LAGENDA BOLA SEPAK, PELE TEMUI 'HARIMAU MALAYA'
100PLUS menyambut legenda bola sepak, Pelé dan bintang bola sepak Brazil yang sedang mengukir nama Oscar, ke Malaysia baru-baru ini sempena kempen “Yang
Hebat Dahagakan Cabaran”.
Dan sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, 100PLUS turut memberi ganjaran berbentuk peluang sekali seumur hidup untuk berjumpa dengan legenda serta prodigi ini kepada 100 pemenang bertuah.
Dan sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, 100PLUS turut memberi ganjaran berbentuk peluang sekali seumur hidup untuk berjumpa dengan legenda serta prodigi ini kepada 100 pemenang bertuah.
“Melalui kempen “Yang Hebat Dahagakan Cabaran”,
kami ingin menggalakkan para remaja untuk sentiasa berusaha dan mengatasi had
mereka serta berazam untuk menjadi lebih baik. Siapakah tokoh yang lebih sesuai
untuk mencetuskan aspirasi ini kalau bukan bintang handalan bola sepak, Pelé dan
Oscar?” komen Khalid Alvi, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.
“Ini adalah kali pertama 100PLUS menggunakan duta antarabangsa dan kami begitu teruja kerana berpeluang menyaksikan era baru bagi jenama ikonik ini,” tambah beliau.
“Ini adalah kali pertama 100PLUS menggunakan duta antarabangsa dan kami begitu teruja kerana berpeluang menyaksikan era baru bagi jenama ikonik ini,” tambah beliau.
Pelé dan Oscar adalah duta antarabangsa
pertama yang dilantik oleh 100PLUS dan telah dipilih untuk memberi inspirasi
kepada para remaja di seluruh negara melalui kempen “Yang Hebat Dahagakan
Cabaran”. Berkat kemenangan Oscar dalam liga perdana bersama Chelsea FC
baru-baru ini dan status Pelé sebagai pemain bola sepak terulung, kedua-dua
bintang handalan ini adalah contoh terbaik bagi mengubah impian menjadi
kenyataan melalui usaha gigih, keazaman dan semangat untuk berjaya.
Dalam lawatan mereka ke Malaysia, 100PLUS memberi peluang rakyat Malaysia bertemu dengan Pelé dan Oscar malah terdapat pelbagai aktiviti yang dijalanakan di Pusat Konvensyen KL.
Oscar telah berkongsi ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam sukan ini melalui Klinik Bola Sepak “Yang Hebat Dahagakan Cabaran” bersama empat pasukan terbaik dari Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan: SSM Tunku Ismail (Johor), SSM Pahang, SMK Za’ba (Negri Sembilan) dan SMK Putera (Kelantan). Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan adalah kerjasama di antara 100PLUS, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia & Sukan yang bertujuan untuk membentuk bakat bola sepak muda di Malaysia dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif di kalangan para remaja.
Sebagai tanda sokongan bagi perkongsian ini, Menteri Belia & Sukan, Y.B. Khairy Jamaluddin turut menghadiri acara ini.
“Sebagai minuman sukan terkemuka di Malaysia,
100PLUS memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan inisiatif sukan yang
dapat memberi inspirasi kepada komuniti supaya tidak menyerah kalah dalam usaha
untuk mencapai impian mereka dan terus dahagakan kejayaan sebagaimana dilakukan
oleh duta jenama,” kata Y.B. Khairy Jamaluddin.
“Kemajuan sukan di Malaysia hanya akan tercapai dengan penaja serta jenama seperti 100PLUS yang terus menyokong dan membangunkan inisiatif remaja sebegini,” tambah beliau.
“Kemajuan sukan di Malaysia hanya akan tercapai dengan penaja serta jenama seperti 100PLUS yang terus menyokong dan membangunkan inisiatif remaja sebegini,” tambah beliau.
Sempena kerjasama dengan Kementerian Belia
& Sukan, 100PLUS telah menyampaikan sekeping cek bernilai lebih RM2juta kepada
Y.B. Khairy Jamaluddin di sidang akhbar yang dianjurkan bagi menyokong program
Bola Sepak Kebangsaan.
Dinobatkan sebagai penjaring gol liga yang paling hebat di dunia, Pelé mendedahkan kejayaan dan dugaan sepanjang riwayat beliau di atas padang, menggalakkan atlit masakini dan akan datang untuk sentiasa “Yang Hebat Dahagakan Cabaran” demi kejayaan.
100PLUS telah berhubung dengan penonton di seluruh negara melalui siaran langsung “Yang Hebat Dahagakan Cabaran” Team Talk bersama Pelé di laman web rasmi 100PLUS. Melalui siaran ini, para penonton turut berpeluang untuk menyertai sesi soal jawab bersama Pelé dengan menghantar soalan-soalan mereka melalui Twitter.
Seramai seratus pemenang 100PLUS juga telah
diberi peluang sekali seumur hidup untuk bertemu dengan Pelé dan Oscar melalui
acara “Meet & Greet” eksklusif di
Chinoz on the Park.
Seorang pemenang bertuah telah menerima kejutan tambahan daripada 100PLUS apabila Oscar memilih satu kad dan pemenang bertuah tersebut memenangi memperkenalkan pemenang percutian ditanggung penuh ke United Kingdom bagi menyaksikan satu perlawanan Liga Perdana.
Seorang pemenang bertuah telah menerima kejutan tambahan daripada 100PLUS apabila Oscar memilih satu kad dan pemenang bertuah tersebut memenangi memperkenalkan pemenang percutian ditanggung penuh ke United Kingdom bagi menyaksikan satu perlawanan Liga Perdana.
“Yang Hebat Dahagakan Cabaran” adalah satu
kempen seluruh negara yang menggalakkan warga Malaysia untuk mengatasi had
mereka.
#Trivia
- Pele memberitahu, Messi antara pemain bola sepak yang terbaik dan mempunyai gaya dan skil seperti beliau malah Messi bijak, begitu juga menghormati Christiano Ronaldo.
- Mendapat inspirasi bermain bola daripada ayahnya dan masih mengingati pesanan ayahnya yang berkata, 'bola sepak adalah kurniaan dari Tuhan' dan 'kita harus hormati semua orang dan jangan ingat yang hanya kita sahaja yang tahu segala'.
- Pele telah menjaringkan lebih kurang 1,200 gol sepanjang kariernya dan yang paling bersejarah dan diingati adalah gol pertamanya dalam usia 17 tahun semasa Piala Dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan