UMNO BAHAGIAN CHERAS GOTONG-ROYONG KACAU 31 KAWAH DODOL, BAKAR 1,000 LEMANG
AZIZAH (tiga, kiri) bersama Zurainah (dua, kiri) serta Winnie Sin mengacau dodol..... |
Tidak hairanlah jika Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri
Mohd Najib Tun Razak pernah bersuara bahawa UMNO Bahagian Cheras antara yang
pro aktif menjalankan aktiviti kebajikan mahu pun program-program yang
membangun khususnya membantu masyarakat sekeliling kawasan Parlimen Cheras.
Betapa tidaknya, sejak 1994 dan tahun tahun berikutnya, UMNO
Bahagian Cheras di bawah kebijaksanaan pemimpinnya, Dato Seri Syed Ali Al
Habshee tanpa penat lelah terus berusaha mencari dana bagi melangsungkan
tradisi bantuan Hari Raya kepada golongan yang memerlukan seperti pelajar,
anak-anak yatim, ibu tunggal mahu pun warga emas.
Dan sejak enam tahun kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin
Paduka Seri Rosmah Mansor serta isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri
Noorainee Abdul Rahman tidak menghampakan di mana penyampaian bantuan kepada
golongan yang memerlukan itu dilaksanakan dengan jayanya.
Malah memetik kata-kata Syed Ali,”Kami bukan sahaja member
bantuan kepada bulan Ramadan malah apabila memerlukan kami tetap hulurkan sumbangan
kepada mereka yang tampil meminta pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.”
Kali ini, buat julung kalinya pula, UMNO Bahagian Cheras bersama sayap Wanita,
Pemuda dan Puteri berganding bahu menganjjurkan pula Program Kacau Dodol
sebanyak 31 kawah (mewakili 31 cawangan UMNO Bahagian Cheras) dan
sebanya 1,000 batang lemang.
Majlis penuh meriah itu berlangsung di bawah jambatan
berhampiran Pusat Rekreasi UMNO Cheras, Kuala Lumpur dengan disempurnakan
perasmiannya oleh Timbalan Menteri Wanita & Pembangunan Masyarakat merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia,
Datuk Azizah binti Datuk Seri Pangilima Mohd Dun malam tadi.
“Pada asalnya cetusan idea yang lahir dari Datuk Seri Syed
Ali sekadar mengacau dodol tetapi saya menyahut cabarannya dengan menambah acara
membakar lemang sekali gus,” ujar Dato Zurainah Musa selaku Ketua Wanita UMNO
Bahagian Cheras pada ucapan aluannya.
Dato Azizah pula dalam ucapan perasmiannya, memuji langkah
yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Cheras serta tiga sayap di bawahnya dalam
usaha mendekatkan masyarakat kepada aktiviti gotong-royong.
“Saya mendapat jemputan hanya daripada SMS yang dihantar
oleh Datuk Zurainah dan atas usaha beliau itu serta sifat kerajinannya yang
tidak berbelah bahagi maka saya harus menyokong usaha murni sebegini,” ujar
Azizah.
PERBUALAN antara dua rakan Azizah (kiri) dan Zurainah. |
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Dato Mahadi Abdul
Shukor, Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Nasir Abdul Ghan dab Nazatul
Shima Shamsuddin selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras. Dato Seri Syed Ali Al Habshee bagaimana pun
tidak dapat hadir atas urusan lain.
Seranai 620 orang ahli-ahli terlibat dalam program berkenaan
termasuk beberapa NGO dan pelajar IPTA/IPTS di mana majlis turut disaksikan
oleh tujuh artis tempatan seperti Miera Lyana, Dafi Ismail, Zed Rusly dan
beberapa wajah bakat baru, Mereka
diiringi bersama pemilik Rafflesia, Winnie Sin bersazma suami serta Bill Bora.
PARA artis yang terlibat..... |
Menurut Zurainah, tujuan program diadakan adalah bagi
menuntut semangat gotong-royong dan kerjasama di antara generasi muda dan lama,
yang mana semakin terhakis masa ini
KAK Fas bersama Zurainah |
“Mereka yang datang akan lihat bagaimana sukarnya mengacau
sekawah dodol bersama berganding bahu antara ahli-ahli UMNO Cawangan yang
menuntut ibarat kata pepatah ‘bersatu teguh bercerai roboh.” tambah Zurainah
seraya mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Selain itu, kesemua peserta program berpeluang untuk
bersahur bersama-sama dengan Ali Parlimen Masjid Tanah Melaka merangkap Ketua
Puteri UMNO Malaysia, YB Mas Ermiyanti Shamsuddin pada jam 3 pagi di mana
sebanyak 3,100 bekas dodol dan 1,000 batang lemang diagih-agihkan kepada orang
awam dan masyarakat setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan