Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MICO DILANTIK DUTA JENAMA XES



 
MICO bersama Simpson dan Sabrina di majlis MoU di butik XES Glenmarie baru-baru ini.

Sempena pelantikan XES sebagai jenama kasut rasmi bagi Miss Global International Malaysia 2014 baru-baru ini, salah seorang daripada finalisnya, Mico Pun Chiew Yoek telah memenangi gelaran "Miss XES Elegant' (Ratu XES Elegan),



Sehubungan itu, Mico terus diberi penghormatan oleh Pengarah Utrusan Shellys Marketing Sdn Bhd untk menanda tangani kontrak selama setahun bermula 1 Oktober 2014 hingga 3September 2015 sebagai duta produk XES keluaran syarikat.



Satu majlis menandatangani kontrak berlangsung di butik XES trrletak di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini di mana melalui kontrak bernilai RM16,000 tersebut, Mico menerima RM1,000 tunai atas gelarannya sebagai Ratu XES Elegan 2014/2015 serta menerima kasudan bag tangan setiap bulan bernilai RM3,600 selama setahun.



"Mico juga akan dibayar RM3,900 untuk beberapa kempen iklan bercetak dan RM1,000 lagi untuk iklan komersial serta lakonan. Malah untuk klip video, Mico turut dibayar RM1,500 sepanjang tempoh kontrak berakhir termasuk bayaran untuk setiap kali beliau muncul  sebagai Ratu XES Elegan pada mana mana majlis akan datang," tambah Simpson Wong. 

Menurut Simpson, pihak XES amat berbangga untuk bekerjasama dengan Mico untuk beberapa projek menarik pada masa akan datang.  
  

"Semoga pelantikan ini akan terus mempromosikan bisnes dan melonjak nama XES selari dengan visi serta misinya untuk menjadikan jenama ini setanding dengan produk ternama lain di pasaran tempatan,” jelas Simpson.

Sementara itu dalam komen ringkasnya terhadap pelantikan berkata:

"Saya akan buat yang terbaik untuk mempromosikan XES sebagai produk yang berkualiti tinggi kepada lebih ramai orang wama mengutip pengalaman untuk memajukan diri sendiri melalui kempen dan aktiviti yang bakal dijalankan."


1 ulasan: