Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LIPTON PERKENAL PERISA BAHARU TEH TARIK SUSU 3-DALAM-1 BERSAMA SELEBRITI


Teh Tarik satu!
Begitulah laungan yang dapat kita dengar apabila seseorang itu berkunjung ke kedai atau gerai mamak samada waktu pagi, petang atau pun malam.

Minuman yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia ini dinikmati tidak kira waktu malah sejak zaman berzaman minuman teh, asalnya bermula pada abad ketiga dan hanya dihidangkan secara eksklusif oleh golongan berada. Tentunya mereka perlu berterima kasih kepada pengasas kelahiran Glasgow, Sir Thomas Lipton atas penghasilan teh berkualiti sehingga lahirlah jenama atas namanya sendiri ‘Lipton’.

Kini, teh yang dijual pada harga berpatutan menjadi mimuman harian malah dengan tambahan pelbagai perisa daun the bermutu tinggi pengguna mempunyai pilihan mengikut cita rasa masing-masing termasuk penghasilan teh tarik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia pelbagai kaum malah berkongsi  budaya ‘yum cha’ yang bermaksud ‘minum teh’.

Terbaharu, atas sambutan dan kegemaran ramai terhadap minuman yang dipanggil teh tarik, Lipton menghasilkan pek ‘Teh Susu 3-dalam-1’ dengan formula yang lebih baik iaitu lebih berkrim dan berbuih daripada sebelumnya.

Bahan dalam serbuk teh segera ini diperoleh daripada ekstrak teh yang mempunyai rasa teh yang seimbang seraya  menghasilkan buih dengan aroma menyenangkan. Ia juga disahkan Halal oleh MUI yang diiktiraf oleh JAKIM. Selain itu, kemanisan juga seimbang dengan teh dan susu sebenar.

Teh Tarik 3-dalam-1 Lipton dirumus dan disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia yang unik dan berbeza daripada negara lain. Selain itu, ia enak dinikmati sama ada panas, berais atau sejuk.


Teh Susu Klasik 3-dalam-1 Lipton pula mengandungi lebih banyak serbuk teh diseimbangkan dengan jumlah susu yang sama untuk menghasilkan teh latte tersendiri.


Lipton turut memperkenalkan perisa tambahan yang memenuhi cita rasa semua rakyat Malaysia iaitu Hazelnut dan Halia yang akan menambah kepelbagaian kepada Teh Susu 3-dalam-1 Lipton.

Untuk menarik selera pencinta teh susu generasi muda yang lebih mencabar dari segi rasa, perisa baru Teh Susu Hazelnut 3-dalam-1 Lipton menggabungkan rasa enak lemak kacang hazel.

Teh Susu Halia 3-dalam-1 Lipton pula menggunakan serbuk halia sebenar dalam adunannya bagi memberi rasa sebenar teh halia dan aromanya di samping memberi manfaat halia.


Dengan Teh Susu 3-dalam-1 Lipton, semua orang kini boleh menguasai seni teh tarik serta-merta, dan dengan mudah menikmati secawan teh yang baik, kaya dan penuh berkrim.

Pencinta teh kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk berehat dan menyemarakkan semangat mereka dalam apa juga cara yang mereka inginkan dengan campuran 3-dalam-1 mudah diadun daripada daun teh berkualiti Lipton ini.

Pada majlis pelancaran Teh Susu 3-dalam-1 Lipton di Carcosa baru-baru ini, turut memeriahkan majlis antaranya selebriti tempatan seperti Jojo Struys, Debbie Goh, Razif Hashim (selaku hos) dan Pengurus Kanan Jenama Unilever Shawn Tan.

Didatangkan dalam pek mudah 12 sachet, teh Susu 3-dalam-1 Lipton dijual pada harga RM13.90, boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari Lipton Facebook Page di www.facebook.com/LiptonMalaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan