Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LUAHAN KASIH JULIE'S KEMBALIKAN NOSTALGIA


Mengambil keberkatan Ramadan ini, Julie’s meluahkan kasih sayang kepada anak-anak yatim dan sekali gus mengembalikan nostalgia mengutus kad sebagai pengganti diri kepada insan tersayang. Julie’s mahu menggalakkan hubungan persaudaraan dan berkongsi kasih sayang sesama insan tanpa mengira kaum dan agama.




Dengan itu juga Julie’s mengambil keputusan untuk melancarkan kempen Titipan Luahan Kasih Anda dan menggalakkan orang ramai untuk kembalikan nostalgia menulis kad sebagai pengganti diri dan mengirimkannya kepada insan tersayang. Lebih istimewa, Julie’s sendiri akan menghantarkan kad-kad tersebut kepada alamat yang disertakan. Peti surat disediakan untuk kemudahan orang ramai mengirimkan kad-kad ucapan. Kad pula diberikan secara percuma di pasaraya berdekatan yang mangambil bahagian.


“Hari ini Julie’s mengambil langkah menghulurkan salam persaudaraan dan ingin mengajak semua untuk berkasih sayang dengan menganjurkan majlis berbuka puasa sempena Ramadan 2015. Anak-anak yatim dijemput sebagai tetamu utama dan lebih meriah dengan kehadiran pihak media dan blogger. Kempen ini bertujuan untuk mengalakkan semua orang untuk menyentuh hati setiap insan disayangi dengan secara langsung, bukan lagi berbentuk alam maya tetapi dengan menulis kad untuk meluahkan perasaan mereka terhadap keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang khas sempena Hari Raya,” ujar Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits.
Lebih 60 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Shifa’ dan Asrama Darul Falah Perkim diundang untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Julie’s dan media/blogger. Huluran Titipkan Luahan Kasih Andaini seboleh-bolehnya bukan hanya kepada orang tersayang yang kita kenali seumur hidup tetapi juga kepada mereka yang memerlukan.
Beliau menambah, “Kami mahu memulakan kempen sebegini dengan menggalakkan orang ramai untuk menyertai. Jadi apa salahnya kami sebagai penganjur ingin memulakannya terlebih dahulu dengan huluran kasih kami kepada anak-anak yatim ini.”
Bagi Julie’s perkongsian kasih sayang perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebagai yang dewasa perlulah kita menjadi contoh dan tidak lokek untuk berkongsi rasa cinta dan mengambil berat mengenai anak-anak ini.
“Apa lebih istimewa Julie’s bukan sahaja mengambil keberkatan dengan berkongsi kasih sayang dengan anak-anak yatim tetapi akan juga berkunjung ke masjid-masjid dan mengedarkan kad-kad yang disediakan kami. Malah akan disediakan peti surat untuk kami membantu mengeposkan kad-kad tersebut,” kata Encik Benny Chia.
Bertepatan dengan tujuan kami mencipta biskut Julie’s Love Letter’s, silaturrahim mahu dieratkan dengan pihak Julie’s mengedarkan biskut ini kepada ahli masjid yang ada. Untuk pengetahuan umum, biskut Julie’s telahpun berada di pasaran berdekatan.
Turut hadir memeriahkan majlis yang diacarakan oleh Muaz adalah Ali Anugerah yang terkenal dengan persembahannya menggayakan pelbagai aksi mengikut lagu yang dialunkannya.