ASTRO BELLA RAI HARI WANITA SEDUNIA 8 MAC
Sempena meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8
Mac ini, Astro Bella dan Malaysian Women Marathon (MWM) akan berkolaborasi
menganjurkan MWM Astro Bella 5km 2015. Bagi memeriahkan lagi sambutan pada hari
tersebut, Astro Bella (Saluran 133) turut menayangkan pelbagai program
istimewa.
Program-program istimewa ini juga akan ditayangkan di
Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Astro Prima) dan Astro Citra (Saluran
131). Kemuncak program istimewa ini di televisyen adalah menerusi program Apa
Kata Malaysia yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. Menerusi program
ini, seramai tiga tetamu wanita yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi
akan ditemu ramah secara eksklusif. Mereka adalah penyanyi Ning Baizura, model
dan ahli perniagaan Mawar Abdul Karim dan pereka terkenal Alia Bastamam.
MWM Astro Bella 5km 2015 akan berlangsung pada hari Ahad,
8 Mac bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dari jam 6 pagi hingga 12
tengah hari. Selain acara maraton yang turut disertai oleh ramai selebriti
seperti Ayda Jebat, Elfaeza Ul Haq, Anita Baharom, Tunku Hanis, Adeline Tsen
dan Nina (AF 2014), program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti
menarik seperti mini karnival dan persembahan pentas.
Mereka yang berminat untuk menyertai acara maraton boleh
melayari laman web rasmi MWM di mwm.my untuk terma dan syarat.
Lampiran 2 - Sila rujuk lampiran untuk tentatif program.
Radio SINAR fm akan menganjurkan peraduan selama seminggu
bermula 23 hingga 27 Februari ini. Pemenang bertuah akan berpeluang menyertai
acara maraton ini dan berlari bersama-sama selebriti kegemaran mereka. Untuk
terma dan syarat, layari laman web ww.sinar.fm.
Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Bermula dengan sokongan yang diberikan kepada larian
MAKNA Founder’s Night Run, ‘Astro Bella Runs With Makna’ sempena Kempen Barah Payu Dara dan Kempen Astro
Bella Jom Kurus yang dianjurkan baru-baru ini, Astro Bella akan terus komited
dan menyokong mempromosikan amalan kehidupan sihat dan sejahtera di kalangan
masyarakat terutamanya kepada golongan wanita seperti ini.
"Kami sangat berbangga kerana dapat berkongsi hari yang penuh bermakna ini
di samping mengiktiraf kebolehan dan pencapaian para wanita. Acara larian ini akan
lebih menjadi pengalaman yang lebih manis sekiranya para peserta dapat
menamatkan larian mereka, memperbaiki rekod peribadi atau mungkin inilah kenangan
penyertaan kali pertama mereka. Inilah objektif yang ingin kami capai sempena
sambutan Hari Wanita Sedunia ini.”
Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini
di media sosial dengan #mwmastrobella5km
Mereka yang berminat untuk menyertai acara maraton boleh
melayari laman web rasmi MWM di mwm.my untuk terma dan syarat.
Radio SINAR fm akan menganjurkan peraduan selama seminggu
bermula 23 hingga 27 Februari ini. Pemenang bertuah akan berpeluang menyertai
acara maraton ini dan berlari bersama-sama selebriti kegemaran mereka. Untuk
terma dan syarat, layari laman web ww.sinar.fm.
Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Bermula dengan sokongan yang diberikan kepada larian
MAKNA Founder’s Night Run, ‘Astro Bella Runs With Makna’ sempena Kempen Barah Payu Dara dan Kempen Astro
Bella Jom Kurus yang dianjurkan baru-baru ini, Astro Bella akan terus komited
dan menyokong mempromosikan amalan kehidupan sihat dan sejahtera di kalangan
masyarakat terutamanya kepada golongan wanita seperti ini.
Kami sangat berbangga kerana dapat berkongsi hari yang penuh bermakna ini
di samping mengiktiraf kebolehan dan pencapaian para wanita. Acara larian ini akan
lebih menjadi pengalaman yang lebih manis sekiranya para peserta dapat
menamatkan larian mereka, memperbaiki rekod peribadi atau mungkin inilah kenangan
penyertaan kali pertama mereka. Inilah objektif yang ingin kami capai sempena
sambutan Hari Wanita Sedunia ini.”
Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini
di media sosial dengan #mwmastrobella5km
Tiada ulasan:
Catat Ulasan