ROZITA CHE WAN GUNA PRODUK RYSYA SEJAK DUA BULAN
Foto: Norshafiqah Azhari
(RBG Studio - 03-42656131)
Ternyata sejak melahirkan anak, rezeki Rozita Che Wan atau
lebih mesra dipanggal Che Ta bertambah di mana beliau kini bukan sahaja wajah
produk Rania Gold bahkan turut dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit
terbaharu yang dinamakan Rysya.
Majlis pelancaran produk dan memperkenalkan Che Tak sebagai
dutanya telah pun berlangsung dalam suasana ala Arab di restoran Marhaba,
Publika, baru-baru ini.
Tidak kah nanti pengguna akan keliru mana satu kah yang
diguna Che Tak adakah Rania atau Rysya?
Menjawab pertanyaan itu, pengasas Rysya, Puan Noorazlina
Mohd Noor berkata, ia tidak menjadi
masalah kerana setiap produk mempuyai kegunaannya yang tersendiri dan boleh digunakan walaupun telah
menggunakan label lain memandangkan kulit memerlukan produk bersesuaian
mengikut peringkat usia.
Che Ta mengakui setelah dua bulan mencuba produk penjagaan
kulit Rysya ia mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum
wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sebuk dan tidak menjaga
penampilan diri.
“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik.
Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil
sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baharu 30 tahun tapi gigi pun dah tak
ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta sambil mendapat
gelak ketawa media yang hadir.
Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik
dengan bentuk badan yang ramping dan kulit yang bersih.
Menurutnya, beliau menggunakan kesemua lima rangkaian produk
Rysya seperti cleanser, toner, serum, krim magik dan sabun sarang burung dimana
produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.
“Saya syorkan semua wanita menggunakan produk Rysya in
kerana dengan kandungan vitamin C dan 24 karat emas serta sarang burung ia
boleh menyerlahkan seri wajah anda,” kata Che Ta yang sudah mempunyai tiga orang anak.
Rysya Skincare memasarkan produk halal untuk memenuhi
permintaan dan keperluan industri produk Halal malah berkualiti tinggi mengikut
piawaian antarabangsa.
Mendapat kelulusan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Rysya Skincare
meliputi lima jenis iaitu Cleanser, Toner, 24K Gold Serum, 24K Gold Miracle Cream
dan Bird Nest Body Scrub.
Cleanser dan Toner mampu mencerahkan kulit memberikan tona
kulit lebih sekata manakala serum sesuai
untuk kulit kering dan berminyak. Mahu pun kulit sensitif krim ajaib 24K pula
bakal memberi kelembapan kulit serta keseimbangan kulit di samping menghaluskan
wajah serta kulit akan menjadi lebih segar dan ‘glowing’ secara semula jadi.
Bird Nest Body Scrub pula dirumus dari sarang burung Walet
sesuai sebagai agen anti penuaan serta mencerah serta menganjalkan kulit malah
bukan sahaja sesuai untuk wanita tetapi juga untuk lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan