SYAMIL JUARA SuERA BAWA PULANG RM10K
Hujan lebat dan angin kencang yang menbatutkan
permulaan program pencarian bakat SuERA pada awalnya tidak menghalang pihak
penganjur Era,fm untuk menerusjan acara walaupun lewat waima Syameel Aqmal dinobatkan sebagai juara menewaskan 4 peserta
lain dalam pertandingan akhir yang diadakan di pusat membeli-belah Nu Sentral,
Sabtu lalu.
Syameel yang mendapat bimbingan Ewal selaku
tenaga pengajar SuERA menampilkan nyanyian mantap menerusi lagu Potret yang
dipopularkan Akim & The Majistret. Bukan sahaja membawa pulang RM 10, 000,
beliau juga bakal membuat persembahan di Konsert Akademi Fantasia 2015.
Naib juara disandang peserta bimbingan Daiyan
Trisha, Syazmie Suhaimi yang memberikan interpretasi tersendiri lagu Matahari
nyanyian asal Hafiz. Mohammad Arriff Fardillah (Team Firman) yang mengalunkan
lagu Dahsyat pula menduduki tempat ketiga. Mereka berdua masing-masing membawa
pulang wang tunai RM 5 000 dan RM 3 000 berserta hadiah iringan. Mohd Yushairi
Mat Yusoff (Team Dina) dan Natasha Nordin (Team Aman) pula berpuas hati di
tempat keempat dan kelima. Kesemua pemenang tempat kedua hingga tempat kelima
juga diberikan kelebihan istimewa ‘Express Lane’ bagi menghadiri ujibakat
Akademi Fantasia 2015.
Berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima
pihak penganjur, terdapat kemungkinan pertandingan pencarian bakat serupa bakal
diadakan lagi kelak. Menurut Nazri Noran, pengurus saluran ERA, radio nombor
satu Malaysia itu komited untuk terus mencari bakat-bakat baru yang boleh ditampilkan
ke dalam industri penyiaran Malaysia.
“ SuERA berjaya menarik lebih daripada 2600
penyertaan dan akhirnya 5 finalis terbaik dibawa ke pentas akhir hari ini
dengan bakat mereka diadili juri-juri professional. Juara yang dipilih hari ini
sememangnya layak untuk menang. Kami masih dalam perbincangan untuk mengadakan
program pencarian bakat yang sama dengan kandungan yang lebih hebat dan lebih
besar melibatkan produksi TV tetapi semua ini masih dalam perancangan “, ulas
Nazri.
Sebelum ini, ERA pernah menganjurkan program
pencarian bakat JoHaRa dan inisitiatif radio berbahasa Melayu ini dalam
mengenengahkan bakat berasaskan suara akan diteruskan. Pentas akhir SuERA
diadili tiga juri professional terdiri daripada pengacara nombor satu negara,
Datuk Aznil Haji Nawawi, pemuzik prolifik, Edrie Abdul Hashim dan juga Cikgu
Shahrol, yang merupakan tenaga pengajar vokal Akademi Fantasia 2015.
Pentas akhir SuERA petang itu diserikan dengan
kehadiran barisan penyampai ERA seperti trio Johan, Hanif dan Ray serta
pengendali segmen SATE@ERA, Tauke dan Adi. Turut bersama memeriahkan acara
adalah dua ahli keluarga ERA yang baru iaitu Radin dan Hani yang bertindak
selaku pengacara majlis.
Walaupun dalam keadaan hujan lebat, pengunjung tidak
berganjak memberikan sokongan terhadap acara ini. Skuad ERAvengers turut hadir
memberikan cenderahati menarik buat pendengar radio ERA yang sudah mula
memenuhi perkarangan Nu Sentral sejak jam 3 petang lagi. Pentas akhir SuERA
juga turut menyaksikan telatah Daiyan Trisha yang ‘didera’ menerusi segmen
Karen Karaoke ERA. Daiyan terpilih mewakili kesemua tenaga pengajar SuERA
selepas mendapat undian tertinggi di laman sesawang radio tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan