PUSAT SUKAN LOT 10 KINI DIBUKA
HUB Sukan di Lot 10. |
Tingkat tiga Kompleks Membeli –belah Lot !0 yang terletak di tengah kota raya Kuala Lumpur khususnya di kawasan Bukit Bintang, telah mengalami transformasi besar di mana keseluruhan aras itu dijadikan sebagai pusat sukan yang dinamakan ‘Lot 10 Sports Hub’.
Pelancarannya kepada pihak media disempurnakan oleh beberapa
tetamu kehormat diketuai oleh Naib
Presiden YTL Land & Development Bhd, YTL Hotels & Properties,
Encik Joseph Yeah , Pengarah Eksekutif YTL Land Sdn Bhd, Eric Eoon,, Pengurus
Pemasaran Negara Nike Sales Malaysia,
Robin Kok dan ikon pemain bola sepak kebangsaan, Abbas Saad. Turut bersama
memeriahkan adalah anak-anak yatim dari Rumah Juara Glad Tidings dan Rumah Rainbow .
Dengan keluasan 21,000 kaki persegi, hub sukan Lot 10 ini
direka seperti pusat sukan dengan tujuh
buah outlet melitupi butik Converse, Hoops Station, Hundred%, LFC, Nike Women’s
TFC dan The Marathon Shop.
Turut disediakan tapak
permainan futsal, basketball
(separuh court) dan trek larian malah dengan tertubuhnya pusat sukan Lot 10 ini
pengguna boleh membeli-belah dalam keadaan tenang dan memilih jenama terkenal pilihan masing-masing seperti Adidas,
Reebok, Nike dan sebagainya yang kesemuanya berada di bawah satu bumbung.
“Lot 10 berhasrat memberikan peminat sukan satu pengalaman membeli-belah dalam keadaan yang
selesa sambil memilih pelbagai
produk berkualiti dan trendy yang
disediskan untuk pelbagai jenis sukan pilihan seperti bola sepak, bola
keranjang, sukan larian mahu pun sekadar membeli barangan cenderahati , “ ujar
Eric Koon kepada media.
Tambahnya, hub sukan
Lot 10 merupakan butik konsep
‘lifesytle’ yang disasarkan terhadap permintaan tinggi golongan atlet dan peminat sukan yang
berfesyen terhadap produk sukan.
“Ia juga dibuka
bertujuan mengajak khalayak mementingkan kehidupan sihat melalui riadah
bersukan,” tambah Eric.
Dengan tertubuhnya
Hub Sukan Lot 10, ia menambahkan kecemerlangan kompleks membeli-belah
Lot 10 sebagai pusat membeli-belah utama yang mengandungi beberapa lagi outlet
terkenal seperti H&M, Isetan, Zara dan beberapa lagi butik terkenal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan