Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WARNA SUPER SPONTAN KEMBALI MULAI 22 OGOS

ANTARA yang terlibat dalam 'Warna Super Spontan' 

Pada 22 Ogos ini bermula jam 10 malam, peminat program realiti bercorak permainan, 'Warna Super Spontan'  akan dapat menonton dua kumpulan bertarung nasib di Astro Warna saluran 132 dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD 134 iaitu Mawas Berduri dan Biawak Laser.

Mawas Berduri yang diuruskan Rashid Salleh diwakili oleh Yus, Rahim, Fad, Didie Alias, Jihan,  Johan dan Syuk manakala lawan mereka, Biawak Laser di bawah Reza terdiri daripada Shuib, Taukeh, Shahrol, Michael Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.

Mengekalkan format asal, 'Warna Super Spontan' bakal bersiaran selama 9 minggu dengan membawakan kembali gandingan dua penyampai radio ERA.fm iaitu Ray dan Haniff sebagai pengacara sementara Afdlin Shauki akan bergandingan buat pertama kalinya dengan Adlin Aman Ramli selaku pengulas selain kemunculan semula Amir Raja Lawak seperti biasa menghangatkan lagi suasana.

Mengetengahkan tema 'wrestling' berbanding 'bola sepak yang ditonjolkan pada musim lalu di mana Zizan Razak dan Jep Sepahtu dinobatkan sebagai juara. 'Warna Super Spontan' musim ketiga kali ini memperlihatkan persaingan yang lebih sengit.

Berdasarkan persembahan mingguan nasib setiap kumpulan akan ditentukan sepenuhnya oleh undian SMS daripada penonton di mana kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka waima kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan atau pihak yang memerlukan bantuan.

Pada pusingan akhir juara  akan membawa pulang wang tunai RM100,000. Untuk penonton dan peminat pula turut berpeluang memenangi tiket menonton perlawanan WWE secara langsung, Macbook Air, Go Pro dan pelbagai hadiah menarik lain dengan menyertai peraduan yang dianjurkan .

Berminat bolehlah ikuti perkembangannya menerusi akaun twitter @SuperSpontan dan ke laman Facebook rasmi di www.superspontan.com.my bermula  esok (15 Ogos) 2014 ini.


Sementara itu, peserta wanita Jihan (pix kanan),  kala ditemui mengakui teruja untuk terus berlawak kerana impiannya mahu menjadi pelawak solo wanita yang mampu melakukan 'stand up' komedi.

"Berlawak sudah menjadi darah daging saya dan impian saya untuk menjadi seorang pelawak wanita profesional yang mampu menghiburkan tetamu khususnya dalam majlis-majlis korporat," Jihan menaruh harapan.

Katanya, sudah beberapa kali beliau diberi peluang melakukan 'stand up' komedi pada majlis majlis rasmi anjutan korporat dan mahu terus mempertingkatkan dirinya agar dapat dibanggakan khalayak.

Katanya, setelah melangkah ke dalam industri hiburan, beliau akan mencuba segala peluang yang ditawarkan samada sebagai pelawak, pengacara atau pun berlakon.

"Saya tidak meletakkan sebarang waktu untuk terus berada dalam industri walau pun  sudah berumah tangga kerana ini adalah periuk nasi dan minat saya sejak sekian lama. Biar keadaan dan masa yang menentukan kehidupan saya pada masa akan datang, " jelasnya.

Tambahnya, melibatkan diri dalam perlbagai bidang bukan bermakna beliau mahu merebut segala yang ditawarkan tetapi mahu mengutip pengalaman waima fokusnya untuk menjadi pelawak profesional tidak terjejas dan dilupakan.

"Dalam industri hiburan ini kita harus mencuba segala bidang yang berkaitan agar pengalaman-pengalaman yang ditimba dapat meningkatkan kebolehan dan kemampuan sebagai seorang artis," Jihan berpendapat sambil menangkis gosip liar yang mengatakan beliau melakukan suntikan kepada wajahnya yang kelihatan berseri dan lain.

"Selain memasukkan  besi pada gigi ini saya tidak pernah melakukan sebarang suntikan, saya rasa mungkin kerana solekan agaknya yang menyebabkan wajah nampak berubah, Saya sekarang dah pandai make up," ujarnya senyum sambil menggelengkan kepala.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan