16 KUMPULAN BERENTAP 'KERUSI PANAS' MAHARAJA LAWAK MEGA 2014.
Sejumlah
10 kumpulan secara automatik manakala 16
lagi kumpulan perlu melalui ‘kerusi
panas’ dalam merebut kedudukan sebagai 14 finalis ke persaingan Maharaja Lawak
Mega 2014 yang akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, 10 malam pada 14
November 2014 di Astro Warna (saluran 135) dalam pakej Mustika juga Mustika HD
(134) dan Astro-on-the Go (Warna).
Sepuluh
barisan pelawak yang berjaya menempah tiket awal secara automatic terdiri
daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepahtu , Shiro, Bocey,
Virus, Nabil, Comey, Jalor, Sayot, Kepoh dan SYI.
Manakala
bagi 16 kumpulan lain yang perlu
menggandakan usaha sebelum mampu menempah diri dalam persaingan Maharaja
Lawak Mega 2014 di mana mereka perlu melalui ujian di Kerusi Panas MLM yang
akan disiarkan pada hari Jumaat, 31 Oktober dan 7 November depan jam 10 malam.
Di kalangan mereka itu hanya empat peserta akan dipilih oleh juri professional untuk
melengkapkan seramai 14 peserta Maharaja Lawak Mega 2014.
Mereka
yang terlibat terdiri daripada
kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Ekzos, Mamu, Sakan,
Samurai. Cak Spark, Qtaro,Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2. JBond
dan Wala.
Mengumumkan
demikian pada majlis sidang media
baru-baru ini, Ketua Kumpulan Saluran
Premium Astro, Nizam Sani berkata:
“Sama
seperti penganjuran sebelum ini, barisan peserta Maharaja Lawak Mega 2014 yang
terlibat pada musim ini bukan sekadar mengejar hadiah kemenangan semata-mata
namun penglibatan mereka adalah demi memartabatkan bidang komedi ke satu lagi
tingkat yang dihormati.”
Juara
Maharaja Lawak Mega 2014 menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 manakala sistem
permakahan dikekalkan 70% markah oleh juri tetap dan 30% daripada undian penonton dan seperti lazimnya, Dato AC Mizal
kekal sebagai pengacara.
Astro
turut meneruskan aplikasi permainan percuma kepada pengguna telefon pintar
Android dan IoS iaitu ‘Mana Naga?’ dengan kemaskini terbaharu fasa ketiga yang
menawarkan permainan yang lebih menarik sempena MLM 2014 pada bulan Disember
nanti. Melalui aplikasi ini, pengguna berpeluang menyertai peraduan yang
dianjurkan dan merebut pelbagai hadiah menarik.
Semenara
itu, barisan empat juri tetap untuk musim ini hanya akan diketahui pada program MLM 2014 yang akan bersiaran hari
Jumaat 14 November 2014 , jam 10
malam kelak.
Trivia:
- · Sepahtu membawa masuk Ilya Senario dalam keanggotaan mereka bersama Jep dan Shuib. Menurut Jep, tawaran yang diberikan kepada Ilya bertujuan untuk menbantu Ilya kembali menyinari bidang lawak sebagaimana yang telah dicapai oleh Rahim.
- · Rahim yang sebelum ini menggangotai Sepahtu kini bersama kumpulan Jalor bersama Along dan Joey. Rahim akui ketika bersama Sepahtu, namanya sudah dikenali ramai dan tidak rasa kecewa apabila tidak lagi menganggotai Sepahtu memandangkan beliau bukanlah anggota tetap tetapi sebagai undangan sahaja.
- · Zizan Razak kini bersama Tauke dan Pak Yus (dahulu Jambu) untuk membentuk sebuah kumpulan baru yang dinamakan Virus. Menurut Tauke, Zizan mengambil tempoh dua bulan untuk menerima tawaran menyertai Virus dengan tiga syarat iaitu menggunakan nama kumpulan baharu, penyusunan strategi dan perlu sama-sama bersetuju dengan idea yang dilontarkan.
Gosip:
Jep
atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin tidak menafikan sedang berkawan
rapat dengan teman lama yang sudah dua tahun tidak ditemui. Menjawab pertanyaan media berhubung dengan
gambarnya dalam instagram bersama gadis yang bernama Nazeera, Jep
berkata,”Sebenarnya, saya sudah mengenalinya sejak enam tahun tetapi kami rapat
selama empat tahun dan berpisah selama dua tahun. Baharu kini kami kembali
bertemu dan setekat ini apa yang boleh saya katakana ialah dia seorang kawan
yang paling rapat ketika ini.”
Malah
ketika disoal kenapa beliau memuat naik foto berkenaan, jawab Jep ringkas dalam
gurauan,”Ia bagi membuktikan bahawa saya tak lah gay “ .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan