HARI KOKO & COKELAT MALAYSIA DAPAT SAMBUTAN HANGAT
Sempena ‘Hari Koko Sedunia’ yang diadakan setiap 1 Oktober
setiap tahun, Lembaga Koko Malaysia (LKM) menganjurkan Hari Koko dan Coklat Malaysia
2014 (MCCD 2014) dalam usaha mempromosi dan mendidik orang ramai mengenai
kepelbagaian kegunaan khasiat dan kebaikan koko serta produk-produk hiliran
koko.
Program kali ke empat
itu telah berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 September lalu dari
jam 10 pagi hingga 9 malam di Mid Valley Exhibition Centre (Hall 3), Kuala
Lumpur.
Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi), Datuk M.Nagarajan mewakili Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pelbagai aktiviti pentas diadakan sejajar temanya, ‘Koko Untuk Kesihatan & Keseronokan.’. (Cocoa for Health & Fun)
Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi), Datuk M.Nagarajan mewakili Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pelbagai aktiviti pentas diadakan sejajar temanya, ‘Koko Untuk Kesihatan & Keseronokan.’. (Cocoa for Health & Fun)
Antara aktiviti yang mendapat
sambutan hangat seperti pertandingan
hiasan kek cokelat, demonstrasi kuih tradisional koko koko hula hoop,
demonstrasi coklat buatan tangan, demonstrasi kreatif koko, koko puzzle, koko limbo rock dan banyak lagi.
Dalam ucapan aluan Ketua Pengarah
Lembaga Koko Malaysia, Dr. Lee Choon Hui berharap dengan penganjuran program
Hari Koko dan Cokelat Malaysia ini ia dapat memberi kesedaran kepada orag ramai
mengenai penanaman koko dan produk-produk berasaskan koko.
“Pada tahun ini, aktiviti ‘cocoa
fun-fair’yang diadakan telah disertai oleh semua lapisan umur malah ia secocok
dengan tema kami di mana unsur kesihatan diketengahkan kerana koko boleh
membantu mengekalkan kesihatan, pemberi tenaga dan sebagainya, “ ujar Dr. Lee.
Sebanyak 15 syarikat pengilang dan
usahawan coklat menyertai MCCD 2014, tambah Dr. Lee.
Sementara itu, mewakili Menteri, Datuk M. Nagarajan dalam teks ucapan yang dibacanya memberitahu, industri koko Negara telah menghasilkan prndapatan eksport Negara sebanyak RM3.6 billion pada tahun 2013.
“Ini meliputi eksport produk-produk
koko seperti biji koko, lemak koko, pes koko, kek koko dan serbuk koko. Malah
berdasarkan kepada ramalan Organisasi Koko Antarabangsa (ICCO), permintaan
terhadap produk koko akan terus meningkat pada kadar 2.7% setahun bagi
tempoh 2012/2013 hingga 2103/2014,” ujar
Nagarajan (gambar bawah, kiri).
Menurutnya, pada masa kini, Malaysia
merupakan salah sebuah Negara pengisar biji koko terbesar di rantau Asia
Pasifik dan kelima terbesar di dunia selepas Netherlands, Cote d’lvoire,
Amerika Syarikat dan Jerman.
“Dalam usaha memantapkan pembangunan
industri koko Negara, Kerajaan akan terus menggalakkan aktiviti-aktiviti
penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan produk-produk berasaskan koko
seperti produk cokat tahan haba, produk kosmetik kompak, penggunaan jus pulpa
koko dan produk farmaseutikal koko,” tambah beliau.
Selanjutnya, Nagarajan memberitahu,
Kerajaan juga akan meneruskan usaha-usaha
mempromosikan produk-produk koko terutamanya oleh usahawan tempatan ke
pasaran antarabangsa dengan tujuan meningkatkan akses pasaran produk-produk
koko hasilan Negara.
Sejajar dengan tema program,
Nagarajan turut berharap orang ramai dapat manfaatkan koko dalam kehidupan
seharian mereka memandangkan kajian menunjukkan bahawa produk koko merupakan
makanan berkhasiat yang boleh melambatkan proses penuaan, makanan pemberi
tenaga segera dan makanan yang memberi ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan