TV3 KOMITED TERUSKAN PROGRAM 'CSR'
TV3
tetap komited untuk meneruskan Program Tanggungjawab Sosial Korporat
buat tahun 2015 dan kali ini sesi perkongsian ilmu antara tunjang
utama kepada usaha itu. Hari ini, TV3 bersama komuniti penduduk Taman
Bukit Mewah, Kajang, Selangor bersama-sama mengadakan sesi
gotong-royong di kawasan setempat selain bekerjasama dengan beberapa
agensi kerajaan untuk berkongsi informasi dan nasihat berguna selain
mengadakan demonstrasi dan pemeriksaan kesihatan.
Program
ini turut merupakan salah sebuah inisiatif oleh pihak TV3 dalam
membantu golongan yang memerlukan. Antara objektif utama program ini
adalah untuk mengeratkan hubungan pihak stesen TV3 bersama masyarakat
setempat dan sebagai penghargaan kepada para penonton yang sentiasa
menyokong stesen tersebut.
Menariknya,
tahun ini program tersebut menumpukan kepada sesi perkongsian ilmu
untuk dimanfaatkan kepada komuniti terlibat dengan bekerjasama dengan
agensi kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan. Antara pengisian program
ini termasuklah sesi kaunseling, ceramah motivasi, pemeriksaan
kesihatan, pameran, demonstrasi memadam kebakaran, tempur tanpa
senjata dan banyak lagi buat kesedaran orang awam. Konsep ini akan
diteruskan untuk program tanggungjawab sosial seterusnya buat Jom
Heboh dan Raudhah Di Hatiku nanti. Di lokasi ini, TV3 juga meraikan
seramai 50 orang anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Jalinan Kasih,
Taman Megah Cheras dengan memberikan mereka set alat tulis dan
diceriakan dengan sesi motivasi. Manakala Pusat Pendidikan
Kanak-Kanak Taman Bukit Mewah, Kajang pula disumbangkan sebuah set
televisyen buat kegunaan mereka.
Menurut Encik Seelan Paul, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, "Tahun ini TV3 tetap komited untuk mengadakan projek tanggungjawab sosial korporat kerana ini merupakan salah satu cara penghargaan pihak TV3 kepada para penonton kami.
Malah
tahun ini kami menumpukan kepada konsep perkongsian ilmu di mana kami
bekerjasama dengan beberapa badan dan agensi untuk mengadakan
aktiviti seperti ceramah ilmiah, pameran, pemeriksaan kesihatan dan
pelbagai lagi untuk tujuan kesedaran. Projek tanggungjawab sosial ini
juga akan diteruskan di acara tapak kami seperti di Raudhah Di Hatiku
dan Karnival Jom Heboh.
Antara
jabatan dan badan yang terlibat untuk program tanggungjawab sosial
bersama TV3 kali ini adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Doktor Gigi Malaysia
(MDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Darah Negara dan Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Selain
itu, kehadiran para personaliti Media Prima Berhad seperti Ally
Iskandar, Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan barisan artis seperti
Ungku Ismail Aziz, Fattah Amin, Idzham Ismail, Falisha Crossley,
Azmil Mentor Legend, Da’i Wan, Da’i Tajdid Hadhari, dan Issey
Titan pula memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk
mengenali mereka dengan lebih dekat.
Untuk
mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh
melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my
serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan