DRAMA FESTIVAL KL 2015 KEMBALI
Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015), festival drama lebih besar, lebih dramatik serta menyediakan
platform untuk menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan
kini kembali bagi tahun 2015!
Pada tahun kedua ini, DFKL 2015 yang dibawakan oleh TV3 dan TV9 menjanjikan
pengisian yang lebih baik, menarik dan turut menampilkan wajah-wajah baru seperti
pelakon, pelawak, pengarah filem dan animasi yang terkemuka dan mendapat
pengiktirafan tidak hanya dalam industri hiburan tanah air malahan luar negara.
DFKL pada
tahun ini turut mengangkat Zul Ariffin
dan Nur Fathia sebagai duta utama
DFKL 2015. Sementara Nora Danish pula, dilantik sebagai duta
media sosial. Mereka akan mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut
serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.
Kali ini,
beberapa penceramah berpengalaman akan terlibat dalam bengkel yang bakal diadakan
pada 14 dan 15 Mac nanti. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi
lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut
terlibat dalam bengkel pada tahun ini. Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam,
Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra, Syed
Nurfaiz Khalid (Les' Copaque), Usamah Zaid (Wau Studio), Nizam (Animonsta),Tariq
(Glue Studios) dan ramai lagi.
Menurut Cik
Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9; “DFKL 2015 dilihat sebagai
satu platform yang amat tepat untuk memartabatkan industri drama tanah air di mana
ianya turut menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, juruanimasi,
pelawak dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional untuk saling berkongsi
idea. Selain itu juga, penganjuran DFKL 2015 turut dapat memanfaatkan kepakaran
yang mereka miliki agar ianya dapat dikongsi bersama dan melahirkan generasi
baru yang berbakat serta lebih kreatif”.
Pertandingan Drama Pendek DFKL 2015
Sempena DFKL
2015, TV3 dan TV9 juga telah bekerjasama menganjurkan pertandingan drama pendek
yang telah pun dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014
hingga 8 Februari 2015 lalu menerusi laman web veedo di www.veedo.my. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai
sehingga RM18,000 dan telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan
daripada orang awam. Lebih menarik lagi, drama yang memenangi peraduan ini akan
turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9.
Bengkel DFKL 2015 (14 dan 15 Mac 2015)
Bagi tahun
kedua ini, DFKL 2015 mendapat
sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi
pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari
yang dijadualkan bakal berlangsung pada 14
dan 15 Mac 2015 di Balai Berita NSTP
nanti. Antara selebriti dan
karyawan yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:
KATEGORI
|
KARYAWAN
|
1)
Lakonan
|
·
Remy Ishak
·
Sheila Rusly
·
Noorkhiriah
·
Adi Putra
|
2)
Pengarahan
|
·
Azman Hj Yahya (Jinggo)
·
Nik Amir Mustapha
·
Datuk Yusof Haslam
·
Khai Bahar
|
3)
Animasi
|
·
Nizam Razak (Animonsta)
·
Syed Nurfaiz Khalid (Les' Copaque)
·
Tariq Mohd Noh (Glues Studios)
·
Usamah Zaid (Wau Studio)
|
4) Komedi
|
·
Mamat Khalid
·
Sharifah Shahira
·
Didie Alias
·
Ebby Yus
|
Sesi bengkel
yang bakal berlangsung selama dua hari itu akan turut dimeriahkan lagi dengan
pelbagai aktiviti seperti sesi ujibakat bagi mencari bakat-bakat baru bagi
pelakon lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berbakat dalam lakonan dan juga
pengacaraan TV, sesi pembentangan idea (Pitching) untuk sesiapa sahaja yang
mempunyai idea-idea baru dan kreatif dan juga pelbagai aktiviti di booth-booth yang disediakan.
Siri Jelajah DFKL 2015
Untuk
merancakkan lagi DFKL 2015, satu siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi terpilih
turut diadakan bermula 12 Februari ini.
TARIKH
|
UNIVERSITI/KOLEJ
|
MASA
|
12 Februari 2015
|
KL Metropolitan University College (KLMUC)
|
10 pagi – 5 petang
|
24 Februari 2015
|
UNITAR
International University
|
10 pagi –
5 petang
|
26 Februari 2015
|
UiTM LENDU, Melaka
|
10 pagi – 5 petang
|
Malam Anugerah DFKL 2015
Penganjuran
pertama kali Anugerah DFKL pada tahun lalu juga membuktikan penerimaan penonton
apabila menerima 2.2 juta tontonan apabila ditayangkan di TV3. 8 kategori akan dipertandingkan diantaranya
Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Drama
Pilihan, Penulis Skrip Drama Pilihan, Barisan Pelakon Drama Pilihan, Hero dan
Heroin Pilihan dan Drama Pendek Pilihan yang bakal berlangsung 20 Mac nanti. Drama
yang dipilih adalah menerusi drama yang mencatatkan penonton tertinggi di
setiap slot drama di TV3 dan TV9. Berikut adalah senarai drama, pengarah,
penulis skrip dan pelakon yang tercalon untuk Malam Anugerah DFKL 2015:
Drama
|
Pengarah
|
Penulis Skrip
|
Pelakon
|
Cerita Cinta Kita
|
Azmi
Hatta
|
Zarihah
Hassan
|
Aeril
Zafrel dan Wawa Zainal
|
Menjinak Ombak
|
Along Kamaruddin
|
Azlina Din
|
Shukri Yahya dan Nur
Risteena
|
Selamat Pengantin Madu
|
Noraini
Baba
|
Ibrahim
Ilyas
|
Aiman
Hakim dan Fasha Sandha
|
Rindu Awak 200%
|
Aidilfitri Mohamed Yunos
|
Nieza Zahar
|
Zul Ariffin dan Ayda Jebat
|
Jiwa
|
Khabir
Bhatia & Labu
|
Fairul
Nizam
|
Remy
Ishak, Kamal Adli dan Siti Elizad
|
Kristal Maya
|
Azmi Hatta
|
Eja Lorena
|
Shah Jaszle dan Amyra Rosli
|
Setitis Kasih Darmia
|
Jamal
Khan
|
Rozie Rashid
|
Shaarnaz
Ahmad dan Nelydia Senrose
|
Cinta Pandang Kedua
|
Jet Li
|
Maizura Ideris
|
Dazrin Kamaruddin dan Izara
Aishah
|
Menantu 10 Ribu
|
Lizam
Togel
|
Rosmadewi
Mohamed Zain
|
Fizz
Fairuz dan Reen Rahim
|
Bedah vs Joyah
|
Nazir Jamaluddin
|
MF Kenchana
|
Bell Ngasri, Jasmin Hamid
dan Noorkhiriah
|
Untuk
pembelian tiket bagi sesi bengkel DFKL 2015 dan juga mengundi untuk Malam
Anugerah DFKL 2015, anda boleh layari laman web rasmi DFKL 2015 iaitu www.dfkl.com.my. Layari juga laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan
laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini
mengenai DFKL 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan