#SYUKUR SELALU MENZAHIRKAN KEBAHAGIAN
“Saat hati bimbang dan rebah, Al-Quran dan sunnah adalah cahaya yang menghidupkan kembali jiwa dan minda untuk melangkah yakin meniti hidup” – Fedtri Yahya
“Kalau kita ditimpa masalah, itu petanda Allah sayang kita.” – Fara Fauzana
“Bertaubat dan menginsafi atas kesalahan-kesalahan yang kita pernah lakukan. Itu lebih dituntut Allah.” – Kaka Azraff
“Tidak ada kesusahan yang berterusan dan kesenangan abadi. Jangan sesekali kita berputus asa. Sentiasa berdoa dan tawakal dengan ketentuanNya.” – Izreen Azminda
“Jangan melihat rezeki itu hanya dari satu sudut sahaja. Nilaikan kehidupan dengan perasaan syukur terhadap kurniaanNya.” – Fizo Omar
Itulah antara mutiara kata yang dikongsikan oleh lima duta daripada 10 duta Syukur Selalu bagi TV3 dan TV9 bersempena dengan kempen Ramadan & Raya pada tahun ini.
“Syukur Selalu” merupakan kempen Ramadan & Raya yang sedang rancak berlangsung menerusi rangkaian televisyen Media Prima, TV3 & TV9 dan juga online portal Tonton.
Selain program TV yang disediakan khas buat tontonan ramai, kempen ini turut dimeriahkan dengan dua Bazar Syukur Selalu di Temerloh, Pahang (27 Jun) dan Johor Bahru, Johor (4 Julai) serta kunjungan Skuad Syukur Selalu ke bazar - bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang.
“Syukur Selalu” telah dipilih sebagai tema kempen Ramadan & Raya menerusi rangkaian televisyen dan juga online portal, Tonton bersempena dengan kedatangan Ramadan dan sambutan Syawal pada tahun ini. Kempen ini juga turut dimeriahkan dengan sokongan daripada rangkaian radio dan media cetak di bawah naungan Media Prima.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, TV3 & TV9 telah menyusun pelbagai program menarik buat tatapan penonton setianya. Antara program-program menarik sepanjang minggu raya pertama dan kedua nanti adalah drama eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, program Raudhah, majalah & dokumentari, program variasi, seleksi filem-filem blockbuster luar negara dan juga program-program animasi khusus untuk kanak-kanak di Bananana!.
Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Alhamdullilah, sudah hampir sebulan kami menjalankan kempen Syukur Selalu dan respon yang diterima adalah sangat positif. Ini dapat dilihat menerusi pencapaian kadar tontonan TV yang semakin meningkat, pengunjung yang berpusu-pusu memeriahkan Skuad Syukur Selalu dan Bazar Syukur Selalu serta penggunaan aplikasi Syukur Selalu yang semakin meningkat sehingga hari ini.”
“Lazimnya, TV3 dan TV9 menjadi saluran TV pilihan utama rakyat Malaysia pada musim perayaan. Atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan ini, kami berjanji untuk memberikan kandungan program yang hebat dan menghiburkan sepanjang minggu pertama dan kedua Syawal ini,” tambah beliau lagi.
Pada tahun ini, TV3 akan menggandingkan bintang-bintang popular menerusi telefilem Jodoh Ke Uolls (Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad), Gerobok Raya (Eja, Zamarul Hisham, Shukri Yahaya), Sebelum Takbir Bergema (Shahz Jaszle, Amar Asyraf, Siti Elizad), Abang Sado Kau Ado? (Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad) dan Rindu Awak 200% Raya (Zul Ariffin, Ayda Jebat) bermula 16 Julai ini.
Syawal anda pasti lebih cerita dengan tayangan filem-filem blockbuster di TV3 seperti Tembus, Romeo Kota, Isyarat Cinta, Hantu Bonceng, The Lone Ranger dan Chennai Express. Tidak ketinggalan, telefilem istimewa Hari Raya yang menyentuh perasaan seperti Ketupat Lemang, Pelita Panjut Untuk Mertua, Rumah Kecil Untuk Tuhan, Homestay Raya dan S Untuk Syawal.
TV3 juga turut menyediakan program hiburan, variasi dan muzikal terbaik seperti Meh! Raya Meh!, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa, Melodi Raya, Edisi Khas Negeri Sembilan VS Kelantan, Anugerah Juara Lagi (A.J.L), In Person, Gelak Bistro, Ye Ke!? Raya dan Mentor Legend Raya. Tidak ketinggalan juga program berbentuk Majalah & Dokumentari seperti Malaysia Hari Ini (MHI) Raya, Wanita Hari Ini (WHI) Raya, Da’i Tasliyah Selawat, Madrasah Raya, Seharum Rindu Tok Esah, Misi K dan Indahnya Takbir.
Tidak lupa juga kepada penonton ciliknya dengan menyediakan program-program khas yang dibawakan oleh Bananana! seperti Boboiboy Eksklusif Raya di TV3 manakala Super Squad, The Amazing Awang Khenit, Upin & Ipin Raya dan Geng Pengembaraan di TV9.
Sementara itu, TV9 meneruskan tradisinya menyediakan tiga drama eksklusif menerusi slot 12.30 tengah hari iaitu Ramadan Berteduh Syawal (Beto Kusyairy, Sari Yanti, Zahiril Adzim), Joyah Tak Balik Malam Raya (Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri) dan Misiku Kubur (Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy).
Turut memaparkan program Raudhah, variasi dan hiburan yang menarik di TV9 iaitu The Sound Of Muslim, Hijab Stailista Raya, Sis Raya, Tanyalah Ustazah (Cinta-Nya Insan) Raya, Ketupat Rendang Kopi O, Buskestra, Kasi Gegar Raya, Projek M.E.J.A – Edisi Khas, Diva Raya, Galaksi Raya, Konsert Forteen, Kita Punya Raya, Pi Sana Pi Sini P. Ramlee, Hot TV Raya, Hip TV Raya, Mad Markets Raya dan Lari: Mencari Mr X. Bagi mereka yang meminati filem-filem blockbuster Hollywood, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Iron Man 3, Marvel’s The Avengers, G.I. Joe: The Rise Of Cobra, Oz The Great & Powerful dan Real Steel.
Kempen Syukur Selalu dirancakkan lagi dengan iklan raya Syukur Selalu yang menggabungkan empat iklan pendek (ident promo) Syukur Selalu di mana penonton bakal mengetahui jalan ceritanya secara menyeluruh apabila melihat keempat-empat iklan pendek tersebut. Iklan raya Syukur Selalu ini turut mendapat kerjasama daripada rakan penaja kami iaitu Nescafe Classic. Selain itu, TV3 dan Primeworks Studios juga bekerjasama dengan Nescafe Blend & Brew menerusi telefilem raya, Rindu Awak 200% Raya lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat, iaitu sekuel kepada drama bersiri popular slot Akasia, Rindu Awak 200%.
Tidak ketinggalan juga kolaborasi dengan Coca-cola dalam menghasilkan muzik video bertema kempen Syukur Selalu nyanyian Dayang Nurfaizah dan Black, serta kapsul-kapsul yang dihiasi dua wajah duta Syukur Selalu iaitu Fizo Omar dan Elfira Loy. Selain itu, Coca-cola juga turut serta dalam bazar Syukur Selalu di mana pengunjung berpeluang membuat nukilan tersendiri pada tin Coca-Cola.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal Tonton (tonton.com.my). Lebih istimewa, Tonton Original Series telah bekerjasama dengan Senheng untuk menayangkan drama bersiri enam episod berjudul Cinta Karan lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat pada setiap hari Khamis, jam 11.00 pagi bermula 25 Jun 2015.
Anda boleh mengikuti perkembangan dan info terkini tentang Syukur Selalu dengan muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu secara percuma mulai hari ini! Selain memaparkan rancangan menarik di TV3, TV9, Tonton dan Hot FM, kata-kata motivasi oleh barisan duta, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, tips fesyen dan resipi istimewa turut dimuatkan di dalam aplikasi ini. Dapatkan juga E-Kad Raya unik dan info terkini trafik untuk memudahkan perjalanan anda sekeluarga bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Tunjukkan keunikan kampung anda dengan tema yang diberikan (tema mingguan seperti Syukur dan Juadah) dengan cara memuat naik gambar tersebut menerusi aplikasi Syukur Selalu di Kampung Gua Hebat. Setiap gambar akan menyumbang satu mata untuk negeri masing-masing. Negeri dengan mata tertinggi akan menerima kunjungan rumah terbuka Syukur Selalu pada bulan Syawal nanti. Turut memeriahkan rumah terbuka ini ialah duta-duta Syukur Selalu serta para selebriti.
Selain daripada menghiasi program-program di TV3 dan TV9 serta radio, barisan duta Syukur Selalu seperti Elfira Loy, Fadlan Hazim, Kaka Azraff dan Fizo Omar (TV9) dan Fara Fauzana, Ahmad Fedtri Yahya, Zara Zya, Aeril Zafrel, Izreen Azminda dan Shukri Yahaya (TV3) juga akan turun padang menjayakan kempen Syukur Selalu sepanjang bulan Ramadan ini.
Wajah-wajah duta Syukur Selalu TV3 & TV9 ini juga turut menghiasi papan iklan digital dengan kata-kata mutiara untuk bulan Ramadan di sekitar ibu kota. Orang ramai juga boleh berkongsi mesej menarik dengan menggunakan #SYUKURSELALU dan setiap mesej menarik akan dipilih untuk dipamerkan.
Kempen “Syukur Selalu” juga dimeriahkan dengan lagu temanya, Syukur Selalu, gubahan oleh juara Projek EP Hot FM – Hani dan Zue (Hanisah Hassan dan Zuliana Eusoff), nyanyian oleh Dayang Nurfaizah dan Black. Lagu ini bakal disiarkan di rangkaian radio Media Prima bermula 2 Julai 2015. Selain itu, anda juga boleh muat turun nada dering Syukur Selalu melalui Maxis Caller Ringtone (Dial *131*<Kod># dan tekan call/send), Celcom Call Me Tones (Dial *888*<Kod># dan tekan call/send) dan DiGi Caller Tunes (Dial *233*<Kod># dan tekan call/send). Lagu tersebut juga boleh didapati dari iTunes, Deezer, Spotify dan sebagainya mulai 10 Julai 2015.
Bazar Syukur Selalu telah menerima lebih daripada 10 ribu pengunjung di lokasi pertamanya iaitu Temerloh, Pahang pada 27 Jun 2015. Nantikan kunjungan krew Bazar Syukur Selalu di Tempat Letak Kereta A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru pada 4 Julai 2015. Bagi mereka yang belum berkesempatan, mereka masih boleh bertemu dengan Skuad Syukur Selalu dan dapatkan set iftar di lokasi-lokasi seperti berikut:
2 Julai - Bazar Teknologi, Kota Damansara
6 Julai - Bazar Sek. 17 PJ
7 Julai - Bazar Sek. 13 Shah Alam
8 Julai - Bazar USJ4
11 Julai - Bazar Sungai Penchala
12 Julai - Bazar Lembah Subang
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu hari ini dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu.