Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PIZZA TAMPIL 18 RESIPI & 16 'TOPPING' BAHARU



PENGURUS Besar Kanan, Pizxa Hut Malaysia, Low Kang Moon  memperkenalkan Pan Pizza terbaharu...
Kak Fas bukanlah seorang penggemar pemakanan Pizza al maklum tekak Melayu kata orang. Lebih menggemari masakan kita atau yang biasa dihidangkan di Malaysia waima ala Barat sekali pun seperti 'steak' 'chicken chop' atau pun paling mudah 'fish and chips'. 

Dan apabila diberikan Pizza tambahan pula jika ada keju, tekak Kak Fas tidaklah mahu sangat menikmatinya walau pun sekadar makan untuk kenyang.

Pun begitu, ketika dijemput menghadiri program 'food tasting' Pizza Hut baru-baru ini, Kak Fas menerimanya sebagai tanggungjawab untuk menulis berita berkenaan. 

Bayangkan 18 menu baharu dengan 16 'topping' diperkenalkan dan selesai sesi fotografi, para media yang hadir dijemput merasai beberapa menu yang telah disediakan. 


Sebaik merasainya, ternyata ia enak kali ini, boleh pula tekak Kak Fas menelangnya apatah lagi bila hidangan pemanis mulut iaitu Molten Lava Cake... cukup sedap... memang favourite Kak Fas pun bila bab dessert.

Sesungguhnya, Pizza Hut Malaysia komited untuk menjadi peneraju restoran piza yang utama di Malaysia, dengan ikrar untuk menyajikan Piza Pan yang baharu dan dipertingkatkan serta dijamin akan memuaskan selera pelanggan setianya.


Pizza Hut kini memberi jaminan bahawa Piza Pan akan disediakan secara segar, dengan menggunakan ramuan serta bahan-bahan terbaik dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan piza yang enak dan lazat. Piza Pan baharu ini juga didatangkan dengan jaminan kepuasan malah jika pelanggan tidak berpuas hati dengan rasa serta kualitinya, pihak Pizza Hut dengan berbesar hati akan menggantikannya dengan piza yang baharu secara percuma.

“Sebagai jenama yang sentiasa seiring dengan perkembangan semasa, kami perlu sentiasa memperkenalkan piza baru yang sesuai dengan selera dan citarasa pelanggan kami. Oleh itu kami telah mengambil keputusan untuk memperbaharui komitmen kepada para pelanggan yang kami hargai dengan mempertingkatkan mutu Piza Pan kami supaya rasanya lebih enak, dengan penambahan topping yang lebih banyak serta segar,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.


“Pengamatan melalui pengalaman piza yang berbeza telah memberi inspirasi kepada pasukan R&D kami untuk mencipta resepi-resepi baharu yang pelbagai. Dengan komitmen untuk menjadikan Piza Pan kami lebih lazat serta menyelerakan, kami telah  menitik beratkan kesegaran kerak piza, menyempurnakan gabungan bahan-bahan segar seperti tomato, herba, rempah ratus dan minyak zaitun bagi menghasilkan sos piza yang lebih bermutu, topping yang lebih bervariasi, segar serta sihat dalam setiap hidangan piza kami,” katanya.

Pelanggan kini boleh memilih daripada 16 jenis topping termasuk Super Supreme yang begitu popular dengan ramai peminat setia Pizza Hut. Tiga jenis piza baru turut diperkenalkan dalam menu baru ini iaitu Meat Lover’s Pesto, Pesto Chicken dan BBQ Chicken.

Selain dari Piza Pan baru yang telah ditambah kelazatannya, Pizza Hut juga turut memperkenalkan 18 jenis menu baru yang merangkumi pelbagai jenis pembuka selera, pasta, hidangan nasi, minuman juga pencuci mulut.


Selaras dengan promosi baru ini, satu peraduan akan diadakan dari 12 Ogos 2014 hingga 10 September 2014, yang menawarkan hadiah menarik seperti wang tunai harian sebanyak RM1,000.00 dan hadiah utama yang merupakan wang tunai bernilai RM 10,000.00. 

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM30.00 (satu penyertaan bagi setiap resit) yang termasuk produk Piza Pan. Peserta dikehendaki menghantar penyertaan mereka melalui WhatsApp (menggunakan telefon bimbit) atau melalui pos biasa.


Bagi menghangatkan lagi promosi ini, Pizza Hut juga telah  mengedarkan lebih daripada 33,000 keping piza percuma (100 keping piza di setiap restoran) pada 14 Ogos, 2014 lalu bermula dari jam 12 sehingga pukul 12:30 tengahari. 


1 ulasan: