Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA STEM CELL

MOHD RIZAL (kiri)  bersama dengan Vincent dan Abdul Rashid memperkenalkan Perfect Stem Cell...

Mencari sesuatu produk yang bersesuaian dengan tubuh badan barangkali boleh memeningkan apatah lagi dengan lahirnya lambakan produk-produk kecantikan yang tumbuh bagaikan cendawan.

Setengahnya cepat terkenal kerana iklan yang sering keluar melalui tv apatah lagi dengan tagline yang ada kalanya lucu dan menjadi bualan mulut contohnya seperti ‘terlajak laris’ dan seumpamanya.

Apa pun tagline yang digunakan setiap syarikat yang perniagaan utamanya berasaskan produk kecantikan mahu pun kesihatan, yang perlu difikirkan adakah ia menepati dan sesuai dengan tubuh badan.

Tidak disangkalkan ada produk yang memberikan kesan negatif dan tidak kurang juga yang amat berkesan dan sesuai dengan tubuh badan waima mereka yang tergolong dalam kumpulan ini tidak mahu lagi menoleh untuk mencari produk lain memandangkan dah bertahun tahun produk yang digunakan sesuai dan memberikan reaksi kesan yang memuaskan.

Pun begitu, bagi mereka yang masih tercari-cari produk yang bersesuaian barangkali jenama keluaran Biotech Global Sdn Bhd meliputi ‘Perfect Stem Cell’ mampu membantu.
Produk dihasilkan melalui kajian pembangunan menggunakan formula teknologi Swiss di mana kandungan yang berasaskan herba serta buah-buahan menghasilkan kesan positif terhadap kecantikan dan kesihatan tubuh badan.


“Ia pemakanan anti penuaan yang hebat secara semula jadi sekali gus memberikan kesan pemuliihan kepada badan tanpa kesan sampingan,” ujar Mohd Rizal Othman, Perunding Pemasaran Biotech Global Sdn Bhd selepas ditemui pada majlis memperkenalkan produk Perfect Stem Cell sempena meraikan sekali gus sambutan Hari Raya ahli-ahli terlibat.

Menurut Mohd Rizah, produk yang dihasilkan oleh pengasas syarikat, Vincent Siow telah ditubuhkan pada tahun 2012 dengan modal RM1.5 juta di mana tiga produk dihasilkan ke pasaran iaitu Maca Tongkat Ali, Royal Perfect Cream dan terbaharu, Perfect Stem Cell..

“Sebagai langkah awal promosi kami mensasarkan untuk memberi produk Perfect Stem Cell secara percuma untuk 500 orang seluruh Malaysia,” harapan Mohd Rizal.

Tambahnya, sebagai permulaan seramai 100 orang telah dikenal pasti untuk diberikan produk berkenaan secara percuma di mana selepas lebih dua minggu komen serta reaksi pengguna terbabit akan direkodkan.

“Saya yakin dalam tempoh itu, setiap pengguna akan mendapat kesan positif di mana mereka akan merasa lebih yakin, awet muda dan sihat,” ujar Rizal sambil diakui Abdul Rashid Nurong selaku Pengarah Network syarikat yang turut hadir.

Dalam usaha promosi, Biotech akan menjelajah ke seluruh Malaysia bagi member peluang kepada pengguna yang ingin menambah pendapatan sambil memperoleh tubuh yang sihat dengan menjadi ahli.

Keahlian biasa dibuka pada harga RM50 manakala ejen penjualan terbuka untuk empat kategori bermula dari RM250, RM450, RM1,800 dan RM4,500.

Sebagai ahli untuk pakej RM250, pengguna diberikan tiga produk dan mereka boleh menjalankan perniagaan tanpa had batasan.

Untuk keahlian RM450, mereka dibekalkan dengan produk bernilai RM1,350; keahlian RM1.800 pula berpeluang mendapatkan produk bernilai RM5,400 manakala sebagai ahli yang membayar RM4,500, mereka berhak mendapatkan bekalan produk bernilai RM13.500.

Dengan strategi pemasaran melibatkan kos RM1 juta, Biotech mempunyai perancangan untuk memasarkan Perfect Stem Cell dan produk lain di bawah bumbungnya untuk pasaran global seperti ke Indonesia dan Thailand serta Singapura.

“Kami yakin dengan produk yang berkualiti, pengguna memperoleh kepuasan maksima malah bukan sahaja sihat tetapi tetap cantik dan awet muda,” jelas Mohd Rizal penuh yakin.

Produk Perfect Stem Cell akan berada di pasaran Sabah dan Sarawak mulai bulan September di mana permintaan daripada rakyat Semenanjug Timur itu sudah menunjukkan jumlah yang membanggakan.

Mempunyai kilang di Seremban dan Ipoh malah berhasrat membuka sebuah pusat perkhidmatan setiap satu di setiap negeri, Biotech Global Sdn Bhd yakin langkah itu dapat membantu memudahkan pengguna mendapatkan produk.

Produk pemakanan anti penuaan yang diformulasikan dengan kajian mendalam menggunakan bahan semula jadi daripada buah-buahan dan herba berkhasiat ini disyorkan pemakanannya setiap hari iaitu dua sachet sebelah pagi, satu pada tengah hari dan dua sachet lagi pada waktu malam.

‘Dengan penggunaan stevia sebagai pemanis produk ini mampu mengurangkan risiko penyakit moden, meningkatkan kesegaran fizikal dan melanjutkan usia, ujar Mohd Rizal.

Tambahya, antara khasiat lain, ia mencegah osteoporosis, memperoleh kulit lebih anjal dan bentuk badan lebih langsing waima nampak awet muda dalam masa singkat.

Maklumat lanjut layari www,biotechnet.com.my





Tiada ulasan:

Catat Ulasan