IKON CONNAUGHT PENUHI KEHENDAK PENDUDUK CHERAS
GEOFFREY (tengah) brsama Albert bergambar bersama finalis Mrs Universe di Ikon Connaught baru2 ini. |
Kawasan Cheras sememangnya terkenal antara kawasan yang paling sebuk dan boleh dikatakan seringkali sesak dengan lalulintas tidak kira waktu puncak atau pun waktu biasa.
Jika bercadang hendak ke pusat bandaraya membeli-belah atau pun mempunyai jadual temujanji pada waktu tertentu disyorkan bergerak awal jika tidak mahu terperangkap dalam kesesakan trafik.
Tetapi kini, penduduk kawasan Cheras khususnya sekitar Taman Connaught tidak perlu lagi bimbang untuk berhadapan dengan 'je,m' waima munculkan sebuah pusat membeli-belah terbaharu yang dinamakan Ikon Connaught, terletak dipinggir lebuh raya menuju Petaling Jaya.
Ikon Connaught merupakan sebuah pusat komersil terbaharu dibangunkan di Cheras, Kuala Lumpur, bakal menjadikan lokasi beli belah tumpuan untuk penduduk sekitar termasuk Bandar Tun
Razak, Batu 9, Taman Segar, Bandar Sri Permaisuri serta Taman Desa Perdana –
dan ia boleh diakses melalui MRR2, Lebuh raya Salak dan Lebuh raya Cheras.
Sempena pra pelancarannya baru-baru ini, Ikon Connaught menerima kunjungan
delegasi Ratu Mrs Universe 2014, Hadir memeriahkan acara adalah
Geoffrey de Drouas, wakil ikon Connaught dan Datuk Albert Chiang, Pengarah
Podium Outlet.
Persembahan tarian naga mengiringi tetamu dan rakan media masuk
ke ruang legar utama untuk pertama kalinya.
“Kawasan ini telah berkembang pesat sebagai
pusat perniagaan. Ia seperti apa yang kami inginkan,” kata Geoffrey.
“Kami
percaya, orang ramai mahukan pengalaman membeli belah premium tapi melalui
tawaran barangan dengan harga berbaloi. Kami yakin dapat memenuhi kehendak
penduduk pinggir bandar Cheras, dari segi perkhidmatan dan barangan. Sekarang,
kami akan bekerjasama dengan delegasi Ratu Mrs.Universe 2014, untuk menwar-warkan
kehadiran kami selain memberitahu apa perancangan kami seterusnya,' tambah beliau.
Hiasan dalaman pusat membeliIbelah dihasilkan
Spark Architects, firma reka bentuk dalaman sama yang memberikan wajah baharu untuk Starhill Kuala Lumpur. Ikon Connaught mempunyai
enam tingkat premis jualan dan empat tingkat ruang pejabat, yang menyasarkan untuk
menarik demografi pelbagai golongan terutama professional muda, pelajar
universiti dan masyarakat urban.
Ikon Connaught bakal memberi wajah baru
sekali gus menjadi destinasi membeli-belah terbaharu di Cheras dan menjadi buah
mulut penduduk sekitarnya. Melangkah ke pintu utama, hiasan gaya kontemporari yang diperlihatkan mencerminkan falsafah dipegang, mengimbangi nilai estetika dan
kehendak pelanggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan