Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APLIKASI MUDAH ALIH AIRASIAGO.COM DILANCAR


AirAsiaGo.com, portal sehenti dalam talian terunggul di Asia telah melancarkan aplikasi mudah alih pintar yang dinanti-nantikan pengguna setia 'online' iaitu AirAiaGo Mobile App. dengan rekaan yang ringkas dan kemas, ikon pintar dan bank imej yang luas.

Dengan melayari aplikasi ini, pengguna boleh melihat dengan mudah lebih daripada 365,000 hotel dari serata dunia termasuk penyelesaian yang pantas dan efisyen untuk tempahan di saat akhir serta mampu memenuhi keperluan mereka yang mencari tawaran hebat mahu pun yang sedang merancang percutian bajet.

Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif mobile yang membolehkan mereka berjimat sehingga 70% ke atas tempahan hotel apabila mereka menempah.

“Kami mendapati capaian laman web adalah pilihan masa kini tetapi aplikasi mobile merupakan pilihan masa hadapan. Dengan terciptanya AirAsiaGo Mobile App, pelancong kini boleh melihat, melayari dan menempah menerusi satu aplikasi, serta mengubah suai keperluan percutian mereka – semuanya dalam masa nyata,” ujar Kathleen Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Expedia.

“Kami memberikan pengguna pilihan yang tiada batasan. Jika mereka mahukan percutian segera – AirAsiaGo Mobile App adalah jawapannya,” tambah Kathleen.

Aplikasi AirAsiaGo.com telah dibangunkan oleh sekupulan jurutera terkemuka dari jabatan pembangunan teknologi mudah alih Expedia Inc., syarikat tekologi pelancongan terkemuka yang berpusat di San Francisco dan kini diperhebatkan lagi dengan pengisian kandungan tempatan serta mata wang dari Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan China.

Sempena dengan pelancaran aplikasi, AirAsiaGo.com telah menawarkan potongan hebat 48 jam untuk kedua-dua pakej Hotel dan Penerbangan serta hotel sahaja bermula 29 Januari hingga 30 Januari lalu.

Sepanjang tempoh itu, pengguna berpeluang menikmati penerbangan percuma apabila menempah menerusi hotel. Malah untu mereka yang hanya mencari hotel, diskaun tambahan sebanyak 10% untuk tempahan hotel boleh dinikmati ke atas tawaran sedia ada menerusi kod promosi “AAGHOTEL'.

Pada majlis pelancaran yang berlangsung para media berpeluang menyertai 'tolakan bagasi' ke arah bulatan bintang warna merah yang memberikan hadiah baucer RM50 serta penginapan hotel selama satu hari ke beberapa destinasi menarik seperti Bali, Tokyo, London, Seoul serta hadiah berupa empat bagasi AirAsiaGo.com. Selain itu beberapa tiket penerbangan dimenangi dalam cabutan bertuah melalui kad dan soalan.

Rancanglah percutian anda yang seterusnya dengan hanya beberapa leretan jari di tablet: 

Log masuk ke www.airasiago.com dan muat turun AirAsiaGo Mobile App di www.airasiago,com.my/app. Maklumat lanjut cari AirAsiaGo di Facebook, Twitter atau Instagram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan