Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANITA ENTERTAINMENT METERAI PERJANJIAN 3 NEGARA





Anita Entertainment & Production maju setapak lagi dengan projek mega melibatkan tiga negara – Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memeterainya perjanjian bersama dalam mewarnai industri hiburan tanah air.

Perjanjian bersama antara Anita Entertainment yang ditandatangani oleh pemiliknya, Anita Yusop (pix atas,kiri) dilaksanakan bersama syarikat IndoBox dari Indonesia oleh pengarah Urusannya, Encik Jason Cheah (pix, kanan) dan Encik Rossi Parsi dari VIP Event Asia mewakili Singapura (pix, dua dari kanan).


Majlis MoU itu disaksikan bersama artis jemputan dari Anita Entertainment seperti Hana Febians, Khaty Azian dan Poey Stings dalam suasana ringkas dan santai pada upacara pra dengar album penyanyi dari Indonesia, Thomas Arya (pix kiri) bertempat di Diva Karaoke, 1 Shamelin, semalam.

Thomas Arya, berasal Padang merupakan artis pertama di bawah kolobrasi perjanjian di mana selepas ini pertukaran artis akan berlaku antara tiga negara Asia tersebut.

“Dengan perjanjian bersama ini saya harap artis dari tiga buah negara ini dapat diperkenalkan dengan jalinan kerjasama dan promosi di mana artis Malaysia juga akan diperkenalkan di Indonesia mahu pun Singapura dan sebaliknya,” ujar Anita dalam ucapan ringkasnya.

Tambah Anita, beliau berharap dapat menganjurkan siri Santai Selebriti Media ke 52 kelak dilangsungkan pula di Indonesia sebagai langkah seterusnya bagi jalinan kerjasama tersebut.

Dipersetuji oleh dua rakan gabungan, kerjasama itu diharap mampu bertahan demi mengukuhkan lagi silaturrahim antara tiga negara serumpun.




Majlis pada petang tersebut menyaksikan Thomas Arya menyampaikan beberapa buah lagu waima memperdengarkan single terbaharunya 'Rindu Manja Mu' yang merupakan sambungan daripada single popularnya 'Bunga' dan juga “Kenangan Berbahagi Sepi'.

Walau pun wajahnya tidak sepopular penyanyi terkenal Indonesia lainnya, namum nama Thomas Arya sudah lama berada dalam industri muzik Indonesia sejak tahun 2004 sebagai komposer dan tenaga di belakang tabir.

“Saya jarang muncul di hadapan dan lebih suka berada di belakang tabir tetapi lagu-lagu saya tetap berada dalam industri muzik khususnya dan banyak sekali boleh di dengar melalui internet,” jelas Thomas yang sinonin dengan lagu berentak 'slow rock' , ketika ditemui.

Melihat gaya nyanyian dan rambutnya, teringat penyanyi Zamani Slam yang juga banyak menyampaikan lagu-lagu 'slow rock'.

Sementara itu, Pengarah Urusan IndoBox, syarikat yang mengendalikan penghantaran barangan antara negara di Indonesia berharap jalinan kerjasama akan terus menyemarakkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia serta Singapura dalam industri muzik.

“Kami terlibat kerana mahu mengeratkan lagi talian perpaduan dan kerjasama bukan sekadar bertumpu pada satu bidang perniagaan sahaja kerana kami mahu melihat industri hiburan antara tiga negara berkembang sihat,” jelas Jason sewaktu ditanya bagaimana syarikat yang terlibat dalam penghantaran barangan boleh memasuki bidang hiburan.

Encik Rossli Parsi pula berpendapat pemilihan Thomas Arya merupakan artis yang tepat untuk kerjasama kerana Thomas banyak mencipta karya-karya popular yang dinyanyikan juga oleh penyanyi lain namun kini tiba masanya untuk Thomas sendiri tampil ke hadapan bagi memperkenalkan dirinya kepada khalayak.

“Anda boleh melayari lagu-lagunya melalui youtube malah album-albumnya sudah pun berada di pasaran,” tambah Rossli.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan