RENDA JADI INSPIRASI KOLEKSI HABIB DI HARI RAYA
DATO Meer bersama para model yang memperagakan koleksi Rantaian Kasih di Hotel Chulan baru-baru ini. |
Habib Jewels meneruskan tema "Cherita di Hari Raya' bagi kempen 'Rantaian Kasih' HABIB 2014' dengan mengembalikan nostalgia tahun 60an dengan koleksi berinspirasikan renda.
Majlis pelancaran koleksi barang kemas berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Urusannya sendiri, Dato Meer Habib dengan gimik ala cerita P. Ramlee "Ali Baba 40 Penyamun' di mana Meer menyebut kata-kata pembuka gua 'Iyainsunmatakajisimaringsing' tetapi beliau terpaksa menarik papan yang memperlihatkan logo 'Cherita di Hari Raya', Barangkali jika ada seseorang lain yang menarikkannya adalah lebih baik kala kata-kata magis itu disebut serentak.
Majlis turut diserikan dengan penampilan beberapa artis terkenal seperti Fizz Fairuz dan isterinya, Almy Nadia (yang menjadi ikon kepada iklan 'Cherita di Hari Raya), Hazama, Vanida Imran, Anzalna dan adik Kasih Azri, anak kepada pelakon Zila Bakarin manakala Raja Azura bertindak sebagai pengacara majlis.
Kesemua para artis dan model menggayakan koleksi 'Rantaian Kasih' Habib' dengan rekaan baju dari Rizman Ruzaini di bawa koleksi 'Highness', Jakel dan koleksi Aura.
Koleksi Aura memperidah pakaian hijab dengan kerongsang berlian dan permata berwarna, rantai panjang neserta loket dan gelang yang sungguh menarik.
VANIDA IMRAN |
perasmiannya di hotel Royale Chulan baru-baru ini.
Rekacipta baru Oro Italia HABIB 916 dalam rangkaian koleksi Rantaian Kasih mengetengahkan keistimewaannya semasa majlis pelancaran. Malah Butang Baju Melayu untuk lelaki direkabentuk daripada Palladium dan diperhalusi dengan batu permata yang pelbagai warna dan stail,
Untuk si kecil yang comel,, pelbagai rekabentuk rantai emas 916 dan loket serta gelang dan gelang kaki sudah pasti menambahkan suasana cerita di Hari Raya.
FIZZ Fairuz dan Almy Nadia, model "Cherita di Hari Raya" |
HAZAMA |
Kempen 'Cherita di Hari Raya' berlangsung selama sebulan bermula dari 27 Jun lalu sehingga 29 Julai ini di semua 32 bilik pameran HABIB di seluruh negara.
Pelanggan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 70% untuk berlian dan permata manakala bagi barangan emas 916, diskaun sehingga RM15 segram diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan