Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RESTORAN PILIHAN BERBUKA PUASA


Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut tibanya Syawal bagi meraikan hari yang mulia, Aidil Fitri.

Dan menjelangnya hari penuh bermakna bagi kita semua, sudah tentu golongan suri rumah atau pun kaum wanita khususnya sibuk menguruskan persiapan. Mana nak membeli-belah baju raya, mana yang  menghabiskan waktu berjam-jam di dapur membakar biskut Raya dan sebagainya.

Inilah dikira waktu kemumcak bagi seisi keluarga sibuk merancang dan bersiap sedia menyambut Hari Raya. Hakikatnya, kadang kala tidak terkejar masa yang berlalu terlalu pantas. 

Jadi bukan kah lebih elok jika berbuka puasa di luar sahaja agar kepenatan sepanjang waktu membakar kuih atau biskut raya  mampu meringankan keletihan.

Sekiranya anda masih tercari-cari di mana lokasi buffet Ramadan yang boleh dicuba barangkali beberapa tempat ini boleh di cuba.

Andai mahukan suasana dan persekitaran nyaman boleh sahaja ke Istana Bambu yang terletak di jalan Ulu Kelang Ampang atau pun teringin masakan Melayu,atau Cina dengan lebih 70 pilihan menu boleh juga berkunjung ke Restoren ‘Tu Dia Pak Tam… ‘ di Selayang.

Malah jika mahukan selera Barat dan makanan ringan boleh pula berkunjung ke Miami Grill di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.

Apa pun pilihan anda, tepuk dada Tanya selera!

ISTANA BAMBU

Lokasi:  Lot 841-842 Jalan Ulu Kelang, Ampang.
Tel: 018-3749920/03-42514717/0342524718

Bertemakan ‘Indahnya Ramadan’ Restoran Istana Bambu yang berkonsepkan kampong dikeliliingi sawah padi, kolam ikan dengan elemen buluh sebagai teras pembangunannya,  menyediakan citarasa Nusantara.

Mampu memuatkan sehingga 600 pelanggan dalam sesuatu masa restoran ini menyediakan 70 jenis juadah berbuka puasa pelbagai citarasa termasuk kambing golek, ayam bakar sunda, ikan bakar dan manisan pencuci mulut yang beraneka jenis.

Dengan harga buffet Ramadan ditawarkan pada hanya  RM52.45 untuk dewasa dan RM16.75 bagi kanak2 yang berumur 5-11 tahun, tetamu boleh memilih samada untuk makan bersila atau pun duduk di atas kerusi.

Sepanjang ramadan, Restoran Istana Bambu  dibuka seawal jam 6 Petang sehingga jam 10 malam. Dan bagi mengelakkan anda berputih mata jika penuh sebaiknya membuat tempahan awal melalui  talian yang tertera di atas.


MIAMI GRILL
Lokasi:  Lot no 127, LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall. 
Tel No: 603 56221853/0356133363.

Francais makanan Ala -Amerika dengan rakan kongsi ekuiti yang sangat terkenal, iaitu Pitbull telah menubuhkan cawangannya di Malaysia dan yang pertama di Asia. Rangkaian restoran francais global, MiamiGrill ini menawarkan ciri makanan ala –Amerika. 
Restoren yang pertama di Malaysia ini dikendalikan oleh Hani Maju Sdn. Bhd. Miami Grill Sunway Pyramid telah dibuka kepada orang ramai sejak 18 Januari 2015 lalu.

Jika anda berkeinginan untuk berada di bawah terik mentari pantai dan gaya hidup hiburan di Miami, Amerika Syarikat, disini adalah tempatnya. Umpama jelmaan klasik Amerika yang menjanjikan keseronokan dengan merasai makanan lazat dengan penekanan kepada kegemaran penuh terhadap daging seperti Philly cheesesteak dan ayam panggang. Semua daging dan ayam adalah bebas daripada bahan pengawet, bebas daripada msg dan 100% daging lembu Australia berkualiti tinggi dan 100% daging ayam. 

Hiasan lampu neon yang menggambarkan ciri-ciri MiamiGrill dengan gabungan warna merah jambu dan biru, serta dinding berciri moden yang memaparkan landskap terkenal dan suasana yang menyeronokkan dalam Miami menarik semua untuk merasai pengalaman menikmati makan yang ‘funky’dan mesra keluarga.

Restoran ini sememangnya dirancang untuk memberi pengalaman makan mengikut gaya Amerika dari segi suasana, reka bentuk dalaman & hidangan klasik Amerika. 

Bertempat di Sunway Pyramid, pusat membeli belah berukuran 4 juta meter persegi dengan lebih daripada 800 kedai, memenuhi keperluan dan permintaan kedua-dua peruncit dan pembeli. Mempercayai bahawa setiap butiran dalam reka bentuk adalah perkara yang indah, “Impian Hani Maju adalah untuk menyediakan satu pengalaman makan yang segar, selesa, ceria dan tidak akan dilupakan oleh pelanggan. 


“TUUU...DIA PAK TAM”

Lokasi: Jalan 2/10, Bandar Baru Selayang.
Tel: 03-61388388- 012-2944232 (Izyan)

Mahu menjamu selera dengan pelbagai hidangan juga di bawah satu bumbung tetapi dengan harga yang mampu bolehlah berkunjung ke Restoran yang memiliki nama yang unik iaitu “Tuuu…Dia Pak Tam’.

Di sini anda boleh melayan selera berbuka dengan pilihan kira-kira 75 jenis lauk pauk termasuk juadah pencuci mulut. Namun dalam pada itu, jangan lupa untuk mencuba hidangan istemewa restoran ini iaitu roti bakar dan kopinya yang enak, buatan Pak Tam sendiri.

Sepanjang Ramadan restoran Pak Tam ini menyediakan buffet Ramadan dengan harga RM23.90 (dewasa) dan RM13.90 bagi kanak-kanak.  

Pada awal hari Pertama  dahulu harga promosiya adalah RM10.90 kemudian bertukar ke RM15.90 pada minggu pertama Ramadan  dan kini memasuki minggu kedua  dan seterusnya harganya adalah RM23.90 untuk dewasa dan RM13.90 bagi kanak-kanak

Kemudahan dewan berhawa dingin, surau turut disediakan.