Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SESI UJIBAKAT KILAUAN EMAS MUSIM KE 5 BERMULA 31 JANUARI




Bermula 31 Januari ini, Kilauan Emas musim kelima akan menjelajah ke enam negeri untuk kenal pasti calon yang bakal dipilih bagi program pertandingan nyanyian khas untuk peserta berusia 40 tahun ke atas itu.

1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah menjadi lokasi pertama pada 31 Januari ini diikuti dengan The Hills, Shopping Mall, Kuching, Sarawak (7 Februari); Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang (21 Februari); Berjaya Waterfront Mall, Johor Bahru, Johor (28 Februari); Megamall Pinang, Seberang Prai, Pulau Pinang (7 Mac) dan berakhir di Summit USJ Shopping Complex, Subang Jaya, Selangor, selama dua hari pada 14 dan 15 Mac 2015.

Mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang berlangsung di Fish & Co, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ketua Program Realiti & Format Astro, Encik Namanzee Haris menambahkata:

“Kami bakal membawa masuk khidmat empat nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman luas mereka dalam industri seni tanah air iaitu Dato Hattan, Ayai Ilusi, Siti Hajar dan Syafizawati Shariff sebagai barisan juri tetap yang dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk sesi uji bakat di setiap lokasi yang terpilih”.

Menurut Namanzee, mereka bakal menilai para peserta daripada segi teknikel seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kreatiiviti dan penghayatan persembahan.

Masih mengkalkan format asal, Kilauan Emas yang berkonsepkan pertandingan nyanyian yang terbuka kepada warga negara Malaysia dan rakyat Singapura berumur 40 tahun ke atas pada tarikh uji bakat. Calon peserta yang berkebolehan untuk bermain alat muzik selain mempunyai bakat dalam bidang nyanyian amat dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini.

Calon peserta boleh menyertai sesi ujibakat secara solo dengan syarat mereka tidak boleh merakam sebarang album dalam tempoh masa lima tahun sebelum tarikh uji bakat. Dan mereka yang berjaya dipilih akan dibahagikan mengikut enam zon iaitu Zon Sabah, Zon Sarawak, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Utara dan Zon Tengah.


Juara Kilauan Emas ke 5 bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib Juara bakal memenangi RM50,000 dan trofi manakala pemenang ketiga dan keempat masing-masing berpeluang menangi RM30,000 dan RM10,000 bersama trofi. Pemenang untuk Anugerah Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari dan calon peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelak kesesakan. Sesi ujibakat hanya terbuka kepada 300 peserta terawal di setiap lokasi

Mereka yang berminat perlu membawa dua keping salinan kad pengenalan atau paspot serta gambar berukuran 3R (gambar profil dan paras pinggang). Para peserta juga dikehendaki memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib seperti berikut:

Pilihan Lagu Wajib Lelaki:

  1. Memburu Impian – Kristal
  2. Opera Hidup – Wings
  3. Zkiah – Sweet Charity
  4. Selamat Tinggal Bungaku – Tan Sri SM Salim
  5. Kau Lupa Janji – Dato Jamal Abdillah
  6. Berkorban Apa Saja – Tan Sri P. Ramlee
  7. Selamat Tinggal Pujaan – S. Jibeng
  8. Bourgenvilla – Spring
  9. Still Got The Blues – Gary Moore
  10. Salam Terakhir – Dato Sudirman Hj Arshad

Pilihan Lagu Wajib Perempuan:

  1. Senggol Senggolan, Cubit Cubitan – Mas Idayu
  2. Nuri – Ella
  3. Apa Khabar Mu Di Sana – Ramlah Ram
  4. Wajah Siapa Di Hatimu – Azlina Aziz
  5. Gelombang – Salamiah Hassan
  6. Asmara – Anneke Gronloh
  7. Mengapa Dirindu – Saloma
  8. Kekal – Ziana Zain
  9. Langit Ke Tujuh – Sharifah Zarina
  10. The Power of Love – Jennifer Rush.

Program Kilauan Emas ke 5 bakal disiarkan di Astro Prima (saluran 105) bermula April ini. Maklumat lanjut mengenai ujibakat layari www.kilauanemas.com.my.

Mungkin kah tahun ini akan menjadi milik seorang penyanyi perempuan memandangkan juara-juara sebelumnya semua lelaki .

Para juri yang hadir pada majlis sidang akhbar seperti Hattan, Ayai Ilusi dan Siti Hajar sebulat suara berharap agar lebih ramai golongan wanita tampil dan bertahan sehingga ke peringkat akhir.


“Kami ingin mencari wanita yang lebih berani dan tahan segala cabaran yang dilalui, “ jelas Siti Hajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan