FESTIVAL RAMADAN GM KLANG BERMULA 26 JUN
Pertengahan Jun depan, seluruh umat Islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadan yang mulia dan barangkali bagi mereka yang suka bersiap awal sudah pun menempah baju dan segala keperluan bagi menyambut pula kedatangan Hari Raya.
Promosi Ramadan sudah pun bermula di beberapa tempat khususnya oleh pihak hotel mahu pun pusat membeli-belah. Terbaharu mengumumkan perancangan menyambut bulan puasa yang mulia itu, pusat pemborong GM Klang antara yang telah mengatur beberapa program khas yang dinamakan 'Festival Ramadan GM Klang'.
Akan berlangsung mulai 26 Jun hingga 12 Julai depan, festival berkenaan dijangka menjadi aktiviti tahunan untuk pusat pembongan GM Klang.
"Festival yang akan memeriahkan lagi sambutan Ramadan tahun ini akan berlangsung di sekitar kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang dengan pelbagai aktiviti diaturkan," ujar Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Dato Lim Seng Kok dalam ucapannya di majlis perasmian dan sidang media Festival Ramadan Klang 2015 di Talent Lounge, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut beiiau, lebih 100 gerai dijangka menyertai festival dengan menawarkan pelbagai pilihan barngan persediaan Hari Raya dan tidak ketinggalan jualan juadah berbuka puasa.
"Kami juga aka memberikan satu kelainan di mana sepanjang festival akan diadakan 'lauluan nostalgia' yang berkonsepkan latar belakang perkampungan melayu dengan cahaya pelita serta lampu-lampu kerlip," ujar Lim.
Jelasnya lagi, 'laluan nostalgia' merupakan satu lorong laluan yang dibina khas di tengah-tengah antara dua deretan gerai-gerai yang dihiasi dengan suasana kampung dan juga terdapat pertunjukan permainan tradisional di laluan tersebut.
Para pengnjung yang melalui laluan tersebut pasti dapat mengembalikan nostalgia saat-saat indah sambutan Ramadan dan Syawal terdahulu kerana dua bulan istimewa itu memang sinonim dengan kampung halaman bagi masyarakat Melayu.
Dato Lim menambah kata, festival turut menyediakan peluang kepada alumni Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM menunjukkan bakat usahawan mereka khususnya dalam bidang peruncitan pakaian dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur, sekali gus membentuk lebih ramai usahawan-usahawan muda di Malaysia.
Majlis sidang media turut menyaksikan pertunjukan fesyen daripada 7 pereka fesyen daripada alumni Fakulti Seni LUkis & Seni Reka UiTM yang memperagakan koleksi terbaharu mereka untuk Syawal 2015. Mereka terdiri daripada Azlan Karim (Binqareem), Orked Mohd Fauzan (Orked), Shanell Harun (Shanell), Suhairie Mohamed (Seth & Luna), Aid Shamsuddin (Daramera), Intan Sapura Hashim (Hanapura) dan NUrul Shafiqah Md Amin dari Piqa Amin & the Empire).
Festival Ramadan GM Klang juga menyasarkan objektif untuk menjadi '1 stop centre' buat pengunjung-pengunjung Pusat Pemborong GM Klang, Akan memulakan operasi seawal jam 11 pagi (Sabtu dan Ahad) dan 3 petang (ISnin hingga Jumaat) sehingga jam 11 malam, pengunjung bakal menikmati banyak aktiviti sampingan yang telah disusun sepanjang berlangsung festival.
Antara aktiviti sampingan meliputi demonstrasi masakan, batik, wau, kuda kepang, pemakaian hijab, alunan bacaan Al-Quran setiap hari sebelum masuk waktu berbuka dan persembahan akustik serta nasyid selepas solat terawikh.
Malah beberapa artis undangan dijangka dijemput seperti Nita Malaysian Idol dan beberapa lagi artis lain.
Tidak ketinggalan aktiviti-aktiviti menarik untuk si kecil seperti pertunjukan 'giant bubble', dekorasi 'cupcake' dan penampilan maskot-maskot popular untuk beramah mesra bersama mereka. Turut diadakan ceramah agama yang bakal disampaikan oleh penceramah terkemuka dan sesi bermoreh bersama 3 artis pilihan setiap minggu.
Selain itu, , Pusat Pemborong GM Klang juga akan meraikan peserta-peserta Projek Iqra" yang terdiri daripada para pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka puasa pada pembukaan rasmi festival pada 27 Jun (Sabtu) dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari persatuan terpilih pada 5 Julai (Ahad).
Pertubuhan Women International Network pula berkongsi hasil kerja mereka dalam pembuatan batik terapi cap Terengganu.
Turut hadir pada majlis terdiri daripada Chow Chee Wah, Pengurus Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Dr,. Asliza Aris, Koordinator Rancangan Rekaan Fesyen, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM, Muhammad Salleh Mahfoz, Pengerusi Projek Iqra" dan Noridah Ahmad, Presiden WIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan