Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MISI MR X: LARI DI TV9 SETIAP KHAMIS


Atas response yang hangat terhadap rancangan game show ‘Lari: Misi Mr X’, saluran televisyen tv9 mengambil langkah meneruskan penyiarannya dengan menampilkan aktiviti semakan mencabar dan mengujakan bermula 30 Julai lalu dan akan terus bersiaran setiap Khamis jam 9.30 malam di saluran 119.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan tv3 dan tv9, Cik Serina Nordin, perbezaan bahahian kedua ‘Lari” kali ini berbanding 9 episod sebelum ini melibatkan penglibatan Krew Revive yang telah diperoleh melalui pertandingan “Misi Mencari Krew Revive: I Mei 2015 yang lepas.

“10 penonton bertuah elah dipilih melalui hastag #ReviveLariTV9 di laman social instagram, diserap untuk menyertai permainan Lari bersama selebriti-selebriti yang lain,” ulas Serina pada majlis pelancran program tersebut di Quills Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Barisan artis yang terlibat selaku perisik bertuah terdiri daripada Azwan Ali, Arja Lee, Aisya Hasnaa, Harris Alif, Afieq Shazwan dan Achok Kumpulan ‘Chilok’ (Bintang Mencari Bintang TV3).


Rancangan Lari: Misi Mr. X yang mengandungi 26 episod ini adalah seakan permainan ejen perisikan diketuai oleh Mr. X, seorang yang tamakkan harta, Setiap minggu beliau menerima tugasan daripada pelanggan-pelanggan untuk menyelesaikan misi rahsia yang mencabar. Untuk itu, Mr. X telah melantik enam ejen perisik untuk membantunnya menyempurnakan tugasan tersebut. Setiap kali beliau Berjaya menyempurnakan misi tersebut, beliau akan mendapat ganjaran.

Rancangan yang penuh dengan cabaran ini dibawakan oleh Revive Isotonik, sesuai dengan karakter ke enam-enam peserta Lari: Misi Mr X  yang perlukan mereka sentiasa segar dan bertenaga.

Program ini juga turut dimeriahkan oleh beberapa selebriti jemputan pada setiap minggu. Antara selebriti jemputan yang terlibat untuk menyelesaikan misi rahsia ini terdiri daripada antaranya Marc Adam, Shakila Khoriri, Dazrin Kamarudin, Zarina Zainordin dan Hafreez Adam.