Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PIZZA HUT LANCAR MENU BAHARU BERSAMA SELEBRITI


Jika anda peminat makanan berasal dari Italy ini, tentunya piza 'jam packed' yang terbaharu ini menggamit anda untuk menikmatinya di Pizza Hut.

“Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

Sesuai dengan namanya, piza 'Jam-packed', padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!

Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat.

Piza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.


Tiada apa lagi yang boleh membawa orang ramai untuk berkumpul seisi keluarga selain Pizza Hut dengan pizanya yang enak. Pizza Hut sentiasa komited untuk menghasilkan piza terbaik disukai ramai dengan harga yang amat berpatutan.

Pasukan R & D sentiasa berusaha untuk mencipta sesuatu yang luar biasa untuk menarik pelanggan untuk menjamu selera bersama-sama seisi keluarga dan sahabat handai.

“Ciptaan terkini daripada kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menikmati dan berkongsi limpahan rasa bersama keluarga dan sahabat handai,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia ketika melancarkan menu terbaharu ini baru-baru ini..

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal seperti (pix atas, dari kiri) Elizbeth Tan, Megan Tan, Tomok, Azlee Khairi, Black, Low Kang Moon (Pengurus Besar), Fatiya Latiff, Wak Doyok, Aiman Hakim, Natalie Kniese dan RJ.


“Anda tentu tidak boleh menahan keinginan untuk menikmati piza ini kerana ianya dilimpahi dengan gandaan topping kegemaran anda. Dengan piza yang padat sebegini, mana mungkin anda dapat menolak untuk menikmatinya? 

Bukan itu sahaja, piza ini juga datang dengan jaminan kepuasan dan juga kombo-kombo yang memberi nilai hebat untuk wang anda,” tambah beliau.

Piza Jam-Packed boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-Packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Piza Jam-packed telah berada di pasaran semenjak 4 November 2014 hingga kini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan unik ini!

Sementara itu, Pizza Hut turut menganjurkan parti untuk bloggers (pix bawah) menikmati sajian terbaharunya tiga hari lalu.

Ramai yang hadir menikmati kelazatan piza 'jam packed' waima para bloggers juga berpeluang memenangi beberapa hadiah cabutan yang disediakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan