Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CHE TA KUAT BERPANTANG, TIDUR BERASINGAN




Pelakon dan pengacara popular,  Rozita Che Wan memberitahu akan kuat berpantang termasuk tidur berasingan dari suaminya, Zain Saidin selama 45 hari sepanjang tempoh berpantang. 

“Zain ni pantang lepa jadi kenalah berjaga-jaga, “ gurau  Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta dalam senyum meleret memandang manja pada Zain di sebelahnya.

Che Ta  memberitahu demikian kepada media sebaik selesai majlis pelancaran program realiti “Pureen Chak-Chak”  sebanyak 16 episod  di sebuah restoran di Bangsar Village II, Kuala Lumpur, selasa lalu.Turut hadir bersama Zain Saidin ialah Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad .

“Saya akan berpantang 45 hari dan 100 hari pantang makanan sehingga badan benar-benar pulih dan kembali seperti sediakala,” ujar Che Ta yang kelihatan cukup teruja menimang cahaya mata perempuannya dijangka akhir Oktober atau awal November ini.

Tambah Che Ta, semasa tempoh berpantang beliau juga tidak akan memasang penghawa dingin atau pun kipas sebab perlu memanaskan badan untuk mengeluarkan peluh.


Program  ‘Pureen Chak-Chak”  akan mula bersiaran sebanyak  8 episod pada 6 Oktober dengan “Pureen Chak-Chak ‘ SchaAwal’ diikuti “Pureen Chak-Chak Che Ta & Zain’  mulai 1 Disember 2014 di Astro Ria (104)  jam 9.30 malam

Bercerita lanjut Che Ta melahirkan rasa terujanya mahu menimang cahaya mata perempuan pertamanya  walau pun takut dengan rasa sakit yang  bakal  di alami saat bersalin selepas 16 tahun  ketika melahirkan anak keduanya, Aniq Ezzra dan sebelum itu anak sulongnya, Ammar Effendy, 18,  hasil perkahwinan terdahulu.

Kata Che Ta,  selepas pulih beliau mahu  berehat seketika hingga Januari tahun hadapan bagi menumpukan  perhatian kepada penjagaan bayi.
"Zain tidak suka anak dibela pengasuh  kecuali emak atau pun kakak yang menjaganya  jika  saya ada tugasan," ujarnya yang akan lebih memiih watak dan skrip bersesuaian dengannya selepas ini.

Beliau juga memberitahu akan menjalani proses  pelangsingan badan  daripada sebuah syarikat yang telah pun menawarkan khidmat tersebut kepadanya. Berat badan Che Ta  kini 72 kg berbanding berat asalnya  48 kg.

Berhubung tawaran berlakon kepada anaknya kelak, kedua ibu bapa popular ini sanggup menerima sebarang tawaran untuk pengiklanan  asalkan  penggambaran dibuat mengikut keadaan semasa dan tidak menganggu waktu tidur  bayi dan sebagainya.

“Jika mereka  boleh bersabar dan lakukan shooting pada waktu sesuai, tidak mengapa.” jelas Zain dan Che Ta sambil memberitahu semua duit yang diperoleh akan disimpan untuk anaknya itu.

 “Kami tidak akan menggunakan duit anak dan akan menabung untuknya.”  tambah Che Ta yang masih merahsiakan nama pilihan Zain bagi puterinya itu.
"Namanya masih rahsia tetapi nama yang klasik bukan moden,” Zain membayangkan.

Antara pengisian program  "Pureen Chak-Chak" arahan Michael Ang memaparkan sedutan-sedutan spontan pasangan SchAwal dan Che Ta-Zain bersama permata hati mereka disamping rakaman detik-detik cemas kala bergegas ke hospital sebelum menyambut kelahiran cahaya mata tercinta.
 
RAQIM, Zain dan Che Ta pada sidang media 'Pureen Chak-Chak" baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan