Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CERIA POPSTAR MUSIM KE 3 BERMULA 1 MEI


Kembali bagi musim ke 3, Ceria Popstar akan menampilkan 10 lagi peserta cilik berusia dari 10 tahun hingga 15 tahun melibatkan empat lelaki dan enam perempuan.

Empat peserta lelaki terdiri daripada Ifwat Iz'aan Roseley, 10,  (IFWAT, Kajang/Selangor); Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, 11, (FIKRY, Air Molek/Melaka); Zackiddin Zachry, 13, (ZACK, Keningau/Sabah) dan Mohamad Shufaad Mohd Sharif, 15 (SHUFAAD, Penampang/Sabah).


STACY dan Erissa..
Manakala enam peserta perempuan adalah Adinda Tasya Mansor, 10, (ADINDA, Simpang/Perak); Farhana Naslyn Suhaillin, 10, (FARHANA, Keningau/Sabah); Pasqueletta Joan Paulus, 11, (PASQA, Kota Kinabalu/Sabah); Syarweena Yajit, 14, (WEENA, Sandakan/Sabah); Vanessa Reynauld, 15, (VANESSA,Klang/Selangor) dan Dayang Izyan Zawanie Iraril, 15, (DAYANG, Papar, Sabah).

Selama tujuh minggu mereka akan bersaing secara langsung di hadapan para juri tetap  - Datuk AC Mizal, Zizan Razak dan Johan Raja Lawak serta seroang juri jemputan setiap minggu.

Selain itu, bekas peserta Ceria Popstar musim kedua seperti Masya, Iqbal, Erissa dan Kashika serta  dua  selebriti kanak-kanak iaitu Mia Sara Nasuha dan Rykarl Iskandar juga turut dibawa masuk selaku Juri Cilik Popstar yang akan memberikan kata-kata semangat dan komen positif sepanjang konsert mingguan berlangsung menerusi laman Instagram. Penilaian mereka bagaimana pun tidak akan mempengaruhi markah para peserta.

Setiap peserta turut mempunyai guru asuhan masing-masing di mana barisan tenaga pengajarnya  terdiri daripada Hazama, Stacy dan Ronnie Hyper Act. 


HAZAMA dan Marsha menghiburkan majlis sidang mefia.

Mengumumkan barisan peserta dalam satu sidang akhbar di The Bee Publika, semalam,  Penolong Naib Presiden Astro Ceria & Segment Remaja, Hadzelynda Khairuddin berkata," Episod pengenalan Tirai Ceria Popstar akan menampilkan sedutan istemewa sewaktu sesi 'bootcamp' pada hari Jumaat 24 April 2015, jam 9 malam. 


RONNIE Hyper Act bersama Iqbal...

"Manakala aktiviti dan rutin perjalanan para peserta sewaktu di kelas nyanyian dan tarian pula dapat ditonton melalui liputan Diari Ceria Popstar pada setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam bermula pada 1 Mei  iaitu sebelum Konsert Mingguan Ceria Popstar disiarkan pada jam 9 malam."
DAYANG... dari Perak.


Musim ini turut mengekalkan Nabil Ahmad sebagai pengacara  waima Datuk  Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil juga kekal sebagai penaung untuk program.

Menarik lagi, para peserta musim ini juga turut  mendapat khidmat bimbingan vokal oleh Cikgu Mimi serta koreografer yang dibimbing oleh Cikgu Boojae bagi memantapkan lagi persembahan mereka di atas pentas.

Untuk konsert minggu pertama hingga keenam, nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh juri tetap dan mereka yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Hanya pada konsert akhir, sistem pemarhakan adalah berdasarkan 50% oleh juri dan 50% lagi akan ditentukan oleh undian penonton melalui SMS di mana talian hanya akan dibuka secara rasmi bermula 5 Jun 2015.

Juara Ceria Popstar Musim Ketiga bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib Juara sebanyak RM15,000 serta trofi; pemenang ketiga dan keempat pula masing-masing akan membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

10 peserta yang terpilih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan