Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CINTA IBADAH TAMPILKAN LAGU MELLY GOESLOW


Bermula 8 September 2014 ini, Astro Prima (saluran 105) akan menawan hati penonton dengan sebuah kisah cinta abadi berjudul "Cinta Ibadah', pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang  yang turut disiarkan secara eksklusif di Maya HD 135, Ria PLUS dan Astro-On-The-Go.

Di bawah arahan pengarah Ayie Mustafa dan Sridhar Jettym karya terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini membariskan pelakon lama dan baru seperti Aishah Ilias, Raja Iylia, Nor Albaniah, Sherry Ibrahim, Shahronizam, Roslan Shah, Ziema Din dan Fattah Amin.

Tambah menarik lagi, lagu runut bunyi untuk telenovela ini  berjudul 'Cinta dan Ibadah' didendangkan oleh penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow.

Majlis pelancaran telenovela yang dijanka berlarutan sehingga 130 episo itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka yang turut dihadiri Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khirul Anwar Salleh termasuk barisan pelakon terlibat.

Telenovela ini mengisahkan  tentang pasangan bahagia suami isteri yang sama camtik sama padan iaitu Siti (lakonan Aishah) dan suaminya Hafiz (Fattah). Kehidupan bahagia pasangan ini mula goyak apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah, Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan suaminya,

Tidak mahu hafiz mengesyaki perkara sebenar mengenai kesihatannya, Siti meminta pertolongan Rina (Aishah) yang secara kebetulan memiliki raut wajah seiras dengannya untuk 'menggantikan' tempatnya sementara dia menjalani rawatan di hospital. Siti diperkenalkan kepada RIna oleh Dr, Irma (Sherry Ibrahim) yang kebetulan mengenalinya di hospital. Pada asalnya Rina agak keberatan namun akhirnya bersetuju apabila Siti Menyatakan yang dia yang menanggung segala perbelanjaan rawatan ibu Rina yang sedang sakit.



Pada masa yang sama, Siti juga turut mempunyai konflik dengan kakak kandungnya, Ratna (Raja Iylia) yang tidak menyenangi kebahagian yang Siti miliki dan cuba menganggu hubungan mereka,

Ratna cukup mencemburui adiknya Siti kerana dia sepatutnya berkahwin dengan Hafiz pada mulanya.

Walau bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana Ratna mahu menumpukan perhatian kepada kariernya sebagai model lantas meninggalkan Hafiz.  Tidak mahu keluarga menanggung malu di atas keputusan Ratna, Siti terpaksa berkahwin dengan Hafiz demi menjaga nama baik dan maruah keluarga. Tambah menyulitkan lagi keadaan apabila ibu mertua Siti, Che Ani (Nor Albaniah) tidak berapa menyukai Siti dan lebih menyayangi Ratna berbanding menantunya sendiri.

Keadaan semakin sukar apabila Rina yang sepatutnya 'menggantikan' Siti mula menyimpan perasaan cinta terhadap Hafiz. Apakah yang bakal berlaku dalam kisah ini? Untuk mengetahui jawapannya pastikan anda tidak terlepas menyaksikannya bermula 8 September ini, jam 5 petang.

Sementara itu, Melly Goeslow yang ditemui memberitahu, beliau mendapat tawaran untuk mencipta lagu runut untuk telenovela itu kira-kira lima bulan lalu dan mengambil keputusan untuk menerimanya sebab sua dengan jalan cierita berkenaan.



"Saya suka akan jalan ceritanya yang lain daripada yang lain. Ada cinta yang sangat luar biasa. Jadi saya bersetuju untuk menciptakan lagu berjudul 'Cinta dan Ibadah' untuk drama ini", katanya yang kini sudah berhijab.

Mengakui pada mulanya rasa ragu-ragu untuk berhijab, Melly memberitahu, keputusan tersebut diambil setelah menunaikan umrah buat kali kedua tiga bulan lalu, apatah lagi didorong oleh rakannya, Rossa.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menambah kata, sejak pulang dari tanah suci dia berasa malu dengan diri sendiri lantas terdetik di hatinya mahu berhijab.

"Sebenarnya sejak dua tahu dahulu saya sudah  terfikir mahu bertudung. Tiga tahun lalu saya ke tanah suci bersama Rossa dan menunaikan umrah. Kemudian setahun selepas itu saya terfikir mahu berhijab. Tapi saya bimbang, apakah selepas itu nanti saya masih boleh menyanyi lagi? Dan bagaimana pula dengan reaksi  orang ramai terhadap saya?

"Tapi selepas pulang dari umrah yang kedua tiga bulan lalu, saya tiba-tiba berasa malu dengan diri sendiri. Sejak itu juga timbul keyakinan untuk saya berhijab. Saya nekad berhijab dan tak perlu takut dengan apa pun keraguan yang pernah saya fikirkan dulu kerana saya percaya rezeki itu datang daripada Allah.

"Jadi, begini penampilan saya sekarang dan saya berharap  boleh istiqamah (berterusan)", kata Melly Goeslow ketika ditemui pada sidang media telenoleva pertama Malaysia terbitan Astro berjudul 'Cinta Ibadah', bertempat di sebuah hotel di ibukota, semalam.

Tambahnya lagi, sejak bertudung beliau berasa lebih tenang dan kehidupannya tidak banyak berubah. Malah dia bersyukur kerana medapat sokongan daripada suami, anak-anak serta kawan-kawan, terutamanya Rossa yang katanya memendam hasrat untuk turut berhijab kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan