Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ABSTRAX BUKA CAWANGAN KEDUA, INDRA PUTRA WAJAH TERBAHARU


Jenama Abstrax membuka cawangan keduanya di Kuala Lumpur bertempat di Jalan Bangsar, sekali gus memperkenalkan pemain bola sepak terkenal, Indra Putra (pix, kanan) sebagai wajah terbaharunya waima masih mengekalkan pelakon Beto Kusyairy sebagai duta Abstrax. Cawangan pertamanya terletak di Shah Alam.

Pembukaan kedai  konsep Abstrax (Abstrax Concept Store) yang kedua ini berlangsung pada satu majlis santai baru-baru ini dengan kehadiran Indra Petra beramah mesra bersama rattan pembeli setia Abstrax yang beratur sewal jam 2 petang sebelum pintu kedai dibuka pada jam 3 petang.

Sebelum itu satu sidang media diadakan bersama para wartawan berhubung pembukaan kedai sekali gus melancarkan jersey terbaharu #MASterpiece #Virus yang merupakan siri kedua selepas sambutan hangat yang diberikan terhadap pengeluaran jersey pertama #MASterpiece #FlyingHigh.

"Sempena Sukan SEA yang akan diadakan di Singapura pada Jun depan, kami mengeluarkan jersey untuk dipakai peminat sukan Malaysia yang berada di luar negara dengan warna hitam sebagai latar dan kuning pada rekaan," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Abstraxjingga, Dr. Faiz Izwan Anuar (pix, atas kiri) kepada media.

Tambahnya, rekaan yang dicetuskan oleh rakan kongsinya yang juga pereka jersey tersebut, Fahmi Fabilah diharap menjadi jersey yang dipakai peminat yang akan menghadiri sukan SEA sebagai tanda sokongan kepada negara.


Pengeluaran Abtrax #MASterpiece merupakan kolaborasi bersama syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dalam menyokong kempen sosial media #StayStrong yang mendapat perhatian ramai serata dunia.

"Abstrax amat berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan MAS sekali lagi dengan pengeluaran jersey terbaharu ini selepas kejayaan yang dicapai pada pengeluaran jersey pertama (Home jersey) di mana lebih kurang 10,000 baju telah dijual sejak 1 Oktober dan harapan kami jersey terbaharu #virus akan mendapat sambutan sama atau lebih. Dan berharap peminat sukan akan merasa bangga memakainya di Sukan SEA Jun ini sebagai tanda perpaduan dan sokongan kepada Malaysia," ujar Dr. Faiz.




Sebaik sidang akhbar selesai, pintu kedai dibuka dengan ratusan peminat beratur panjang untuk mendapatkan jersey agar tidak kehabisan stok. Kapten Harimau Malaya yang juga pemain bolasepak JDT, Indra Putra yang hadir meluangkan masa untuk bergambar dengan pembeli jersey #Virus yang berada awal.




Jersey #MASterpiece #Virus boleh diperoleh dengan harga RM90 (lengan pendek) dan RM100 untuk lengan panjang. Info lanjut layari www.abstraxjingga.com atau http://shop.abstraxjingga.com serta lawati facebook di http://facebook.com/abstraxjingga.






Jenama buatan tempatan ini telah berada di pasaran sejak tahun 2008  dan mendapat sambutan hangat terhadap beberapa siri desain yang dikeluarkan termasuk baju 't'  tokoh-tokoh tempatan antaranya seperti Tun Dr, Mahathir Mohamed (Respect) dan tok guru Allahyarham Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat (Faith).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan