Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA DAHULUI SENARAI 'TOP 5' AIM21



Dato Siti Nurhaliza  mendahului senarai dengan 8 pencalonan diikuti oleh penyanyi rap, Joe Flizzow dengan 6 pencalonan termasuk 2 pencalonan untuk kolobrasinya  bersama kumpulan Sleeq  manakala Shila Amzah menduduki tangga ke tiga dengan 4 pencalonan  bagi Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21)  yang bakal berlangsung pada 6 Disember depan, di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga mereka ini antara 85 nama pencalonan dalam 17 kategori anugerah AIM21 yang diumumkan sebagai finalis ‘top 5’ pada majlis yang berlangsung di Hotel Istana, petang tadi.

Senarai calon akhir 5 teratas itu menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani dan juga pendatang baharu dalam industry muzik Negara dalam pelbagai genre muzik yang diterbitkan. Antaranya,  seperti Poova dan The Venoplan Solitude, dua nama yang agak kurang dikenali ramai tetapi masih mampu meraih 3 pencalonan setiap seorang, menjadikan mereka antara yang teratas di dalam senarai selepas Shila Amzah.

"Penerimaan lebih daripada 670 pencalonan untuk AIM tahun ini amat menggalakkan berbanding 564 dan 465 yang diterima masing-masing untuk AIM20 dan AIM19. Ini bermakna industri kita telah menerbitkan semakin banyak hasil karya berkualiti yang dianggap layak untuk dicalonkan ke dalam majlis penganugerahan setarah ini," kata Rosmin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM dalam ucapan aluannya.

AIM21 anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melantik sejumlah 36 orang panel juri diketuai oleh Dato Adnan Abu Hassan bagi mengadili sejumlah 670 pencalonan yang telah diterima dari ahli-ahli RIM yang terdiri dari syarikat-syarikat rakaman dan pengedar muzik untuk lagu-lagu dari album yang diterbitkan dalam 12 bulan tempoh kelayakan iaitu dari 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2014.

Dari 5 calon akhir untuk setiap kategori yang diumumkan hanya 1 pemenang akan dipilih untuk menerima troki pewter AIM yang berbentuk mikrofon dalam majlis penganugerahan  
Seperti tahun lalu, sebuah album kompilasi Calon AIM21 yang mengandungi 18 buah lagu daripada senarai calon akhir juga akan diterbitkan.
AIM21 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur pada hari Sabtu 6 Disember 2014 serentak di Astro Ria (104) dan Maya HD (135) dari pukul 9 malam hingga 12 malam. Majlis akan didahului dengan acara 'Karpet Glamor AIM21' bermula jam 8.30 malam hingga 9 malam sejurus sebelum majlis penyampiaa anugerah bermula.
SENARAI  PENUH AIM21 TOP 5:
  1. ARTIS BARU TERBAIK - Azmarul Azuan, Fakhrul Razi, Poova, Russel Curtis Project, SonaOne
  1. VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) - Ahmad Ahmad (Dah), Akim Ahmad (Mewangi), Faizul Sany (Perempuan). Kroll Persis (Ruang Hati), Riz Zaizizi (lagu Sempurnakanlah Aku dan Dia).
  1. VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) - Liza Hanim (Egoismu), Adira (Hilang), Poova (Just Another Day), Dato Siti Nurhaliza (Lebih Indah), Shila Amzah (Masih Aku Cinta).
  1. VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN) - Hani & Zue (Biar),  Forteen (Dikau Saje), Azhael (Hujung Waktu), Tiga (Pengakuan), Suwara (Racun Termanis).
  1. VOKAL DUO/KOLABRASI TERBAIK DI DALAM LAGU- Adibah Noor & Nizam (Bahasa Rindu), Ila Damiaa Feat Joe Flizzow (Di Sebalik), Zarul & Marsha (Satu Rasa). Nora Feat Mosyi, Alif & Putri (Selamanya Bahagia), Sleeq & Joe Flizzow (Tepi Sikit).
  1. KULIT ALBUM TERBAIK - #1 (Wan Izhar, artiis Stacy), Dewi Cinta (Zach Mohd Azriq/Adira), Fragmen (Nizam Rahmat/Dato Siti Nurhaliza), Havoc (Nadia Jasmin/Joe Flizzow), Legasi (Art: Tech/Aizat Amdan).
  1. RAKAMAN ALBUM TERBAIK - Fragmen (Dato Siti Nurhaliza, Jurutera bunyi-Felix Voon, Sunil Kumar, Ismael Arafat, Eko Sulistiyo), Hello India (Sasi The Don/Illegal/CL Toh), Hikayat Perawan Majnun (The Venopian Solitude/Anas Amdan & Ahmad 'Kemat' Khair), Konsert Lenera Timur Dato Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia (Daro Siti Nurhaliza/Greg Henderson), Shila Amzah (Shila Amzah/Aubrey Suwito, Zairi Ariffin, Yusalman Azua, Hadie Pranoto, Amir Sulaiman & Greg Henderson).
  1. VIDEO MUZIK TERBAIK - Apa Khabar (Joe Flizzow,pengarah-Krill Azry), Falling (Yuna/Yuna & Zul Luey), Hello (Altimet Feat The Trisno Trio/Tangerine Pictures), Tak Mau Dusta Dusta (KLangit/Indera Putra), the Rojak Uta: Stampede (The Venipian Solitude (Syahir Ismail).
  1. LAGU POP ETNIK TERBAIK - Akar Kita Zapin (Ihab Ismail, komposer-Ihab Ismail, Penulis lirik-Ihab IsmaiFetl). Kalimah Lebaran (Noaniza Idris, Azmir Arif & Razis Ismail/Pak Ngah/Ahmad Fedtri Yahya/Ihab Ismail), Zapin Seloka Kasih (Fauziah Suhaili/Ismail Matsuin/Ismail Matsuin).
  1. LAGU NASYID TERBAIK - Andai Esok (Akhir Hayy, komposer-Badhisham, Penulis lirik- Hairul Anuar Harun), Insan (Alif/Johan Nawawi/Fauwaz Fadzil), Rindu Allah Sayang Allah (Iwan Syahman & Iwan Junior/Iwan Syahman & Iwan Junior),Satu Kalimah (Damai & Friends/Bazli UNIC/Bazli UNIC), Selamanya Bahagia (Nora Feat Mosyi, Alif & Putri/Azlan Abu Hassan/Johan Nawawi).
  1. LAGU ROCK TERBAIK - Amat Mudah untuk Hanyut di Bawa Arus (S.O.G, komposer-Nazrin, penulis lirik-Nazrin), Ayat Penyengat (Spider/Spider/Dato M Nasir), Jiwa (Drama Band//Ammar Habir/Aepul Roza,Faeez Ikhwan,Daus Srk & Ammar Habir), Rentak Laguku (Bunkface Feat Amy Search/Sam Bunkface/Bunkface), Romancinta (Mojo/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim).
  1. LAGU POP TERBAIK - Jaga Dia Untukku (Dato Siti Nurhaliza, komposer-Aubrey Suwito, penjulis lirik-Rozisangdewi), Kerna Dia (Alif Satar/Azlan Abu Hassan/Ucu), Kesempatan Kedua (Alif Satar/Azlan Abu Hassan/Habsah Hassan), Sesal Separuh Nyawa (Alyah/Rizal Tiga & Adil AF/Alayah & Shah Shamsiri), Tulus (Shila Amzah/Shila Amzah/Shila Amzah).
  1. LAGU HIP HOP TERBAIK - Apa Khabar (Joe Flizzow feat SonaOne, komposer Joe Flizzow feat SonaOne, penulis lirik - Joe Flizzow),Havoc (Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne/SonaOne, Joe Flizzow/Altimet, Joe Flizzow & SonaOne), Hello (Altimet feat the Trisno Trio/Altimet, Trisno/Altimet, Trisno). Kerana (Haiza feat Filsuf/Damian Mikhail/Shah Shamsiri, damian Mikhail & Filsuf), Tepi Sikit (Sleeq & Joe Flizzow/Alif Abdullah & Joe Flizzow).
  1. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK - Faketown (Poova komposer-Poova penulis lirik- Poova), Fire (Naddhira feat David Cook/Bryan Bouro, David Cook & Nadhira Nishaa Samsuri/Bryan Bouro, David Cook & Nadhira Nishaa Shamsuri), Flowers (Razlan Shah feat One Night Service/Razlan Shah/Razlan Shah), No More ( SonaOne/SonaOne/SonaOne), Sons (Russell Curtis Project/Russell Curtis/Russel Curtis).
  1. LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA - Apakah Ini Cinta (Judika), Bertubi-tubi (Krisdayanti), Salahkah (Hafiz & Dato Rossa), Sumpah Cinta dan Matiku (Nidji), Teroesir (Nidji).
  1. SUSUNAN MUZIK TERBAIJ DI DALAM LAGU - Kayangan (Hyper Act, Arranger- Beby Hyper Act), Lebih Indah (Dato Siti Nurhaliza/Aubrey Suwoto), Mahligai Kayangan (Salamiah Hassan/Aubrey Suwito), Tenangkan (The Venopian Solitude/Anas Amdan & Ahmad 'Kemat' Khair), Tokan (W.A.R.I.S feat FIQ/Taja).
  1. ALBUM TERBAIK - #1 (Stacy Penerbit-Audi Mok, Omar K,Kimberly Chin & Mike Chan), Aku (Salamiah Hassan/Aubrey Suwito), Fragemen (Dato Siti Nurhaliza/Aubrey Suwito,Mujahid Abdul Wahab, Faizal Tahir,  Mike Chan & Dato Siti Nurhaliza), Menakluk Kosmos (Wings/Joe) dan Shila Amzah (Shila Amzah/Shila Amzah,Helen Yap & Aubrey Suwito).






Tiada ulasan:

Catat Ulasan