KAJOL DITERBANGKAN KHAS LANCAR SALURAN BOLLYONE HD
KAJOL diberi penghormatan melancarkan saluran baharu Astro BollyOne HD baru-baru ini. |
Kajol Devgan akan berada di Malaysia? Biar betul? Tak percaya?
Itulah kebenarannya,bintang Bollywood yang sering berpasangan
dengan actor popular Shah Rukh Khan akan berada seketika di Malaysia sebagai
tetamu khas pada upacara majlis pelancaran saluran HD baharu Astro, BollyOne
(saluran 251)..
Sudah pasti bayaran yang dikenakan cukup tinggi untuk membawa
bintang “Kuch Kuch Hota Hai’ itu ke Malaysia tetapi itu bukan menjadi
persoalannya kepada peminat isteri Ajay Devgan ini.
Dapat menatap wajahnya sahaja pasti sudah cukup memuaskan hati
mereka yang meminatinya dan itulah yang berlaku pada majlis pelancaran BollyOne
HD yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kemunculannya ke dewan jamuan hanya untuk pelancaran dan
temuramah ringkas bersama Lisa Surihani sebelum kelibatnya hilang dibawa keluar
dewan. Pihak media yang mengharapkan temuramah tidak berpeluang langsung
mendekatinya kecuali mungkin pihak media Astro sahaja yang berkesempatan.
Kerana itu, ketika beliau ditemuramah oleh Lisa di pentas, ramai
yang mengambil peluang berdiri berhampiran pentas untuk mengambil gambar Kajol
dengan lebih dekat malah tidak kurang juga yang ber ‘selfie’ berlatar
belakangkan Kajol dan Lisa yang berada di pentas.
Nasib baik Awal Ashari yang bertindak sebagai pengacara majlis
bijak untuk ‘berselfie’ juga dengan Kajol dan Lisa di atas pentas, jika tidak
mungkin Awal juga tidak berkesempatan bergambar dengan Kajol di hadapan tetamu.
Sebaiknya apabila ada selebriti terkenal begini yang
diterbangkan khas haruslah didekatkan dengan media tempatan bagi peluang
beramah mesra. Tak tahu lah kenapa tiada sidang media dilakukan. Samada Kajol
tidak mahu atau barangkali ada alasan lain tidaklah diketahui. Tetapi kenapa
agaknya setiap kali adanya bintang Bollywood amat sukar untuk mendekati mereka,
mengalahkan bintang Hollywood pula. Emmmm…. Kak Fas tiada jawapan itu.
Aoa pun, bagi peminat filem-filem Hindi, bolehlah layari saluran Astro BoxOffice BollyOne HD bermula
dari 1 September sehingga 18 September 2014 ini untuk menonton filem-filem
Hindi terkini dalam bentuk pra-tonton.
“Kami berbesar hari kerama dapat membawakan filem-filem baharu
yang terbaik Bollywood terutamanya khas bagi pencinta Bollywood yang telah lama
menantikan filem-filem Hindi terkini, BollyOne HD merupakan saranan bernilai
kami kepada penonton,” ujar Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Segmen
India Astro, Dr. Rajamani Chellamuthu dalam ucapan ringkasnya pada majlis
pelancaran.
Menurutnya, saiz pasaran semasa bagi filem Bollywood berjumlah
1.4 juta dan dengan wujudnya BollyOne HD ia memberi peluang kepada penonton
untuk menyaksikan filem-filem Bolllywood terkini dalam kualiti Definisi Tinggi,
kualiti bunyi sekeliling yang padat dan juga dua sarikata pilihan iaitu Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Tambah Dr. Rajamani, sebanyak 7 filem baharu bakal ditayangkan
pada bulan pertama saluran ini beroperasi antaranya filem ‘Youngistan’,
‘Darr@The Mall,’ ‘Boothnath Returns’, “O Teri’. ‘Queen’ dan ‘Deh Ishqiya’.
Manakala pada bulan berikutnya bakal menyaksikan beberapa filem seperti
‘Humshakals’, ‘Bobby Jasoos’, ‘Kick’ dan ‘Singham Returns’.
Saluran BollyOne HD akan menayangkan 4 hingga 5 filem terkini
dalam sebulan serta keluaran filem-filem terbaharu setiap hari Khamis pada
waktu perdana, jam 9 malam. Setengah filem Bollywood yang tidak pernah
ditayangkan sebelum ini akan dijadikan sebagai filem tayangan perdana dan
penonton boleh melangganinya pada kadar RM5 sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan