agar lebih dekat dengan masyarakat," tambah Zakaria. |
|||
Beliau memberitahu, sehingga kini PPP Bahagian Titiwangsa telah memperoleh rumah murah melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk enam sekeluarga sebagai salah satu aktiviti bantuan yang diusahakan.
Sementara itu, Kayveas dalam ucapan ringkasnya memuji usaha yang dilakukan oleh PPP Bahagian Titiwangsa. "Walau pun parti bukan ada banyak sangat duit tetapi mana yang boleh dan berupaya kita akan beri," jelas Kayveas. Beliau juga menyeru rakyat tempatan agar sentiasa hidup dalam harmoni malah dengan wujudnya keamanan dalam negara, rakyat berpeluang untuk majukan diri. |
|
||
Tiada ulasan:
Catat Ulasan