UMNO BAHAGIAN CHERAS TERUS BERI SUMBANGAN RAYA
Seramai 700 orang menerima wang tunai sebanyak RM100 seorang serta barangan makanan dan keperluan harian daripada UMNO Bahagian Cheras pada majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2015 yang dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur, semalam.
Rosmah memulakan penyampaian kepada 20 penerima bantuan yang didahului oleh warga emas, Rahmah Haji Salleh, 99, sambil disaksikan bersama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Ali Al Habshee serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Dato Hjh Zurainah Musa.
"Bantuan seumpama ini kita agihkan setiap tahun terutama menjelang Aidil Fitri waima ini merupakan tanggungjawab sosial UMNO Bahagian Cheras untuk membantu golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka menyambut Raya tidak lama lagi," ujar Syed Ali dalam ucapan aluannya.
Tambahnya, UMNO Bahagian Cheras sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan tidak pernah mengabaikan kepentingan mereka. Oleh sebab itu setiap tahun kita agihkan bantuan hasil sumbangan pelbagai pihak penaja.
Majlis sumbagan ini merupakan kali ketujuh dihadiri Rosmah saban tahun walau pun kali ini beliau tidak berucap seperti tahun-tahun sebelumnya, barangkali kesuntukan waktu dan padat dengan jadual lain sepanjang Ramadan.
Pun begitu, kata Syed Ali, "Walau pun sibuk dengan tugas-tugas rasmi selaku isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri sanggup turun padang bertemu akar umbi, Ini adalah satu sikap terpuji seorang pemimpin."
Bantuan kepada 700 orang kali ini yang melihatkan pertambahan bilangan berbanding tahun lalu diterima oleh fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, anak-anak yatim dan Orang Kurang Upaya sekitar Parlimen Cheras.
Dalam ucapan seterusnya, Syed Ali mengajak rakyat Malaysia agar kekalkan keamanan yang dinikmati dan merenung sejenak nasib malang umat Islam di beberapa negara Islam yang hidup dalam negara yang tidak aman malah berbalah sesama sendiri, untuk mendapatkan juadah berbuka puasa pun agak sukar.
"Oleh sebab itu, kita seharusnya bersyukur kepada Allah swt kerana negara kita dilimpahi keamanan dan rakyatnya hidup aman damai di mana mereka bebas mencari rezeki, tanpa ada sekatan bagi yang rajin berusaha malah di negara kita rakyatnya bebas melakukan amal ibadat," tambah Syed Ali.
Syed Ali yang merupakan tokoh kepimpinan Melayu yang terkenal dengan suara lantangnya menangani isu-isu semasa yakin berkat Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri yang sentiasa mengambil berat masalah rakyat, Malaysia akan kekal aman dan rakyat memperoleh manfaat hasil daripada pembangunan negara.
Selain bantuan yang diberikan oleh UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali tidak ketinggalan juga menjemput isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman untuk menyerahkan bantuan kedua kepada para pelajar yang tidak berkemampuan yang dilangsungkan di Yayasan Pendidikan Cheras, Kuala Lumpur.keesokan harinya.
Selain bantuan yang diberikan oleh UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali tidak ketinggalan juga menjemput isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman untuk menyerahkan bantuan kedua kepada para pelajar yang tidak berkemampuan yang dilangsungkan di Yayasan Pendidikan Cheras, Kuala Lumpur.keesokan harinya.