VIRUS GAGAL KE AKHIR MLM2014
LIMA kumpulan yang layak ke akhir - Pix Mstar. |
Demikian pendapat Dato Jalalludin Hassan selaku juri tetap ketika memberikan ulasannya terhadap kegagalan Virus menempah tiket ke peringkat akhir MLM2014.
"Persembahan Virus agak hambar dan bukti bahawa populariti tidak boleh dijadikan jaminan atau sandaran untuk menempah tiket ke final," ujar Jalalludin di sidang media selepas tamat program yang berlangsung di Shah Alam Royal Theatre pada Jumaat malam lalu.
Pengumuman penyingkiran dibuat juri tetap MLM
2014 iaitu Nur Fazura di mana kegagalan Kumpulan Virus yang dianggotai
oleh Zizan Razak, Tauke dan Pak Yus telah melayakkan lima peserta lain
mara ke peringkat akhir.
"Kesemua para peserta sudah melaksanakan tugas mereka untuk menghiburkan penonton dan bintang yang diberi diberi oleh saya bukan bermakna juri lain sependapat. Mungkin ukuran kami berlainan tetapi yang penting kami memberi markah berdasarkan pada persembahan mereka."
Lim peserta yang bakal bertanding ke peringkat akhir MLM2014 terdiri daripada Nabil, Sepahtu, Bocey, Zero dan Shiro.
Lim peserta yang bakal bertanding ke peringkat akhir MLM2014 terdiri daripada Nabil, Sepahtu, Bocey, Zero dan Shiro.
Hanya Nabil merupakan satu-satunya peserta solo yang melayakkan diri ke peringkat akhir apabila kedua-dua persembahan dia mendapat pujian juri sekali gus memperoleh undian tertinggi sebanyak 62.48% daripada kedudukan asalnya di tangga ke empat.
Kumpulan Zero mendapat tempat kedua dengan markah 60.21% diikuti Bocey 55.36%, Sepahtu 53.02%, Shiro 51.32% dan terakhir Virus dengan 48.61%.
Kumpulan Zero mendapat tempat kedua dengan markah 60.21% diikuti Bocey 55.36%, Sepahtu 53.02%, Shiro 51.32% dan terakhir Virus dengan 48.61%.
Pada peringkat separuh akhir, kesemua peserta perlu melakukan dua persembahan dengan tema 'props' dan loghat.
Dua juri profesional lain yang mengadili peserta termasuk Farah Queen dari Indonesia dan Taufiq Batisha dari Singapura.
Komen Taufik :
"Untuk peringkat akhir para penonton perlu membeli tiket bukan percuma lagi, jadi saya harap peserta semua memberikan yang terbaik kelak."
Kata Farah:
"Saya rasa amat sedih kerana masa berlalu begitu cepat sekali. Pada peringkat akhir kelak saya mahu peserta memberikan persembahan yang lebih baik sebagaimana yang Nabil telah membuktikan mampu melakukannya malam ini."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan