Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LABEL EMI MUSIC MALAYSIA AKAN KEMBALI AKTIF


Apabila menyebut EMI Music rasanya semua tahu kegemilangan syarikat rakaman itu yang pernah melahirkan penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad, Datuk Sheila Majid, Ella dan ramai lagi.

Khabar terbaharu EMI akan kembalikan labelnya mewarnai industri hiburan tempatan di mana penjenamaan semula bertujuan untuk mengangkat beberapa usul dan perkara utama seperti status dan kemas kini royalti artis terdahulu termasuk membabitkan data pencipta lagu dan lirik dengan badan muzik termasuklah Persatuan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (M) Berhad (MACP). 

Sebelum itu, Universal Music secara rasmi mengambil alih peranan EMI sejak 1 September 2013, sekali gus menjadikan Universal Music sebagai syarikat rakaman paling besar dan banyak memiliki katalog rakaman muzik. Maka menjadi agenda utama Universal Music untuk terus mengangkat dan mengembalikan kegemilangan EMI di Malaysia yang mula bertapak pada 1966.

Pengumuman tersebut disuarakan oleh Presiden Kumpulan Universal Music (Asia Tenggara), Encik Sandy Monteiro dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun EMI Malaysia ke 50 tahun di Saloma baru-baru ini.

Sempena majlis itu, EMI turut melancarkan beberapa album seperti '100 Lagu-lagu Popular Pilihan DJ Chuari Selamat,siri album 'Bintang Pujaan" (40 artis terlibat), siri '24-Bit-Mastering EMI' dan kompilasi 'Nostalgia, Aku, Kau & Dia' buat penggemar seni muzik tempatan.

Menyorot kembali legasi EMI, Sandy berkongsi berkenaan sejarah muzik era 40an dan 60an yang hampir kesemuanya adalah milik EMI.

"Lagu nyanyian penyanyi seperti Nona Asiah, Momo Latif, Jasni, Normadiah dan R. Azmi masih mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air. Zaman kemuncak  syarikat rakaman EMI ini boleh dikatakan sekitar tahun 70an ke 80an," imbas Sandy

Turut hadir meraikan majlis termasuk Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Loan Cheong bersama Mujahid Abd Wahab selaku Ketua Pengurusan Domestik EMI. 

Ramai selebriti lama dan baharu turut hadir di mana majlis turut mendengar perbincangan forum muzik oleh panel-panel jemputan seperti Datuk A.Rahman Hassan, Datuk DJ Dave, Momo Latif bersama Sandy Monteiro dan Chuari Selamat selaku Pengerusi.



Barangkali ada yang tertanya-tanya kenapa sambutan ulang tahun EMI di buat lebih awal memandangkan ulang tahun ke 50 sepatutnya diraikan tahun hadapan memandangkan EMI beroperasi di Malaysia pada tahun 1966?

Menurut Loan Cheong, sambutan awal itu dibuat dengan tujuan mengajak rakyat dan peminat terus menghargai khazanah muzik tanah air.

"Muzik itu sendirinya bersifat universal dan ia masih diikuti peminat sekali pun ada di antara kita yang begitu berat untuk mengeluarkan wang menghargai karya seni ketika ini waima banyak medium percuma lain yang boleh diperoleh di hujung jari dan diakses di mana-mana.

"Selain itu, angka 50 juga dilihat bertepatan untuk melakukan penjemaan semula EMI sebagai label domestik Universal Music di mana hakikatnya EMI sudah menjadi jenama yang dikenali dan wajar dipertahankan selagi boleh," tambah Loan Cheong.

Beliau menyambung, "Inilah masa untuk generasi baharu dan lama bertemu mesra."

Sempena ulang tahun ke 50 juga, EMI akan bekerjasama dengan kumpulan kajian dari Universiti Utara Malaysia untuk mengenal pasti dan menerbitkan '100 Lagu Terbaik Sepanjang Zaman' dan kajian terperinci ini bakal menggunakan beberapa metodologi seperti temubual, kumpulan tumpuan, bancian dan borang soal selidik. Antara responden yang dikenal pasti terdiri dari penyanyi, komposer, wartawan, penerbit lagu, ahli politik dan orang awam.

Malaysia dan China merupakan dua negara yang masih meneruskan legasi EMI. Cuma di Malaysia, EMI beroperasi sebagai jenama domestik di bawah syarikat Universal Music Sdn Bhd atau lebih jelas ia lebih kepada gabungan dua label tersohor untuk terus memperjuangkan muzik di negara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan