HARITH ISKANDAR DUTA 'CHEF ROOM'
Apabila memasak di dapur yang
persekitarannya bersih dan kemudahan peralatannya moden serta canggih
sudas pasti pengalaman memasak menjadi lebih selesa. Dan suasana ini
akan membuatkan anda mahu sahaja ke dapur untuk memasak betul tak?
Keadaan ini bertambah menyeronokkan
apabila berada di dapur yang dilengkapi peralatan lengkap sebagaimana
yang direka khas oleh Pensonic dinamakan 'Chef Room” (bilik Chef).
Peralatan 'Chef Room' bukan sahaja
bergaya dan canggih tetapi mempunyai fungsi yang praktiKal dengan
pilihan khas ketuhar, hud dapur, dapur gas dan ketuhar gelombang
mikro direka secara ergonomik untuk mengoptimumkan keselesaan dan
memaksimumkan kecekapan memasak sambil menambahkan sentuhan sebenar
kelas dan professionalisme dalam setiap dapur.
Majlis pelancaran 'Chef Room' seraya
memperkenalkan wajah baru Pensonic iaitu pelawak terkenal, Harith
Iskandar telah pun berlangsung baru-baru ini semasa perjumpaan
bersama kawan media bagi tahun 2015 di sebuah hotel terkemuka di
Puchong baru-baru ini.
“Kami berbangga untuk mengalu-alukan
kedatangan Harith Iskandar, yang juga digelar sebagai 'Godfather of
Malaysian Standup Comedy' sebagai kawan baru Pensonic untuk mewakili
teman masakan yang anggun dan dipercayai, iaitu Chef Room,”
ujar Nelson Chew selaku Pengarah Eksekutif Pensonic.
PELAKON Alan Yun (kiri) turut hadir meraikan majlis. |
Kerjasama antara Harith dan Pensonic
adalah tepat pada masanya kerana semangat dan keberanian pendapat
Harith menjadi lambang kenyataan bagi mempromosikan 'Chef Room'
dengan prestasi yang unggul, tambah beliau.
Ketuhar 'Chef Room' terdapat dalam
kemasan keluli tahan karat kontemporari dan memberikan prestasi yang
hebat. Ketuhar mempunyai sebanyak 8 fungsi yang berbeza, operasi
sentuh pintar dan paparan LCD; pintu kaca perkukuh 3 lapis; kipas;
fungsi memanggang 'rdiant' dan juga penuh; pilihan haba konvensional
dan haba bahagian bawah dengan ruang yang mencukupi untuk memastikan
hidangan anda sihat dan lazat.
Hud dapur yang mempunyai kemasan keluli
tahan karat ini menonjolkan rasa sentuhan canggih di dapur anda malah
mempunyai butang sentuh pintar dengan 3 kelajuan dan sedutan berkuasa
untuk menyingkirkan bau dan asap.
Pembersihan menjadi mudah kerana
terdapat beberapa jenis hud dapur inovatif Pensonic yang dilengkapi
dengan Fungsi Pembersihan Wap untuk menjaga supaya hud dapur sentiasa
bersih Yang perlu dilakukan hanyalah menggelap pada permukaan luar
untuk memastikan ia bebas daripada minyak dan berkilat.
Ketuhar gelombang mikro Chef Room pula
mempunyai kawalan digital, 8 program memasak auto termasuk gelombang
mikro, membakar/memanggang (grill) dan fungsi menghilangkan bekuan
ais.
Pensonic telah menghadiahkan
keseluruhan produk Chef Room dan peralatan dapur untuk rumah baharu
Harith manakala tiga tetamu yang hadir di kalangan media berjaya
membawa pulang hadiah cabutan bertuah 'Chef Room' bernilai RM5,800
setiap seorang.
Keterangan lanjut mengenai 'Chef Room'
boleh layari http://pensonic.com/
atau telefon Pensonic Careline 1-800-881-770.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan