Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HARIMAU MALAYA DIBERI SEMANGAT BAHARU


Pada kejohanan bola sepak terbesar Asia Tenggara pada bulan November ini, pasukan Harimau Malaya akan diberi suntikan semangat dengan Kit Pasukan Kebangsaan Malaysia baharu yang diperkenalkan oleh jenama sukan terkenal, Nike,

Kit baharu berkenaan didedahkan kepada media oleh Nike dalam majlis ringkas di Nike Store, Pavilion baru-baru ini dengan objektif mencetuskan intipati semangat baharu pasukan Harimau Malaya serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada para peminat seluruh negara.

Kit tuan rumah ini mewakili kemegahan Malaysia melalui jalur-jalur yang diinspirasikaan oleh kit pasukan klasik dari tahun 1958 tetapi telah diberi olahan moden. Reka bentuknya menyerlahkan warna merah di garisan leher, menjadikannya kit Malaysia pertama yang memiliki tiga warna.

Manakala kit di tempat lawan pula menyerupai pasukan Harimau Malaya baharu yang muda dan bertenaga serta para peminat mereka. Ia menyerlahkan warna biru terang, reka bentuk  baharu dengan kolar gaya polo moden. Rekaan kemegahan dalaman dan rupa taip slogan 'Tanah Tumpahnya Darahku' juga telah direka semula bagi menyerlahkan semangat berani yang dimiliki oleh pasukan baharu ini.

Berharga RM249, kit terbaharu ini direka dengan teknologi 'dry-fit' Nike di mana ia menyerap peluh daripada tubuh badan dan memindahkannya ke permukaan luar pakaian waima akan tersejat dengan pantas.

Tindakan demikian membolehkan para pemain memberikan prestasi terbaik apabila mereka berasa lebih sejuk, kering dan selesa.

"Dengan menguruskan peluh dan mengekalkan suhu rendah tubuh badan, para pemain akan berasa lebih selesa, kurang berpeluh dan memberi prestasi yang lebih cemerlang, " kata Martin Lotti, Pengarah Kreatif Nike Football yang ucapannya diwakili oleh Robin Kok, Pengurus Pemasaran Negara, Nike (Sales) Malaysia Sdn Bhd. 

Lubang pengudaraan potongan laser dan panel jejaring diletakkan di bahagian-bahagian penting dalam kit dan membantu melonjakkan prestasi dengan meningkatkan aliran udara kepada tubuh badan pemain dan mengawal suhu mereka sepanjang tempoh sembilan puluh minit di padang bola.

Diperbuat daripada fabrik dwi-kit yang terdiri daripada kapas dan polyster kitar semula, ia menguruskan kelembapan di samping menawarkan rasa yang lebih lembut serta penampilan yang lebih tampan.

Dengan menggunakan polyster kitar semula Nike menekankan kepentingan alam semula jadi yang mampan melalui semua kit mereka.

Diperbuat daripada botol plastik yang dikitar semula, seluar pendek kit ini dihasilkan daripada 100 peratus polyester kitar semula; baju-baju diperbuat daripada 96 peratus polyester kitar semula dan stokin adalah terdiri daripada 78 peratus polyester kitar semula
.


Setiap kit dihasilkan menggunakan purata sebanyak 18 botol yang dikitar semula dan dalam tempoh empat tahun yang lepas, Nike telah melencongkan hampir-hampir dua bilion botol ini daripada tapak pelupusan bagi menghasilkan kit mereka.

Dengan penggunaaan bahan kitar semula Nike turut mengurangkan tenaga yang digunakan dalam keseluruhan proses ini sebanyak 30 peratus manakala Nike turut melaksanakan imbasan 3D tubuh badan para pemain bola sepak terkemuka di dunia bagi menghasilkan kit yang memberi padanan baharu yang dikemas kini agar sempurna.

Stolin padanan Nike Elite Match bagi tahun 2014 juga mengetengahkan reka bentuk yang lebih anggun dan dikemas kini khusus untuk bola sepak dengan rekaan zon berkusyen strategik untuk memberikan keselesaan dan perlindungan di sekeliling ibu jari kaki dan tulang pergelangan kaki  di mana majoriti impak berlakum manakala sokongan lengkung menyediakan asas yang kukuh untuk kaki bagi mengelakkan tergelincir.

Selain itu, bahan untuk stokin ini dikurangkan bagi meningkatkan sentuhan pemain manakala alur lentur di bahagian pergelangan kaki dan atas kaki mengelakkan penggugusan.

Kit terbaharu yang eksklusif ini boleh didapati di semua kedai berdaftar Nike bermula 1 November lalu. Pada majlis sidang media, para wartawan dan jurugambar diberi peluang mencatatkan nota untuk pasukan Harimau Malaya di papan gergasi yang dipasang di dinding butik Nike Pavilion.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan