KONSERT MINGGUAN AF2014 BERMULA 7 SEPTEMBER
12 pelajar AF2014 yang terpilih..... Foto Max Lim. |
Akademi Fantasia 2014 kembali dengan format asal dengan 12
pelajar diperkenalkan ke khalayak ramai
dalam satu majlis sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di Kuala
Lumpur baru-baru ini.
12 pelajar berkenaan dikenal pasti menerusi sesi saringan
pemilihan yang teliti terdiri daripada enam pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan.
Pelajar lelaki diwakili Azwan Satar (Azwan, 30, Johor); Ikhawal
Hafiz Ismail (Ewal, 22, Perak); Mhd Firman Bansir (Firman, 25, Sabah); Mohd
Razman Abd Aziz (Aman, 21, Melaka); Muhd Zharif Mohd Kamil (Zarif, 26, Johor)
dan Muhammad Fareezuan Adnan yang
membawa nama ringkas Farez, 19, berasal dari Kuala Lumpur.
Enam pelajar perempuan pula terdiri daripada Adeline Joyce
Masidah (Adel, 21, Sabah); Muna Shahirah Munadi (Muna, 20, Johor); Nina Nadira
Naharuddin (Nina, 22, Selangor); ‘Nor Aziha Md Salleh (Ziha, 0, Johor); Syamila
Nuhair Zainordi (Nuha,, 21, Perak) dan Walfadhilah Suhaizat (Wawa, 19,
Selangor).
Di antara mereka itu, Kak Fas mengenali Ikhwal, anak kepada
pemain muzik, Mel, yang boleh berbicara dalam 16 bahasa malah pernah memenangi
beberapa pertandingan di peringkat luar Negara.
EWAL |
Apabila disoal mengenai pemilihannya berbanding pelajar lain
yang masih mentah dalam arena muzik berbanding Ewal, kata beberapa tenaga
pengajar seperti Siti Hajar dan Fatimah Abu Bakar, Ewal menepati kriteria yang
dicari bagi pelajar AF.
Pun begitu, Ewal seperti pelajar lain ada kelemahannya yang
boleh diasuh melalui kelas Akademi malah cabaran yang dihadapi Ewal agak berat
juga memandangkan namanya yang sudah dikenali bukan penentu untuknya meraih
kejayaan.
“Ia juga boleh membahayakan kedudukannya,” kata Fatimah Abu
Bakar.
Siti Hajar selaku Guru Vokal dan Fatimah Abu Bakar sebagai Guru
Motivasi dan Bahasa Inggeris dipilih semula menganggotai barisan tenaga
pengajar bersama Linda Jasmine sebagai Guru Tarian dan Koreografi, Marlia Musa
selaku Guru Seni Persembahan dan Acis bertindak sebagai Guru Muzik dan Pengarah
Muzik Konsert.
Selain itu, AF 2014
sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak untuk melunaskan tangungjawab
sebagai Pengacara Konsert Mingguan manakala pelawak dan pelakon yang baharu
sahaja dinobotkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang
Popular Berita Harian, Jihan Muse pula dilantik buat pertama kalinya sebagai
Pengacara Diari.
ZIZAN dan Jihan ditemuramah oleh Dina Nazir pda majlis sidang akhbar. |
AF2014 mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton
melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI di mana pelajar yang memperoleh
undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap
minggu akan tersingkir.
Selain itu Astro turut menawarkan pelbagai perkhdmatan Aplikasi
AF2014 yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play
Store bermula 1 September 2014 ini.
Rangkaian program AF2014 akan mula bersiaran secara eksklusif
menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). Rutin seharian para
pelajar menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian
Diari AF pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam bermula pada 1
September 2014 ini.
Manakala Konsert Mingguan AF pula akan bersiaran secara langsung
dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9
malam mulai 7 September 2014 ini.
Konsert Minggu Pertama dan Minggu Akhir AF2014 juga akan
ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (104), Astro
Prima (105) dan Maya HD (135) untuk memberi lebih pilihan kepada penonton. Ia
juga disiarkan menerusi perkhidmatan Astro On-The-Go menerusi peranti tablet,
telefon pintar atau pun komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan