Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERSATUAN KEBAJIKAN ARTIS VETERAN MALAYSIA MASIH WUJUD



Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) masih wujud dan bukan terkubur apabila timbulnya satu lagi persatuan yang dinamakan Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM).

Demikian ditegaskan oleh Presiden PKAVM, Dato Zulkiflie Zain dalam satu majlis sidang akhbar yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Sidang akhbar tersebut dilangsungkan bagi membetulka kekeliruan di kalangan ahli-ahli persatuan yang segelintirnya berpendapat PKAVM sudah taida dan digantikan oleh  YAVM yang ditubuhkan berasingan oleh pucuk kepimpinan lama PKAVM.

"PKAVM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 20 April 2009 dan pada Mesyuarat Agung yang berlangsung pada 27 Disember 2014, barisan kepimpinan baru telah mengambil alih dengan Presidennya, Dato Zulkiflie Zain menang tanpa tanding.

ZULKIFLIE diapit Setiausaha (kiri) dan Bendaharinya.

"Turut menang tanpa tanding adalah S. Sahlan sebagai Setiausaha dan Meor Ahmad Zaudi selaku Bendahari," ujar Zulkiflie Zain kepada media.

Barisan AJK lain terdiri daripada Timbalan Presiden Azizan Mohd Arif; Penolong Setiausaha, Mariani Ahmad dan enam Ahli Jawatankuasa biasa iaitu ato Sony Abdullah, Abu Bakar Omar, Rahim Jailani, Mubarak Majid, Nor Rihan Yakob dan Sharifah Hasnor, Dua Pemeriksa Kira-kira ialah Mubarak Razak dan Maria Kamal.

Zulkifie dalam ucapannya turut menyentuh dan melahirkan rasa kecewanya terhadap kepimpinan lama berhubung dengan pengurusan kewangan melibatkan pengeluaran wang persatuan sebanyak lebih kurang RM100,000.

"Pada mesyuarat agung terakhir yang berlangsung kami menerima laporan kewangan tetapi tidak meluluskannya selagi beberapa fakta terperinci tidak dinyatakan berhubung pengeluaran wang yang begitu banyak," tambah beliau.

Beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tempoh yang diberikan selama 21 hari kepada kepimpinan lama PKAVM untuk menjelaskan kedudukan kewangan tidak diendahkan.

"Kami mahu selesaikan masalah ini dengan cara baik dan telus bukannya mahu bergaduh sesama artis kerana golongan artis bukannya besar, akan bertemu juga dalam industri," tambah Zulkiflie sambil dipersetujui oleh barisan Exconya.

Pun begitu, katanya, tujuan persidangan akhbar dibuat bertujuan memberitahu kewujudan PKAVM yang merupakan satu badan lain daripada Yayasan Artis Veteran Malaysia.

Sebagai langkah awal, persatuan akan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Silaturrahim sempena Maulidul Rasul pada 29 Januari ini di Dataran FINAS.

"Kami akan mengadakan solat Maghrib, selawat Nabi, tahlil, ceramah oleh Ustaz Amran Bollywood dan berharap para artis baru dan lama datang bersama-sama untuk memberikan sokongan sekali gus menjalin silaturrahim dan mengeratkan lagi perhubungan antara kita," ujar Zulkiflie.

Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia kini  mempunyai bilangan ahli mencecah lebih 300 orang terdiri daripada kalangan pelbagai bidang seni seperti pelakon, penyanyi, pelawak, pemuzik dan pengarah namun mereka harus berumur 50 tahun ke atas sebagai ahli seumur hidup dan 50 tahun ke bawah  sebagai ahli bersekutu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan