Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AIRASIA BAWA KAREKTOR LINE BERSAMA KE AWAN BIRU


Syarikat penerbangan tambang rendah, AIRASIA melangkah setapak lagi dengan kolobrasi bersama syarikat peneraju applikasi mesej mudah alih, LINE  membawa karektor LINE bersama ke awan biru.

Pelancaran rekaan luaran pesawat yang memaparkan warna LINE dan karektor seperti Brown, James, Cony, Leonard, Sally, Boss, Jessica dan Edward disempurnakan oleh Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersial AirAsia Berhad bersama EJ Lee, Naib Presiden Kanan LINE Plus Corporation di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pagi tadi,

Turut memeriahkan majlis para media tempatan termasuk blogger dari Thailand dan Singapura yang hadir bagi menyaksikan upacara bersejarah itu.


Tidak seperti rekaan luaran pesawat yang lain, dalaman pesawat LINE turut dihiasi karektor LINE di mana pesawat Airbus A320 ini akan mengoperasi laluan AirAsia dari rantau ini yang merangkumi 22 negara.

"Air Asia menyertai LINE pada bulan Ogos tahun ini dan setakat ini kami telah mencecah 13.4 juta pengikut. Kami amat berbesar hati bersama-sama terbang dengan karektor LINE membawa mereka ke bandar-bandar di Asia melalui rangkaian jaringan meluas kami," ujar Spencer Lee dalam ucapan aluannya.

Beliau menambah kata,  AIrAsia akan terus mencari peluang berkerjasama dengan LINE yang berkongsi nilai dan visi sama. 

"LINE telah mengubah cara individu menggunakan pesanan ringkas dengan tawaran inovatif sementara AIrAsia telah mendahulukan inovasi, terutama dari segi digital," tambah Spencer.

EJ Lee dalam ucapan balasnya pula berkata:

"Komunikasi adalah ciri utama LINE,. Kini kami bukan sahaja boleh berkomunikasi dengan pengguna LINE yang lain tetapi melalui pesawat LINE kami yang pertama ke semua pelancong AIrAsia."

Lee menyambung, "Karakter LINE sangat popular di Malaysia, terutama Brown dan Cory. Menaiki pesawat penuh dengan elemen LINE membuatkan perjalanan lebih menarik."

Dalam menyambut rekaan luaran pesawat LINE, AirAsia akan menawarkan semua pengguna dan rakan LINE & AirAsia LINE dengan promosi harga serendah RM39 sehala ke destinasi-destinasi menarik seperti Nanning, Johor Bahru, Lombok, Siem Reap dan banyak lagi dari 21-23 November 2014, dengan tempoh perjalanan dari 5 Januari -30 April 2015



Setiap tempahan yang dibuat semasa tempoh promo ini dengan 20kg bagasi akan diberi mata BIG berganda. Mereka yang berminat untuk akses promosi ini perlu mengikut akaun rasmi AirAsia LINE(LINE ID: AirAsia).

Satu set pelekat yang ditaja #AirAsiaLINE boleh didapati untuk dimuat turun bermula dari 25 November 2014 bagi peminat AirAsia & LINE di Malaysia dan Singapura. Para peminat boleh menambah akaun rasmi AirAsia melalui bagi Malaysia (LINE ID:AirAsia), Singapura (LINE ID: AirAsiaSingapore) dan Thailand (LINE ID: AirAsiaThailand).

Bersempena dengan pengenalan set kedua AirAsia pada 25 November 2014 ini juga, AIrAsia akan memulakan peraduan sosial media LINE-Lookalike. Para peminat boleh menghantar penyertaan mereka yang menyerupai karaktor LINE beraksi bersama dengan hashtag #AirAsiaLINE di Instagram dari 25 November - 7 Disember 2014. 

50 gambar yang terbaik akan menerima sepasang patung karektor LINE. Peserta dikehendaki mengikut akaun AirAsia dan muat turun pelekat LINE bagi menyertai peraduan ini. Aplikasi LINE boleh dimuat turun bagi iphone dan peranti android, platform windows, Nokia Asha dan Blackberry. 

Terus ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan