COCA COLA ZERO TIADA GULA, TIADA KALORI
Apa kah anda seorang penggemar minuman karbonate seperti Coca Cola? Pun begitu, anda terpaksa mengurangkan minuman bergas itu atas faktor kesihatan. Jika itu menjadi kerisauan maka anda tidak perlu gusar atau risau lagi dengan kemunculan produk terbaharu dari Coca Cola iaitu 'Coca Cola zero'.
Minuman baru yang kelihatan seperti Coca-Cola, rasa seperti Coca-Cola dan mampu menghilangkan dahaga juga sehebat Coca-Cola, kini dengan rasminya diperkenalkan di Malaysia. Coca-Cola zero, mempunyai rasa unik Coca-Cola namun istimewanya kandungannya tanpa gula dan kalori.
Malaysia kini merupakan negara yang ke-150 daripada seluruh dunia yang menawarkan Coca-Cola Zero, satu-satunya inovasi paling maju dalam tempoh 25 tahun dari The Coca-Cola Company. Jenama Coca-Cola zero kini bernilai AS$7 bilion.
“Rasa yang enak merupakan keutamaan kami dan kini dengan pelancaran Coca-Cola zero yang baru di negara ini, pelanggan kami dapat menikmati rasa yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tidak mengandungi gula dan bebas kalori. Sukar untuk dipercayai? Cubalah sendiri.” kata Pengurus Besar The Coca-Cola Company bagi Malaysia-Singapore-Brunei, Gill McLaren (gambar atas, dua dari kanan).
“Coca-Cola zero yang begitu mirip rasanya dengan Coca-Cola asli pernah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicipta,” kata McLaren dalam ucapannya di majlis pelancaran yang berlangsung di Black Box, Publika baru-baru ini.
Menurut beliau, tinjauan pasaran di Malaysia mendapati bahawa pelanggan Coca-Cola pada mulanya khuatir tentang kandungan Coca-Cola zero yang bebas gula. Namun setelah merasainya sendiri, mereka amat kagum dengan keenakkan rasanya yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ia tanpa gula.
“Coca-Cola zero amat laris di persada dunia dan saya yakin rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang inginkan pilihan tanpa gula namun dapat menikmati rasa yang sama dengan Coca-Cola asli, akan menyukainya,” tambah beliau.
Diperkenalkan secara global sejak tahun 2005, Coca-Cola zero kini menerajui pasaran di Malaysia dan akan menghiasi rak-rak di seluruh Negara ini dengan bekas tinnya yang berwarna hitam, seiringan dengan Coca-Cola asli.
McLaren juga berkata bahawa pelancaran Coca-Cola zero ini adalah sebahagian penting dalam komitmen The Coca-Cola Company untuk menawarkan lebih pilihan di Malaysia, selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan kepada industri minuman untuk membekalkan lebih banyak pilihan minuman di pasaran tempatan.
Coca-Cola zero dikeluarkan di kilang Coca-Cola di Malaysia dan Singapura yang mempunyai sijil Halal.
“Kini dengan adanya Coca-Cola zero di Malaysia, kami dapat melengkapkan lagi portfolio tawaran kepada pengguna tempatan. Kami juga berharap ianya akan dapat memberi peningkatan yang positif dalam jualan kategori produk ini di Malaysia,” ujar beliau.
Antara selebriti yang kelihatan hadir antaranya Sazzy Falak dan Nas 'Jalan Jalan Cari Makan' selaku pengacara majlis malah tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian dari kumpulan Exodus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan