'JOM SINGGAH' LANCAR DUA PRODUK BAHARU
Sejak diperkenalkan pada 4 Mei 2014, program
“Jom Singgah” fokus kepada penjualan produk yang dikeluarkan oleh syarikat
tempatan dan antarabangsa. Bersiaran secara langsung dari Studio B di Sri
Pentas, Jom Singgah yang dikendalikan oleh pengacara dan selebriti yang tidak
asing lagi iaitu Maria Tunku Sabri, Ifa Raziah dan Intan Suraya menemui para
penonton TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari.
Jom Singgah ialah program 30 minit yang
memberi peluang kepada seisi keluarga untuk mengetahui produk yang terkini di
pasaran melalui kaca televisyen. Selain membeli belah melalui TV, penonton juga
boleh membuat pembelian secara on line
dengan harga yang murah. Penonton hanya perlu melayari laman web yang
disediakan oleh TV3 di WOWShopping (www.tv3.com.my/shop).
Menurut Puan
Siti Hatija Yusof, Pengurus dan Penerbit Eksekutif Jom Singgah, Jabatan Factual
& Dokumentari: “Pada awal siaran program bual bicara, Jom Singgah hanya
bersiaran pada setiap hari Isnin. Ekoran sambutan hangat daripada penonton dan
usahawan-usahawan muda yang ingin memasarkan produk mereka, pihak TV3 telah
menambahkan hari siarannya selama 4 hari berturut-turut. Program ini ialah
platform terbaik bagi para usahawan mempromosikan produk baharu mereka kepada
konsumer.”
“Kami berbesar
hati kerana program ini terus mendapat sokongan daripada para usahawan dan
penonton. Lebih istimewa, buat kali pertama program Jom Singgah melancarkan
produk baharu keluaran usahawan tempatan, Luminour International secara langsung
menerusi program ini.” Tambah Puan Siti
Hatija Yusof.
Sesi pelancaran produk
terbaharu keluaran usahawan tempatan, Luminour International menerusi
program Jom Singgah turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya; Ketua
Pegawai Operasi Rangkaian TV, Media Prima Berhad, Encik Seelan Paul; Pengarah
Urusan Luminour International yang juga
Pengasas Produk Absolute Lifting Bee Venom Serum & Jamu Suleet, Puan
Zalifah Zakaria serta Duta Produk
Jamu Suleet iaitu Ratu Dangdut
Malaysia, Amelina.
Program 30 minit
ini menawarkan pelbagai segmen menarik yang mempromosikan produk tempatan
merangkumi kesihatan, kecantikan, libur, demo memasuk dan peralatan dapur dan pakej
percutian. Antara segmen menarik dalam Jom Singgah ialah Stailo yang membabitkan
fesyen, pesta dan pameran di mana usahawan boleh memaparkan produk berbentuk
pakaian, tudung, aksesori, beg, kasut serta makanan.
Bagi mereka yang
mementingkan kecantikan, melalui segmen Khidmat Kecantikan & Produk
Kesihatan, Jom Singgah mengajak seluruh isi keluarga untuk mencuba pelbagai
produk kecantikan sama ada yang berbentuk pil atau makanan serta cairan seperti
jus, teh atau kopi.
Penonton yang
mahu menjaga kesihatan dan usahawan yang mahu menonjolkan khidmat perniagaan
kecantikan mereka seperti SPA, Gym, pusat kecantikan serta pusat menguruskan badan
dengan menonjolkan alat-alat senaman juga boleh dipaparkan melalui program ini.
Selain bercakap
mengenai produk mereka, para pengusaha juga boleh melakukan demo secara
langsung dari Studio B. Antaranya, make
over, gunting & inai rambut, manicure
& pedicure, peragaan fesyen baju &
tudung, senaman dan lain-lain.
Selain soal
kecantikan, Jom Singgah juga turut mempromosi masakan dan peralatan dapur
seperti pelbagai rahsia resepi menarik melalui rempah ratus, pes, margerin, mee
serta peralatan dapur – penonton boleh diajak untuk berdemo kelebihan
produk-produk ini. Peralatan rumah merangkumi cerok dapur contohnya, kuali,
periuk belanga hinggalah ke halaman rumah. Malahan, program Jom Singgah juga
boleh membantu usahawan yang ingin mempromosikan aksesori kereta, motorsikal
dan basikal.
Selain itu, Jom
Singgah juga membuka peluang kepada mereka yang ingin mempromosikan pakej
percutian dengan memaparkan keistimewaan sesebuah lokasi pelancongan dalam dan
luar negara.
Liputan Jom
Singgah tidak terhad di dalam studio sahaja malah program ini juga melakukan
siaran langsung dari luar lokasi, antaranya pelancaran pelbagai produk, pameran
& pesta seperti pesta buku, pameran perabot, barang kemas, bazaar, acara
yang mencatatkan sejarah, perkahwinan dan pelbagai acara lain.
Jom Singgah yang
bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang ini
dikendalikan oleh Puan Siti Hatija Yusof bertindak sebagai Pengurus dan
Penerbit Eksekutif Jom Singgah, Penerbit Jom Singgah,Nor Azlina Nekmat dan
wartawan penyiaran, Nur Raudhah Murad.
Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk
mendapatkan berita terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan