Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CASIO PERLUAS PASARAN DI RANTAU ASIA



Kak Fas masih ingat ketika di bangku sekolah, apabila sebut sahaja jenama Casio pasti teringatkan 'calculator' kerana produk itu agak sinonim dengan jenama Casio.

Pun begitu, sejajar dengan perkembangan masa dan teknologi, Casio kini melahirkan pelbagai produk lagi dalam memberi pengguna pilihan di samping bersaing dengan jenama setandingnya.

Terbaharu, Casio Malaysia, Sdn. Bhd., yang memulakan operasi sejak Januari tahun ini sebagai sebuah subsidiari baru Casio Computer Co., Ltd., baru-baru ini mengadakan upacara pembukaannya di Kuala Lumpur.


Setelah sekian lama membina kehadiran jenama yang mantap dalam pasaran elektronik, Casio Computer berhasrat memperluas tawarannya menerusi pejabat subsidiarinya di negara ini untuk memperkukuh komitmennya ke arah menawarkan barisan produk kreatif dan pertama seumpamanya kepada pengguna.  

Pengenalan Casio ke Malaysia menyusul pelancaran di Singapura dan Jakarta sejajar dengan perkembangan pesat jenama di seluruh rantau Asia Tenggara. Malaysia, sebagai sebuah pasaran pertumbuhan baru bagi Casio, akan membolehkan jenama memperkenalkan lebih banyak jenis produk inovatif-masyarakat, menambahkan bilangan peruncit tempatan dan melaksanakan perkhidmatan lepas jualan yang lebih baik di negara ini.

“Casio Malaysia diwujudkan untuk menjalankan aktiviti pemasaran yang berpaksikan pasaran Malaysia. Matlamatnya ialah untuk segera mula menjual produk yang lebih menepati keperluan masyarakat Malaysia. Berganding bahu dengan kumpulan pengedar yang bersamanya Casio telah bina jalinan kerjasama yang begitu erat sekian lama, syarikat baru ini akan melaksanakan aktiviti promosi jualan dengan cara yang lebih berkesan lagi,” kata Hiroyuki Sezai (pix bawah, kanan). Pengarah Urusan Casio Malaysia, Sdn. Bhd.


“Sejak kebelakangan ini, pihak kami melihat pasaran di Asia Tenggara berkembang maju dalam suasana pertumbuhan ekonomi dan warga muda yang semakin ramai, oleh itu, dengan adanya sebuah subsidiari yang mapan di negara ini, kami akan dapat mengadakan sinergi yang lebih baik antara Casio Computer Co., Ltd di Jepun dengan rangkaian jualan runcit tempatan,” kata Sezai lagi .


Sempena upacara pembukaan rasmi, Casio Malaysia memperkenalkan jam G-SHOCK GPW-1000 baru, jam tangan pertama di dunia yang menggunakan sistem penjagaan masa hibrid yang menerima Isyarat GPS serta isyarat Tentukuran-Masa Gelombang Radio.

Bersama G Shock terbaharu, diperkenalkan juga  jam OCEANUS OCW-G1000, jam tangan premium direka untuk ahli perniagaan jet-set, juga dilengkapi dengan sistem penjagaan masa hibrid dalam bekas logam yang anggun,

Jam baharu ketiga berupa jam EDIFICE EQB-500, jam tangan analog-logam yang boleh dipautkan kepada telefon pintar menggunakan teknologi Bluetooth® SMART.



Di samping tiga produk jam terbahau Casio turut memperkenalkan kamera EXILIM EX-FR10, kamera digital kompak wayarles boleh-Bluetooth® yang boleh diceraikan, pertama di dunia dan  kamera EXILIM EX-TR50 dengan monitor berputar dan pemidang untuk penggambaran fleksibel termasuk potret-diri, dan EXILIM EX-MR1, sebuah kamera kompak yang membolehkan pengguna memeriksa penampilan mereka dengan cermin di hadapan kamera semasa mengambil potret-diri.

Casio Malaysia juga akan memberi perhatian kepada usaha menggalakkan penerimagunaan kalkulkator saintifik dalam bilik darjah, dan juga projektor yang menggunakan sumber cahaya LED-laser tanpa lampu yang tidak mengandungi atau menggunakan raksa, bertujuan untuk memberi sumbangan kepada sektor pendidikan di rantau ini.

Pendekata, Casio Malaysia mengeluarkan produk dan perkhidmatan baharu yang membantu memperluas bidang kemungkinan manusia, antara lain, Jam, Kalkulator, Pencetak Label, Alat Muzik Elektronik, Kamera Digital, Projektor Data, dalam usaha menyumbang kepada aktiviti intelektual manusia dalam segenap ruang lingkup kehidupan mereka.


Sebelum majlis berakhir, Casio telah bermurah hati memberikan hadiah kepada media bertuah meliputi 10 buah kamera Exilim dan 10 buah jam tangan G-Shock terbaharunya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan