HABIB ERAT SILATURRAHIM DI HARI RAYA
Tidak lama lagi muncullah bulan Syawal tandanya umat Islam seluruh dunia menyambut Aidil Fitri. Dan sepanjang bulan Ramadan selain sebuk di dapur, sudah tentu persiapan untuk menyambut Hari Raya turut dirancang.
Andai kata anda mempunyai rancangan untuk mencari barang kemas bagi menggayakan diri pada hari lebaran tersebut barangkali boleh menjenguk ke butik Habib yang terkenal dengan perhiasan barangan kemas eksklusif dengan rekaan menarik.
Sebagai langkah menyemarakkan suasana Raya, HABIB mengambil langkah awal dengan pelancaran Silaturrahim di Hari Raya, Rantaian Kasih Selamanya sebagai tema kempen pada tahun ini, dengan sentuhan gaya dan suasana retro.

Bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, acara ini bertujuan untuk melancarkan koleksi barang kemas terbaru HABIB sempena Raya iaitu koleksi “Moghul” yang diinspirasikan dari rekaan seni dan reka bentuk pada zaman Empayar Moghul yang diperagakan oleh beberapa selebriti tanahair termasuk duta-duta kempen iaitu Siti Saleha, Elfira Loy dan Iqram Dinzly bersama penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar sebagai pengacara majlis.
Selepas pelancaran kempen oleh Dato’ Sri Meer Habib selaku Pengarah Urusan HABIB, para selebriti dan model yang memakai busana Shelle Belle tajaan khas dari Azura Couture serta baju melayu moden ARATA oleh Ryzal Jaafar memperagakan koleksi Moghul yang sangat indah.
Menurut Dato’ Sri, “Inspirasi untuk Koleksi Moghul ini adalah daripada Empayar Moghul itu sendiri di mana rekaan dan gayanya datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Rekaan senibina Moghul yang bermula pada abad yang ke-16 masih boleh dilihat sehingga sekarang. Keunikkan serta kecantikkan hasil kerja yang masih bertahan sehingga kini menjadikan ia sebagai satu inspirasi buat kami untuk ditonjolkan pada koleksi kali ini. Koleksi ini adalah antara salah satu koleksi yang paling unik dari kami”.
Koleksi Moghul HABIB yang datang dengan rekaan yang cantik serta dihiasi permata beraneka warna terdiri daripada pelbagai berlian, delima, nilam serta zamrud yang sangat bernilai mampu menyerlahkan lagi segala jenis busana Raya.
Tambah beliau lagi, “Tema Rantaian Kasih adalah untuk memperingati hubungan sesama insan, dan ini telah diterapkan dalam kempen Raya HABIB pada setiap tahun. Dengan pelbagai rekaan jalinan, koleksi Moghul untuk Raya tahun ini dengan tepat sekali mencerminkan tema Rantaian Kasih dan ikatan kekeluargaan dan juga sesama sahabat.”
Pix: Fiqah (RBG Studio Sdn Bhd). |
Tambah beliau lagi, “Tema Rantaian Kasih adalah untuk memperingati hubungan sesama insan, dan ini telah diterapkan dalam kempen Raya HABIB pada setiap tahun. Dengan pelbagai rekaan jalinan, koleksi Moghul untuk Raya tahun ini dengan tepat sekali mencerminkan tema Rantaian Kasih dan ikatan kekeluargaan dan juga sesama sahabat.”
Koleksi ini juga amat sempurna untuk dipadankan bersama pakaian tradisional mahupun kontemporari, dan boleh diwariskan turun temurun kepada generasi yang akan datang.
Kempen tahun ini selari dengan cogan kata HABIB yang baharu, iaitu The Gift of Happiness, di mana HABIB menggalakkan para pelanggan setianya supaya tidak hanya membeli untuk diri sendiri, tetapi juga berkongsi kebahagiaan dengan memberikan barang kemas sebagai hadiah atau anugerah yang bermakna kepada orang yang tersayang.
Tambah Dato’ Sri Meer lagi, “Tema Raya HABIB ini juga adalah cara kami meraikan hubungan dengan para pelanggan. Kami amat berterima kasih dengan segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan setia kami, dan ada di antara mereka yang telah membeli dengan kami dari generasi ke generasi. Acara ini memberi peluang untuk kami mengeratkan lagi hubungan ini dengan memberikan mereka kualiti terbaik, rekaan dan nilai hebat untuk barangan kemas yang boleh dihargai dan diingati sepanjang hayat.

"Di samping mencipta kenangan untuk para pelanggan, HABIB juga memainkan peranan dalam menyumbang semula kepada masyarakat. Pada tahun ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat di bawah Yayasan HABIB, kami mendekati golongan ibu tunggal dan kanak-kanak untuk menyediakan mereka keperluan dan sokongan yang amat diperlukan."
HABIB juga turut melancarkan Koleksi Raya yang beraneka untuk si jejaka pada tahun ini dengan Koleksi Butang Baju Melayu dan cincin yang diperbuat daripada palladium dan pilihan batu permata. Tambahan pula, HABIB turut menyediakan koleksi Raya untuk seisi keluarga, antaranya gelang kaki emas 916 dan koleksi khas untuk kanak-kanak, pelbagai pilihan reka bentuk emas 916 yang terdiri dari gelang, anting-anting, rantai leher dan loket, serta koleksi cincin bertindih Bloom.
Kempen Silaturrahim di Hari Raya berlangsung selama satu bulan bermula dari 18 Jun sehingga 19 Julai di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 70% untuk berlian dan batu permata dan potongan dari RM5 hingga RM15 segram untuk emas 916 dan 999. HABIB turut menawarkan kadar tukar-beli tertinggi untuk barang kemas lama.
Para pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak aktiviti dan tawaran menarik di Bazar Ramadhan HABIB yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2015 di 13 bilik pameran seluruh negara termasuklah di Ampang Point, Gurney Plaza Pulau Pinang, Plaza Angsana Johor, Central Square Sungai Petani, East Coast Mall Kuantan, The Shore Melaka, Bandar Meru Raya Ipoh, Kuala Terengganu, Ayer Keroh Melaka, Kota Bahru Kelantan, Taman Saga Alor Setar, Seremban 2 dan Suria Sabah Shopping Mall.
Kempen tahunan Rantaian Kasih kali ini yang menggunakan konsep Retro Raya mencerminkan suasana kekeluargaan ketika sedang bersiap sedia untuk Hari Raya pertama, seperti menyediakan juadah Raya bersama-sama dan anak-anak memohon keampunan ibu bapa di pagi Syawal. Seringkali barang kemas yang diberikan sebagai hadiah akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, dan ia juga diberikan oleh seorang anak kepada ibu bapa sebagai penghargaan. HABIB amat bersukacita untuk menjadi sebahagian daripada anugerah kebahagiaan ini yang terus berkekalan sehingga tahun-tahun yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Silaturrahim Di Hari Raya, Rantaian Kasih Selamanya, sila hubungi Jabatan Pemasaran dan Komunikasi HABIB di talian 03-4252 7777.